Mar 11, 2009

Jalan2 Zoo Negara

Dah lama betul siti berhajat tuk pegi ke Zoo Negara nih. Sejak dari siti pregnantkan adik lagi. Tapi masa tu papa memang tak bagi sebab dia cakap tak elok ibu tengah pregnant tengok binatang..kang terkenan. Kalau tak silap siti, kali terakhir siti melawat zoo negara ni tahun 2004, masa tu lum kawen ngan papa lagi.

Akhirnya setelah lama menunggu sampai juga hajat siti. Sampai jugak siti kat zoo negara (macam la jauh dari rumah). Sambil tu leh la bawak anak2 jalan2 & kenal2 ngan haiwan.
Memula sampai excited la jugak. Siti tak naik keretapi pun..nak exercise la konon. Besar jugak yer zoo skang nih. Baru setengah jalan, siti dah termengah2. Ada tempat yg tak dan nak masuk sebab dah tak larat. Hehehehe..stamina takde la..asyik kerja dalam econ. Yang paling menarik bila sampai kat tempat zirafah & gajah tu, pastu tgk badak sumbu yg besar..terkejut siti.

Jom tengok gambar siti & family kat Zoo Negara.



4 comments:

CoNniE said...

The girls nampak happy skali.. mesti fun kan.. kite dulu bawak sya sya pon dia suke, smp x lrt dia nk berjalan.. hihihi..

Noy said...

Malu noy nak mention...but,Brunei takde zoo..Darwish tau kucing and burung jer..:(

Siti said...

connie: anak2 mmg suka sgt..tapi bila dah separuh jalan semernya dah penat..tambah penat siti ngan papa la yg terpaksa dukung diorg.

noy: takde yer zoo..ermmm..heran gak yer..takpe, skang leh kenal binatang thru internet.

[-suziey-] said...

waa syioknye g zoo..sy pn dh lama x ke zoo nih..hmmm...bile nak g ek.???