May 12, 2010

CCM - Kuching (Day 2)

9/7/2009

Destinasi pertama pada hari kedua di Kuching adalah Taman Budaya Sarawak. Tiket nak masuk kat Taman Budaya ni agak mahal sikit yer, RM60 tuk dewasa. Untuk kanak2 dah lupa lak barapa. Tapi kalau kita guna tour guide, dapat murah sikit. Sebab diorang kan orang sana, so boleh beli tiket murah. Siti memang bayar tour guide sekali ngan tiket masuk. Senang sikit.

Kami menghabiskan masa lebih dari setengah hari kat taman Budaya ni. Kat Taman Budaya ni, terdapat rumah2 suku kaum sarawak. En Asmadi yang banyak membantu kami dengan memberi penerangan lebih jelas tentang setiap rumah yang kami lawati. Macam2 jenis rumah ada. Tak semua yang sempat kami masuk. Penatttttt....

Jambatan ni memang mencabar yer kalau nak naik. Hehehe..siti gagahkan gak lalau kat jambatan ni, walaupun takut2. Nasib baik selamat lalu kat jambatan ni.

Salah satu rumah yang kami lawati.




Seksi tak abang ni? hehehe

Papa cuba tuk guna sumpit ni. Cuma bayar RM1, kita dapat sumpit sebanyak 3 kali.


Ni antara rumah tertinggi kat taman budaya tu. penat weh nak panjat tangga. Dah la tgh pregnant.

Sambil2 melawat, kita akan dihidangkan ngan persembahan tarian.

Leh jugak kalau nak cuba diorgnya alat muzik. Kreatif sangat diorg ni tau.



Kita juga dapat menyaksikan perbagai tarian kebudayaan sarawak kat Taman Budaya ni. Persembahan ni kalau tak silap siti bermula pada pukul 12.00 tghari, diadakan dlm dewan yang berhawa dingin. Huhu..memang lega sgt dapat duduk, relaks lepas penat2 jalan.


Lepas dah melawat kat Taman Budaya, kami mkn tengahari kat situ. Erm.tak banyak pilihan makanan yang ada. Sebab dah lapas sangat, kami belasah jer la makan apa yang ada.

Destinasi seterusnya adalah Muzium Islam Sarawak. Kami singgah sekejap jer kat sini. Dah penat sangat rasanya. Tiada bayaran masuk dikenakan tuk masuk muzium ni.





Dari muzium Islam, kami ke menara Sarawak pulak. Dari menara ni kita boleh lihat permandangan sekitar Sarawak. Anak2 palings eronok bila dapat naik menara ni. Sejuk sikit bila duk kat atas ni. Nak naik menara ni takyah bayar yer.


Selepas kami turun dari menara, En asmadi membawa kami tuk rehat2 kat satu taman yang siti dah lupa namanya..hahaha...Just pusing2 kejap jer. Hari dah petang. kami terus balik ke Hotel lepas tu.




Oh yer, bila sampai kat Hotel kan, siti & nieza tingalkan anak2 ngan papa sebab kami nak pegi jalan2 tengok kedai kek lapis. Saja nak cuci mata dulu, esok baru plan nak beli. Kedai kek lapis tu cuma berada di seberang sungai tempat Hotel kami menginap. Tuk ke seberang sungai, siti & nieza naik sampan kecil. Huhu..terhuyung hayang tau naik sampan ni. Bayarannya cuma 50 sen sahaja yer.

Ni la rupa sampan tu. Siti memang takde ambik gambar masa naik sampan. Gambar ni siti ambik dari malaysiahotelreview.com

Malamnya, seperti biasa En Asmadi akan ambik kami tuk dinner. Plannya nak makan seafood. Tapi kedai yang En Asmadi bawak tu takde seafood yang sedap2. Agak kecewa juga la kami malam tu. Sebelum ke Kuching siti & nieza dah terbayang2 makan udang galah yang besor2..hahaha...Tapi tak kesampaian...huhu.


7 comments:

LYaFRINA said...

waaa.. bestnyer.. hope ada pluang nk kembara cam ni.. sgt2 best.. beraninya naik jmbtan bu;uh tu.. lya aritu naik jmbatan gantung..sgt2 seriau...

**pic dekat pokok bunga y menghijau tu.. sgt2 comel la

Anonymous said...

ritu ktorg tak g pon taman budaya sebab masuk dia mahai sgt hehehe
mmg cuak gile kan naik sampan tu kita siap jerit lagi bila sampan tu senget mcm nk terbalik je

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Syoknya g CCM. Kelaka lak tgk da' sexy man heheh..teringin nak g Sabah n Sarawak.lum penah smp sana lagi.

Mama Zharfan said...

bestnya jln2 ...byk ke beli kek lapis ;)

kitatauke said...

bestnye jalan2...ilang stress....:)

Ena said...

bestnyerrr..
kemain lagi kan!..
sangat puas hati la camtu..

bile la ena nak p sane lagikk.. dulu p pun tak kemane2 sbb tak reti nak jalan2 takut sesat.. time tu ikut en hubby p wat kije kat sane..

mamapp said...

melancong ke sarawak mmg best kan esp kt taman budaya tgk persembahan dia..

nieza tu kite kenal la dulu satu sekolah hehe.. dia duk satu opis dgn siti ke?