Mar 25, 2010

Apa yang siti makan/minum tuk tambah susu

Siti buat entry ni tuk sahabat-sahabat yang ingin tahu apa yang siti makan/minum tuk maintainkan susu badan. Walaupun production siti takde la mencurah-curah, tapi Alhamdulillah..setakat ni cukup la tuk Wafi.

Ingat tak hari tu siti ada cakap production siti menurun (pada sapa yang pernah baca la yer). Bila perah dapat sikit jer. Siti rasa tension sgt. Sampai nangis2 siti masa tu. Rupa-rupanya production menyusut disebabkan oleh pil Yasmine yang siti makan tu. Sebabnya bila siti stop makan pil tu, Alhamdulillah...production kembali macam biasa.



So, untuk maintainkan production susu, siti amalkan makan/minum seperti yang kat bawah ni:






Pil asi ni siti baru ambik dalam 15 hari camtu. Tujuannya tuk melancarkan & menambah susu badan. Bila siti perah tu susu senang nak keluar. Kira tak ambik masa yang lama sangat tuk perah tu.










Siti mula minum Nesvita Oat ni bila siti baca kat blog Rose. Dia minum Nesvita Oat ni tuk maintain susu. So, siti apa lagi..terus gi beli la. Benornya siti kurang gemar makan oat. Tapi, nesvita ni sedap lak. Dalam sehari siti akan minum sekali. Kadang2 siti minum time pagi. Kalau tak sempat, siti minum petang jer la.






Ni adalah Habbatus Sauda ye. Siti terbaca kat susuibu.com pasal Habbatus Sauda ni leh tambah susu. Kebetulan papa pernah beli Habbatus Sauda ni tuk tuam telur Wafi (dia kena angin). Pastu ada banyak lebih. Terbiar jer kat dapur tu sebab siti pernah makan sikit hari tu. Huhu..tak baper best lak rasanya (siti memang susah yer nak makan ubat atau benda2 yang rasa pelik2 nih). Bila dah dapat info pasal leh tambah susu tu, siti terus makan la. Bila dah selalu makan, dah terbiasa ngan rasanya yang sedikit kelat/pahit tu. So, siti amalkan la makan ni. Siti ambik 7 biji sekali makan, 2/3 kali sehari.







Lagi satu, siti selalu minum air soya. Dalam sehari siti akan minum 1 liter air soya yang dalam kotak tu. Memang banyak membantu tuk tambah susu badan.










Lastly, siti akan minum air masak sebanyak yang mungkin. Biasanya ssiti akan minum secawan air masak sebelum & selepas pum susu.

18 comments:

Intan Azmira said...

Ibu BF cuma boleh amik NORIDAY...

Moga susu terus meriah...rajin2 pam yer..

Baby dah brp bulan??

Unknown said...

bagusnye siti dpt menyusu kan ank2..
zai, kosong!!
minum air bali pon boleh menambahkan lg..

Ju@Lucky^Mummy said...

Kak, apa kata akak cuba Elken Spirulina. Ni pengalaman saya kak. Saya mmg kurang susu. Anak saya cuma menyusu malam2 je. Tp, lepas amik Spirulina ni. Pantang lambat sikit. dah sakit. Rasa penuh sgt. sebelum ni x rasa apa2 pun.

menyesal tak ambik Elken spirulina awal2. Mungkin saya boleh fully breastfeed anak saya.
Elken spirulina ni ada mcm2 nutrien.. sesuai utk ibu & anak.

Unknown said...

Info yang bagus... Boleh jadikan panduan utk 2nd baby nanti... hehe

Teringin gak nak menyusu secara eksklusif. Tapi nampak gayanya cam susah je... hehe

Leeya said...

leeya dulu minum milo..thanks for sharing ur exp. :)

Unknown said...

thanks tuk info yg sgt2 diperlukan tu...

lepas ni mesti susu sy mencurah-curah..hehehe...kenyang la danies pasni..

ima aceh aunty siti...dr Danies

Ena said...

Bagusnyerrr..

ena pun nak tanamkan semangat camnie lah utk akan datang.. harap anak2 x la sakit2 jer selalu.. yer la.. sbb dorg membesar ngan susu FM.. bukan sengaja tp terpaksa sbb susu kering dengan tiba2.. mungkin ebtul sbb pengambilan yg macam nie x sangat.. hu3x..

Zimah said...

good info..mcm zimah amik alfafa..nak kata susu bertambah tu xde la sgt..tp maintain je tiap kali pam..alhamdulillah 4-5oz sekali pam..kekadang dpt 6-7oz..rezeki adam..

Ummi AFD : x susah nak ekslusif BF ni..yang penting semangat mesti kuat..timba ilmu byk² dlm BF ni..insyaALLAH dipermudahkan ALLAH..

mamaarifakeemaisy said...

info yg bagus tuk si ibu2 yg BF ni..dan info bagus jugak tuk eina, wlupun tak BF dak arif lagi..mana tau rezeki utk anak ke2 kan, leh aplikasi kekdah siti ni..hehe..

Nida n' Hanafi said...

Seronokkan bila kita dapat menyusukan baby... jimat duit, jimat masa, dan yg paling penting bonding ibu dan anak semakin erat..

Anonymous said...

fyi, saya still bf kan damia smpai skang plan nk stop bulan depan sebab dah ckp 2tahun kan

pernah sekali je time dlm pantang saya usaha mcm2 nk tambahkan susu, lepas abes pantang syukur alhamdulillah susu xpenah surut sampai ke arini

Syuhada Kamal said...

siti,

tq share info ni..bleh amalkan 3rd bby nnti..insyaAllah..pasni sy pun nak fully breastfeed baby selama mungkin coz anak2 sebelum ni tak smpai 2thn dah stop..

♥Cik Puan♥ said...

ooo bagus info nie..nnt klu ada bby ke 3..leh azie cuba

Siti said...

Intan: Haa...tu la..smalam dah beli noriday. terima kasih yer.
Wafi dah 4 bulan.

Mamamiera: thanks for sharing. NAnti leh la siti try.

Ju: Akak pernah makan Elken Spirulina tu masa pregnant. Nanti leh la beli lagi.

UmmiAFD: InsyaAllah...boleh tu.

Leeya: Milo pun elok gak.

Hajar: InsyaAllah..kita cuma berusaha kan.

Ena: Bagus tu. Siti pun benornya lambat tahu psl BFeed ni. Anak ke3 baru sedar.huhu..rugi2.

Zimah: alfafa..siti pernah gak baca psl tu...

mamalieyna: InsyaAllah..sama2 kita berusaha.

Nida: Ya Betul.

NAna: Syukur..sampai 2 tahun kan..mudah2an siti leh jadi mcm Nana.

Syuhada: Chaiyokkkk.

Azie: InsyaAllah...

princess said...

puteri pun susu dah tak sebanyak awal2 dulu... elok la cuba tips siti ni...tq

yaya+frdz+auf said...

bagus info...yaya pon ade makan pil asi....dan oat tu mmg pepagi amik.... tp yang xjalan utk yaya ialah air longan...berbotol2 wa minum tp xde hasil...hoho..... tp sardin mmg superb..... trs bengkak. hehe

yaya said...

Salam. Habbatus sauda tu makan macam mana.

yaya said...

Salam. Habbatus sauda tu makan macam mana.