Mar 11, 2009

Pasembor



Siti sebenarnya dah lama nak buat pasembor ni. Kacang pun dah lama beli. Tapi asyik la tangguh jer. Tapi ada satu hari tetiba siti ternampak la pasembor kodiang dari dapur abg mat gebu. Terus rasa nak buat. Akhirnya jadi la jugak pasembor ni. Siti copy jer la resepi dari abg mat. jangan marah yer.

Pasembor
Bahan kuah:-
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah (mat guna gula melaka)
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan pasembor:
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (siti tak celur pun)
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris2
3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

Bahan cucur udang:
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)

CARA:
Untuk kuah:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.

Untuk cucur udang:
Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.

Untuk pasembor:
Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera.

2 comments:

Noy said...

siti..pasembor ni mcm rojak mamak yer?

Siti said...

noy: a'ah..lebih kurang sama la.