Mar 27, 2009

Apa Hadiah tu yer???

Bertemu kembali..hehehehe..Hari ni dah masuk office semula walaupun kepala pening..
Nak ucapkan berbanyak terima kasih buat rakan2 blogger yg wish anniversary pada siti.
Sambut anniversary dalam keadaan tak sihat. Papa lak agak busy. So, malam jer sempat keluar mkn2 ngan papa. Papa belanja Kenny Rogers. Actually that's one of my favourate food. But, semalam siti cuma mkn side dishes jer. Ayam mmg tak lalu. Kenapa???? jawapannya ada di bawah. Hahaha..

Oklah, back to the topic. Hadiah apa yer yg siti bagi kat papa....Ada 3 kan...

Kita bukak kotak pertama dulu...Jeng..jeng..jengggggg....Taaa daaaaa.. Hehehe
Handphone Nokia E63 ni khas buat papa. Sebenarnyakan siti kesian dekat papa. Sejak siti kahwin ngan papa dah 2 kali papa beli telefon baru. Tapi setiap kali papa beli, mesti siti yang pakai dulu. Papa tetap pakai telefon yang lama. Last sekali ada kawan papa bagi telefon kat papa, siti gak yang pakai. Hahahaha...Pastu sekarang ni papa pakai telefon nokia yang lama, yang takde kaler2, hitam putih tu. Hahaha...Memandangkan papa dah mula berkerja sendiri sekarang , siti rasa papa amat mememerlukan telefon ni. Banyak kegunaannya....
Kotak yang kedua lak mengadungi Motorola Bluetooth Headset nih. Tuk papa gunakan sekali ngan handphone kat atas tu. Hehehe...tuk kemudahan papa yg selalu busy. Pastu telefon asyik la berbunyi tak kira masa. So untuk keselamatan papa ketika memandu, siti rasa headset nih amat la berguna.

Dan yang paling istimewa yg siti letakkan dalam kad anniversary tu, tadaaaaaaa..kat bawah nih...Alhamdulillah, rezeki siti & papa murah lagi. Kami bakal dikurniakan seorang lagi baby. Excited sungguh siti lepas buat test tau. Ni pun baby accident gak. Tak plan. Masuk ni nampaknya ketiga2 anak siti semernya accident. Hahahaha..Cuma kali ni dia datang tepat pada masa anniversary siti & papa. Alhamdulillah...siti bersyukur atas kurniaan ni. Tahun ni, pada umur 27 tahun, siti akan mempunyai 3 org anak...Ibu muda sungguh kannnn..hahaha..perasannn...Apepun siti sangat2 gembira & tak sabar lak rasanya. Harap, rakan2 blogger semer mendoakan kesihatan siti & baby dalam perut ni yer. Aminnnnn...

9 comments:

~NURULNISSA AHMAD KAMIL~ said...

ct..happy nyer dgr..tahniah..wah, mmg ibu muda la..sa ni dah 27 pun, jgn kan anak,boyfren pun takder lg..neway,sa doakan ct semoga sentiasa sihat ngan baby kat dlm tu..seronok la ya,menanti kehadiran org baru dlm family..take a good care of yourself ya..

hezesuze said...

wah! CoNGraTuLaTioNs! mesT papa hepi kan...padanla demam tu lambat no kebahnye...ghupe2nye ada isi...

btw, jg kesihatan & pemakanan yek ibu muda...erm umur akak 27thn bru dpt 1st baby...

[-suziey-] said...

waa congrates siti..pttla demam yke..peknan rupenye;) berganda2 hadiah utk papa;)

nyizd said...

betul lah tekaan kan yg siti preggy..all d best,ct..byk kan rehat yer

Siti said...

nissa: terima kasih..InsyaAllah, ada jodoh nissa nanti. Siti doakan dari jauh yer.

kak heze: kena panggil kakak la yer..ct kawen umur 22, tu yg cepat dpt anak..hehehe

suzie: hehehe..rezeki papa dpt hadiah berganda

noy: hehe...lepas ni harapnya noy la pulak yer...terima kasih byk.

Gieyana said...

tahniah yer...

kirana said...

Tahniah...u add more happiness 2 ur life!

IdzaRis79 said...

tahniah...
samalah kita..tp akak dah 30thn...
anak br nak masuk 2...

hajarus said...

tahniah.. k.ct.. wah hadiah paling beharga yang no. 3 tu.. bestnyer umur 27thn akak dah nak msk 3 anak.. hjr juger yang masih lum rezeki.. this year hjr nak masuk umur 25.. huhuhu...
hjr doakan k.ct ngan baby dlm perut sht2 selalu...
ngan Happy anniversary... maaf k.ct, hjr terlewat wish...