Jan 23, 2009

Asam Pedas Ikan Parang...

Ni salah satu lauk favourate siti. Tapi mesti nak ikan parang. Ikan ni memang banyak tulang. Tapi isinya manis sgt. Siti boleh ratah jer ikan tu. Harga ikan ni leh tahan mahal jugak. Siti beli 2 ketul isi ikan RM8.00++. Huhu... Takleh la nak makan selalu.

Asam Pedas Ikan Parang
2 ketul isi ikan parang
1/2 cawan air asam jawa
10 tangkai cili kering - di kisar*
Bawang besar & bawang putih - dikisar*
Sedikit belacan
Kacang bendi
Tomato - dibelah 4
1 batang bunga kantan - dibelah 2
Daun kesum
Garam & gula secukupnya
Minyak utk menumis

Cara:-
1. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg telah dikisar* sehingga naik bau & garing.
2. Masukkan belacan, daun kesum & bunga kantan. Kemudian masukkan air asam jawa & air.
3. Setalah mendidih, masukkan ikan & kacang bendi. Kacau sekali sekala. Jangan sampai ikan hancur. Perasakan dengan garam & gula
4. Apabila ikan sudah masak & kuah menjadi sedikit pekat, masukkan tomato. Biarkan sebentar & tutup api.

3 comments:

Yati said...

hi ct..masak asam ikan parang mmg best..my husband tak suka masak asam plak...:( tu yg jarang buat...tapi kalo balik rumah mak, mak mesti masak asam ikna parang nie...yati suka ratah kepala ikan parang...heheheh

siti said...

hi k yati. tu la. isis ikan ni mmg manis. selalu mmg msk asam pedas jer & goreng jer. masak lain tak pernah buat lagi

MY HEART said...

Cik Ct,

Nampak sedap jer Kari Kepala ikan tuh.. ni yang rasa tak sabar nak masak kat umah ni hihii..

Salam ziarah...