Mar 10, 2009

Happy 3rd Birthday...Siti Miftahul Jannah...



Ibu & papa dengan berbesar hati ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR yg Ke-3" buat anakanda tersayang..Siti Miftahul Jannah Binti Hardi. Semoga kakak menjadi insan & anak yang solehah, panjang umur & senantiasa dimurahkan rezeki.

Kelahiranmu kedunia pada 8 Mac 2006 menjadi penyeri & menambahkan sinar hidup ibu & papa. Ibu melahirkanmu dengan mudah..Alhamdulillah...

Tangisan pertamamu membuatkan hati ibu berbunga riang.
Senyuman pertamamu membuatkan ibu rasa tenang.
Langkah pertamamu membuatkan ibu tersenyum girang.
Gelak ketawamu membuatkan segala luka lara ibu hilang.

Walaupun kakak baru berusia 3 tahun, tapi ibu nampak perkembangan kakak amatlah positif. Kakak sudah dapat bercakap dengan lancar sejak dari umur 2 tahun lagi. Kakak dah tak pakai drypers lagi kecuali waktu tidur. Kakak dah pandai baca ABC, Mengira dari 1-10 (Malay & English), dan mengaji dari huruf Alif hingga Ya. Kakak juga pandai baca doa makan & doa tidur.
Kakak selalu tolong ibu jaga adik & tegur adik bila adik buat silap. Dan yang paling ibu suka bila kakak selalu cakap " I love you, ibu". Ibu & papa sayangggggggggg kakak.

2 comments:

CoNniE said...

Happy Birthday.... moga jadi anak yang solehah yeaa.. hehehe..

Noy said...

hai ct,can u email me ur home address..nak anatr bday gift...:)..if u dont mind..email to my email,k..yoursabadi@yahoo.co.uk