May 13, 2010

Tahniah Pasukan Badminton Malaysia

Siti hold dulu entry untuk CCM- Kuching Day 4 & 5 untuk beri laluan pada entry Piala Thomas ni. Sejak dari Malaysia menang semalam (walupun baru suku akhir), memang siti tak sabar nak buat entry pasal Piala Thomas ni.

Sebelum tu nak tanya, siapa tengok Badminton semalam , Malaysia Lawan Denmark? Angkat tangan....hehehe

Balik jer dari kerja semalam, terus siti bukak tv sebab nak tengok game badminton sebab perlawanan ni penting sangat. Kalau Malaysia kalah, memang haru la. Sambil masak sambil tengok tv tu. Kejap lari gi dapur, kejap lari gi tgk tv. hahaha.

Apepun, TAHNIAH buat pasukan badminton Malaysia kerana telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan pasukan Denmark 3-2. Perlawanan semalam memang agak sengit. Jantung siti ni berdegup kencang bila tengok perlawanan permain perseorangan lelaki kedua & bergu kedua Malaysia. Walaupun mereka kalah, tapi siti boleh cakap kalah dengan bergaya la. Mereka bermain bersungguh2 & bermatian2. Penyelamat Malaysia, Hafiz Hashim bermain dengan cemerlang. Terpegun gak la siti tengok Hafiz tu bermain..hehehehe....

Bila siti tengok badminton semalam, siti teingat masa siti zaman2 sekolah dulu. Siti memang minat sukan & aktif bersukan. Bila ada Sukan Sea/Komanwel, memang siti tak lepaskan peluang tuk tengok. Tercongok la siti depan tv.
Siti masih ingat saat2 siti bersama ayah & abang siti tengok badminton ni. Time zaman kegemilangan Rashid Sidik. Bersungguh2 kami duduk depan tv & sokong. Riuh rendah la rumah tu. Disebabkan minat, ayah siap buat satu court badminton depan rumah. Tiap2 malam main badminton. huhu...indahnya kenangan lama.

Apepun, siti memang tak sabar2 nak tengok perlawanan separuh akhir esok, Malaysia lawan China. Menang atau kalah, adat permainan. Kalaupun kalah, biarlah kalah dengan bergaya. hehehe....Tapi harap2 la Malaysia menang. Malaysia Boleh!!!!

Note: Uik, tapi rasanya macam takleh tengok jer perlawanan esok . Papa ajak balik kampung..waaaaaaa....

11 comments:

mamaarifakeemaisy said...

angkut la tv bwk lam kete time blk kg..hikhik..

*eina mlm td en suami kije, jdnya eina pun tak terlayan tgk tv..releks main ngn si ayep je..tp leh dgr la sorokan org2 kt kedai mamak.bwh umah eina ni, riuh giler..huhu..

*eina ni tak fanatik sgt, kalo en suami tgk, eina pun tgk..hehe..

Mek Rose said...

kdg2 geram gak tgk sbb dah nak abis sgt dah tup2 kalah jugak
aduhai

suami kita antu sukan
so if boleh nak masuk dalam tv tu jerit2 sekali

*harap dato lee chong wei jela..yg lain takdapek la kot if nak jumpe china nih!

*keciwa ngan hafiz masa lawan ngan jepun. bodo tahap tuttt...lawan ngan budak jepun rangking dunia 100++ pon leh kalah! ces

kella said...

yup gembira rasanya menang semalam! yang nyata Hafiz menjadi hero of the night semalam! tahniah pada pasukan malaysia ke separuh akhir jumpa china! mereka telah cuba yg terbaik!
oh tak sabar nak tengok.

siti leh baca sini pula
TERIMA KASIH HAFIZ HASHIM, TAHNIAH MALAYSIA

Ju@Lucky^Mummy said...

x tengok pun... smlm balik lambat.. mmg nak tgk tp dah keje nak wat camno..

apa2 pun harap malaysia dpt julang piala thomas tu..
dah lama sgt kt tgn org..

Siti said...

mamalieyna: heheh..tak minat sukan yer. hahaha...siti tgk keadaan gak bila nak tgk. kalau bola yang mlm2 tu mmg tak tgk la.

Siti said...

Ros, masa lwn Jepun siti tak tgk..tp dgr gak dirog ckp cam hampeh..hehehe

Siti said...

Kella: hehehe..tgk gak yer....sama la tak sbr nak tgk.

Siti said...

Ju: heheh..tu la..hrp2 gitu la.

kitatauke said...

teruskan menyokong pasukan kite....:)

Liessa said...

wahhh...cayok... cayok...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Kita pon minat gak sukan ni..smlm jantung lily pon berdegup kencang..Nasiblah menang..hope..jumaat ni Malaysia Boleh!! :)