Mar 11, 2009

Masak Lemak Ciliapi Siput Sedut

Siput sedut ni siti beli masa siti gi pasar borong selangor. Satu plastik RM7, sekilo rasanya. Balik jer umah terus wat proses masak siput ni. Buang dianye muncung belakang tu, bagi senang bila nak sedut nanti. Tak sangka lak anak2 siti suka sgt makan siput ni. Kakak pandai la sedut sikit2, adik lak suh siti sedut. Tapi lepas sedut adik suh letak balik kat cengkerang dia. Konon2 dia la yang sedut tu. Hahaha...Bahan2 tuk masak lemak ciliapi ni siti guna rempah yg siti buat tuk buat ayam goreng berempah & tambah santan & kunyit sikit lagi bagi dia nampak lebih kuning. rempah tu memang siti buat banyak & frozenkan.

Masak Lemak Ciliapi Siput Sedut
1kg siput sedut - dibuang hujungnya sedikit
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 batang serai*
5 tangkai cili padi*
1 sudu biji ketumbar*
1 sudu jintan manis*
1 sudu jintan putih*
Serbuk kunyit*
Garam & Gula*
3 cawan santan - dari sebiji kelapa

Cara:
1. Masukkan bahan2* ke dalam pengisar & kisar. Jangan kisar terlalu halus.
2. Masukkan bahan2 kisar dalam kuali. Letakkan santan. Kacau sehingga santan mendidih.
3. Kemudian masukkan siput sedut. Kacau sebentar & biarkan sehingga siput sedut masak.

6 comments:

hezesuze said...

fuyooo....mmg sodap siput sedut ni...my fev tu....

aiiii...mkn2...camnoh nak kurus ni?????

ZaiY said...

siti, akakpun suka banget ngan gulai siput ni, uii dh lama xmakan ni..tapi kan bila mkn tu takleh tgok rupa bentuk isi dia, kena terus kunyah n telan je..hihii..

CoNniE said...

Siti tau tak kite baru pndai mkn siput nih tau, tu pon tgk member mkn mcm sdp, 1st mkn jenuh nk sedut...

Bak kate ZaiY, mase mula mkn tu seboleh2 nye takmo tgk dia.. hehehe..

Noy said...

Kat brunei..kitorang xde menu siput sedut...i wonder camner the taste..hubby gtau sedap..

nanti lah dah balik kampung hubby kat negri sembilan,nak request mak mentua masakkan..

ni mcm Fear Factor for me..hehe

adda said...

camne ek kt brunei mmg takde siput sedut ke? kesian noy.. siti kite dh lama x makan siput sedut dah dlm 8 tahun.. sejak termakan lumpur dia tuh uweks.. tp bebaru ni mula mkn semula.. tp still fobia hik hik hik

Siti said...

heze: oo..suka gak yer siput nih..

zaiy: sama la ngan siti. memang takleh tgk tgk. tapi bila dah ada anak ni, kena sedut tuk anak2..terpaksa la tgk.

connie: a'ah, kalau memula mmg sudah nak sedut. tapi sedapkan..

noy: lor..takde gak yer siput..nanti balik sini, suh MIl buat..nak suh siti masak pun boleh.

adda: siti pun pernah tersedut lumpur + binatang apa ntah duk dlm tu..memang serik kejap.tapi skang dah mkn semula.