Mar 2, 2009

Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai
15 ekor udang besar
2 papan petai
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2 sudu cili kisar
3 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 helai daun limau purut
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang & cili kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang, 3 jenis sos & daun limau purut. Kacau rata. Tambahkan sedikit air.
3. Masukkan petai. kacau rata. Perasakan dengan garam & gula. Sedia untuk dihidang.

1 comment:

hezesuze said...

aduyaiiii...tipah tertipu..ingatkan da ada n3 resepinye...gambo je...

lapor lapor nengok gambo petai udng ni...nyam nyam