Mar 26, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yg Ke-5


Hari ini 26/3/2010, genap 5 tahun siti telah menjadi isteri kepada papa. Siti bersyukur kepada Allah swt., walaupun pelbagai rintangan & dugaan yang kita lalui, Dia masih memanjangkan jodoh kita berdua. Siti menjadi isteri kepada papa ketika siti berumur 22 tahun. Boleh dikatakan ketika itu siti masih terlalu mentah untuk menjejakkan kaki ke alam rumah tangga. Siti tahu, kerenah siti yang pelbagai kadang-kala membuatkan papa hilang sabar. Namun, papa sentiasa memberi nasihat, dorongan & sokongan buat siti. Siti bersyukur.......Siti sayang papa....
Alhamdullilah, 5 tahun kita berumah-tangga, Allah swt telah kurniakan kepada kita 3 orang anak yang comel-comel belaka. Mudah-mudahan kita mampu untuk membimbing mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah, anak yang bijak & pandai, anak yang taat kepada ibu-bapa & Allah swt. InsyaAllah.....

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YG KE-5"

Kita..dua insan yang berbeza. Bersatu bersama demi mencapai kebahagiaan di Dunia & di Akhirat. Semoga kita akan terus bersatu, bersama hingga hujung nyawa.

P/S: Bila tengok balik gambar kawen, rasa macam nak jer bersanding lagi sekali..hehehe

17 comments:

♥Cik Puan♥ said...

wah siti cantiknyer..selamat ulangtahun perkhawinan yg ke 5..semoga berbahgia selalu.amin

ita cutevirus said...

sweetnyer gambar...

happy anniversary la ye.. 5thn ek?? insya Allah ita pon 5thn gak bulan 8 ni... bersama²lah kite berdoa agar rumahtangga kita & suami kerkekalan hingga ke akhir hayat.... amin...

@e_da said...

happy anniversary siti.. moga ikatan terjalin berkekalan...

Ena said...

Selamat HAri Ulangtahun Perkahwinan yg ke-5 ye.. wahhh.. berseri2 la.. suke tgkkk.. cantekkk!!

Moge berbahagia Dunia & Akhirat

psst, same la usia perkahwinan kite.. ^_^

saveme_zero said...

tahniah tie. hepi aniversary yg ke-5. moga akan terus bahagia bersama suami & anak2 hingga akhir hayat...aminnnn

Unknown said...

Happy 5th anniversary...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Tu la kan, bila tengok gambar kawin or org lain kawin, rasa nak pakai baju pengantin sekali lagi je... hehe

Anonymous said...

happy anniversary semoga berbahagia hingga akhir hayat

lawa la gambar kawen suka baju biru tu cantik

Ann said...

happy 5th anniversary siti. semoga kamu dan suami serta anak-anak bahagia hingga ke akhir hayat.

mamaarifakeemaisy said...

waaah dah 5 tahun ye Siti mendirikan rumahtangga! Tahniah..semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat ok! ^_^

Hepi 5th Anniversary!

Ju@Lucky^Mummy said...

Happy anniversary.. semoga bahagia & kekal bersama sampai hujung nyawa..

hihih.. kalau tgk umur siti, saya lagi tua.. hihihi sesedap rasa je panggil akak..

Unknown said...

hape anniversary siti...smga bahagia hga akhir hayat..

dah 5 thn bgelar isteri yer, hjr bln 5 ni genap la 8 thn..kami kawen muda lg dr siti tau umur 20 thn gitu...study pon xhbs lg ms kami kawen...hehehe...dah sampai jodoh..

Mek Rose said...

alor...cutenye..eheheh..
selamat ulangtahun ke-5 heh

doakan yg terbaik utk kalian..

senyum sokmo..:-)

Zue AnnaLeeya said...

hepy anniversary yer siti... smoga trus bhgia dismping suami dan anak2....

Happy 5th Anniversary!!!

kella said...

bahagia rasanya tengok gambar siti ni! happy annyversary to siti n husband!
semoga bahagia selamanya! :D

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Happy Anniversary..
moga bahagia selalu hingga ke akhirnya!!!

cik.pija said...

happy anniversary =0

misz beauty said...

yg ni beauty setuju.... sgt lah nak sanding lg sekali bile tgk balik pict tawen... hehehee... sis siti santek..;-)