Mar 17, 2009

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang)

Sebenarnya siti rancang cuti-cuti Pulau Pinang ni sebab nak attend wedding kawan U siti (Siti Asyikin Binti Asbollah) kat Kuala Ketil, Kedah pada 16/3/2009. Alang2 dah sampai belah utara tu, siti pun bercuti la sekali. Sambil menyelam sambil minum air la. Sekali bayar toll & minyak.
Jom ikuti rentetan perjalan siti ker Pulau Pinang.

Hari Pertama (13/3/2009)

Bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi. Singgah tuk breakfast sekejap kat area rumah. Lepas tu papa kena gi Suruhanjaya Tenaga kat PJ dulu. So, kena la tunggu papa jap. Dalam kul 11.30 baru papa keluor dari bangunan PKNS. Kami terus bertolak ke Pulau Pinang.

Anak2 dalam kereta tengah tunggu papa. Lambat lak papa nihh..

Semasa dalam perjalanan, kami cuma singgah di perhentian Sg Perak tuk sembahyang. Setelah hampir 5 jam baru lah kami sampai di Jambatan Pulau Pinang. Excited gak la nak lalu kat jambatan nih. Banyak construction sedang dijalankan kat atas jambatan. Siti rasa tuk lebarkan jambatan.


Plan asalnya siti nak singgah di Bukit bendera dulu sebelum check in. Tapi, memandangkan papa dah penat sgt & hari pun dah petang, kitorang terus gi check in kat hotel jer. Sebelum check in siti singgah makan kat gerai berhampiran hotel. Siti jer yang makan nasi goreng ayam. Papa & anak2, minum jerk.


Sampai kat hotel dah kul 5.30 ptg. Oooo... sebelum tu, siti menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel (3 star) sepanjang berada di Pulau Pinang nih. Siti booked masa bulan 12 tahun lepas melalui http://www.hoteltravel.com/. Harga yang siti dapat dlm USD35 (RM122.5) per night tuk standard seaview room include breakfast. Kira berbaloi & murah kalau book internet nih. Siti ada gak kol hotel & tanyakan rate dia tuk time siti nak book tu. Harga dia mencecah RM170++ per night, maybe time siti nak pergi ni time weekend & school holiday kan.


Room dia tak la besar sgt. Boleh la....Perabot dah agak lama. But, view dia very nice (kalau ambik seaview la). Kalau ambik hill view mmg ngadap jalan raya jer la. Apa yg best tentang Tanjung Bungah ni sebab hotel ni terletak memang betul2 tepi pantai. So, kalau nak ke pantai, takde la nak jalan jauh2. Oh yer..staff dia pun baik sgt & very friendly.



Bila dah check in, semernya dah kepenatan. Perjalanan jauh woooo nak sampai ke sini.

Lepas maghrib, barulah kitorang keluar tuk jalan2. Pertama sekali menuju ker Batu Feringghi tuk jalan2 kat night market. Kitorang cuma ambil masa dalam 10 minit tuk sampai. Dekat jer. Batu Feringghi letaknye cuma bersebelahan dengan Tangjung Bungah. Bila dah sampai, rupanya2 night market tu mcm kitanya Chow Kit kat KL tu. Gerai2 jualan sepanjang jalan. So, siti ambik keputusan taknak singgah kat night market tu. Takde apa pun nak dibeli. Kebanyakkan barang yang dijual adalah barang2 tiruan seperti beg, belt, kasut..ada jugak barang2 hiasan & pakaian.

Lepas tu kitorang terus jer jalan2 cari makan lak. Batu Feringghi memang kebanyakannya dipelopori oleh kaum Cina (memang masuk Pinang macam gi negara Cina jer)..hahahaha..Kedai makan melayu memang susah nak jumpa kat Batu Feringghi. Jadi kena patah balik ker Tanjung Bungah. Akhirnya jumpa gak satu restoran melayu tak jauh dari hotel (lupa lak nama restoran tu). Restoran ni tepi jalan jer. Ada gak dua tiga kedai melayu lain yg berhampiran kat situ. Kami cuma makan lauk biasa jer..sup tulang, khailan ikan masin, udang goreng halia, nasi putih 3 & air 2..semunya RM 15. Murah betul & siap ada diskaun lagi. Hahaha...

Lepas makan jer terus balik hotel tuk zzzzzzz. Memang badan rasa penat sgt2. Aktiviti akan disambung pada keesokan hari pulak. Hahahaha...

1 comment:

Suziey Ahmad said...

waa syioknye holiday...