Puding caramel ni siti buat gara2 anak dara siti, kakak tu asyik suruh siti buat kek. Pagi2 bangun tidur dah suruh ibu dia buat kek. Adoiiiiii..ibu dia ni lak ada mood malas sikit. Last2 buat jer puding ni..senang. Nasib baik ada rupa mcm kek kan. Kakak bukan main happy lagi. Seronok bila boleh buat anak2 gembira nih. Nasib baik adik belum pandai meminta lagi. Kalau tak....huhu...
Puding Caramel
5 biji telur gred B*
1 tin susu cair*
1 cawan air*
1/4 cawan gula*
3 sudu tepung kastard/jagung*
1 sudu kecil esen vanilla*
1 cawan gula - utk gula hangus
Cara:-
Masukkan gula ke dalam loyang. Siramkan sedikit air di sekeliling loyang. Air akan meresap ke dalam gula. Biarkan loyang di atas api sehingga gula menjadi gula hangus. Sejukkan.
Untuk bahan puding, masukkan semua bahan2* ke dalam pengisar. Kisar hingga semuanya sebati. Tuangkan ke dalam loyang gula hangus yg telah disejukkan. Kukus di dalam pengukus yg telah dididihkan air terlebih dahulu. Kukus selama lebih kurang 30 minit. Pastikan puding telah sejuk sebelum diterbalikkan.
No comments:
Post a Comment