Mar 4, 2009

Tumis Santan Udang + Peria Katak

Tak tahu apa nak kasi nama kat masakan ni. Tapi ni salah satu favourate siti & family. Nak masak ni memang la senang sgt2. Udang harimau besar2 ni siti beli dengan harga RM10 sekilo kat pasar borong selangor. Murah woooooo...Udang juga adalah makanan kegemaran anak2 siti. Selalu wat ratah jer.

Tumis Santan Udang + Peria Katak
12 ekor udang harimau besar
1 biji peria katak - dibelah 1cm
2 cawan santan
2 sudu bawang besar + bwg putih kisar
2 sudu cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
Garam & gula secukupnya
2 sudu minyak masak

Cara:
1. Tumiskan bawang & cili sehingga naik bau.
2. Masukkan santan. Kacau santan sehingga mendidih.
3. Masukkan udang & peria. kemudian masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam & gula. Biarkan sehingga udang masak & kuah menjadi sedikit pekat.

2 comments:

CoNniE said...

masuk blog Siti ni pasti ade makanan2 yang menyelerakan.. huhuhuhu..

[-suziey-] said...

peria katak tu yg pahit tu eh..dr dulu xpnh bole nak mkn..pahit la..xleh lgsung nak telan..ekkkek:D