Mar 18, 2009

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang ) - 4

Hari Keempat (16/3/2009)

Dah tiba masa tuk kemas2 & check out. Sebelum check out macam biasa gi breakfast kat hotel dulu. Makan puas2....hahahaha...

Lepas jer check out, dalam kul 11 siti terus bertolak ke Kuala Ketil tuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat siti masa kat UNITEN dulu, Siti Asyikin. Majlis diadakan serentak dengan adiknya, Siti Asyraf. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.

Memang meriah majlisnya walaupun dibuat pada hari Isnin. Macam2 makanan ada. Selain nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging + batang pisang, dalca...tetamu juga dihidangkan ngan laksa penang. Air pun ada bermacam2 jenis termasuk la teh tarik. Siti cuma makan laksa jer sebab perut dahs enak breakfast banyak kat hotel. Huhuhu..rugi tak mkn gulai daging batang pisang.


Siti Asyikin & suami (baju hijau)...Siti Asyraf & suami (Baju gold)..Sama cantik sama padan.



Bersama sahabat2 karib masa kat UNITEN.

Siti tak singgah lama kat majlis perkahwinan Syikin. Dalam kul 2 ptg, siti dah bertolak balik & tiba di Seri Kembangan pada pukul 7.30 malam.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku. InsyaAllah, kalau panjang umur...siti akan bercuti lagi ke Pulau Pinang....Tamat.

1 comment:

Suziey Ahmad said...

alhamdulillah..percutian yg menyeronokkan..;)