Ermmm...semalam siti tgk kisah Mawi & Ekin..Mata ke Hati. Siti tak tahu la ulangan yg keberapa dah. Sebenarnya siti tak ikuti sgt perkembangan majlis perkahwinan diorg. Tapi, masa tu mmg takde cerita lain yg best. Jadi, siti layan jer la.
Tengah2 siti layan cerita tu, sekali siti terusik dengan kata2 Mawi tentang memaafkan org lain. Yer la, byk dugaan yg Mawi lalui. Macam2 hinaan & cacian. Untuk mengikis semua perasaan marah, apa yg dia lakukan ialah tiap2 malam sebelum tidur dia belajar untuk maafkan org. Tak kiralah sesiapa pun. Walau apapun yg dilalukan oleh mereka kepada kita. InsyaAllah, kita akan tenang. Emmmm..tak sangka lak kata2 Mawi tu menusuk ke dalam jiwa siti.
Entah la. Siti mmg ada byk terasa dgn beberapa org. Siapa dia, biarlah rahsia. Sikap mereka yang suka menyalahkan org lain, yg suka meletakkan dosa ke atas org lain tanpa sebab. Adakah mereka tidak bertanya kepada diri mereka sendiri, ADAKAH AKU INI TERLALU BAIK???
Apepun, siti dengan rela hati memaafkan mereka. Alhamdulillah....Allah bukakan hatiku.
Semoga mereka juga seperti siti, sedia memaafkan org lain. Hidup siti kembali tenang. Biarla jika dia masih begitu, bersikap ego. Namum bagi siti, tiada lagi permusuhan antara kita. Biarla jika kau tidak mahu bersapa dengan siti. Yang penting diri siti dpt menerima dirimu seadanya.
Kalau sekali kita menunding jari kepada kesalahan org lain, berkali2 jari itu akan kembali menunding kepada kita. Wallahualam...
2 comments:
sering memaafkan org lain juga...
berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung beban... walau apapun, setiap orang ada melakukan salah dan silap.. setiap perkara ada kebaikan dan keburukan... menjadi seorang yang pemaaf adalah satu perkara yang SANGAT MULIA..
Post a Comment