Feb 27, 2009

Paprik Daging

Bila dah takde stok lauk kat rumah, maka jadilah lauk paprik. Sebabnya, lauk ni leh campur macam2. Sayur apa yang ada semer leh campak masuk. Hahaha...

Paprik Daging
Daging - dihiris nipis
Kacang panjang - dipotong 1.5inc
Lobak - dihiris nipis
Cendawan butang - dihiris nipis
Daun limau purut
2 sudu cili kisar
2 sudu bawang merah yg telah dikisar
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Tumiskan bawang & cili kisar sehingga naik bau. Masukkan daging. Masak sehingga daging hampir empuk.
2. Masukkan lobak & daun liamu purut. Kemudian masukkan 3 jenis sos & kicap.
3. Last sekali masukkan cendawan & kacang. Kacau rata & biarkan sebentar. Perasakan dengan garam jika kurang masin.

Wayang: Upin Ipin

Hari ahad lepas, siti gi tengok citer Geng kat KLCC. Dah bertahun tak tgk wayang. Last tengok wayang hari tu masa pregnant kan kakak. Ni pun kebetulan Ros dari Mama Club ajak gi tengok citer Geng ni ramai2. Husband dia belanja mama2 sekeluarga.

Kul 10.30 berkumpul kat TGV KLCC. Kul 11 masuk panggung. Memula risau gak takut anak2 menjerit ker, menangis ker. Tapi, alhamdulillah..anak2 OK jer. Behave jer masa kat dalam panggung tu. Citer geng ni best la. Cuma bab seram tu, rasanya terlalu berat sgt tuk kanak2. Sound dia pun kuat betul. Apepun, layan jer la.



Antara geng Mama Club yang join tengok wayang ramai2. Seronok sgt2.


Awards from Leen



Thanks Leen tuk awards nih..Bab super duper tu lum lagi la. Masih dalam proses belajar lagi nih. Hehehe....

Feb 25, 2009

Bubur Cha Cha

Bila mulut asyik rasa nak makan jer, mula la kena cari idea nak masak apa. Hahaha.. teringat lak siti ada beli bubur cha cha ni. Apalagi, mula la proses masak-memasak.

Bubur Cha Cha
1 1/2 cawan bubur cha cha - siti rebus dulu sampai kembang & toskan air
1/2 cawan sagu - direndam
4 cawan santan - dari satu biji kelapa
1 ketul gula kabung
5 sudu besar gula
1 sudu kecik garam
daun pandan - disimpul

Cara:
1. Di dalam periuk, masukkan santan & gula kabung, gula & garam. Kacau sehingga santan mendidih.
2. Masukkan bubur cha cha, sagu & daun pandan. Biarkan sehingga sagu kembang. Sedia untuk dihidang.

HFMD ker???

Nak citer pasal anak2 ni. Pagi Ahad lepas siti ternampak kat tangan adik ada naik lepuh2. Tak byk la, dalam 4/5 biji. Siti ingat kena chicken pork (CP). Tapi, anak2 siti dah pernah kena CP sebelum ni. Pastu cek2 lagi, tengok kat kaki pun ada gak. Naik risau lak siti. Pastu siti suh papa cek. Dia cakap maybe CP yg keluar hari tu tak habis kot. Tunggu petang sikit, tengok macamana.

Pastu bila petang tu tgk mcm dah byk sikit naik lepuh2 tu.Cuma kat tangan & kaki jer. Kat badan memang takde. Siti cek dalam mulut, ada bintik2 putih. Baru terfikir, maybe adik kena HFMD. Pastu gi la cek kat klinik. Doc cakap bukan HFMD. Maybe gatal2 biasa. Lega la sikit rasanya. Tapi sedih gak la. Tak sampai sebulan hantar kat nursery, dah jadi camni.

Hari isnin siti hantar jer la anak2 kat nursery macam biasa. Tengahari tu cikgu diorg call, ckp adik mcm ada tanda2 kena HFMD. Huhuhu...kakak lak dah start naik gak cam biji2 gatal tu.
So, siti balik ambik adik bawak lak gi klinik kesihatan putrajaya. Doc kat situ pun tak pasti samada HFMD ker tak. Waaaaaa.....tak tahu nak cakap camna dah. Semer doc tak pasti. Siti apa la lagi.

So, hari selasa siti cuti la, jaga anak2 kat rumah. Adik & kakak nampak OK jer. Aktif, makan pun byk. Ermmmm...Lepuh2 tu dah tak keluar lagi. Dalam mulut pun takde lak ulser. Alhamdulillah, lepuh tu pun dah makin baik & mengering. So, hari ni siti tinggalkan anak2 ngan papa lak. Gilir2 la kena jaga. Siti lak minggu ni busy yg teramat dengan kerja. Pening dah kepala ni. Dalam hati duk fikir nak berhenti jer kerja, jaga anak2 kat rumah. Huhuhu..InsyaAllah, impian akan jadi kenyataan.

Feb 23, 2009

Soto

Semalam siti memang takde idea nak masak apa2 pun. Huhu..duk ngan anak2 jer kat rumah. Papa busy, busy & busy. Jadi, siti masak yang senang jer la. nanti siti masukkan resepi soto ni yer.

Awards lagi



Awards ni diberikan oleh Kak Ina, Sayanggggggg akak..muahhhhhh..Thanks yer sebab sudi bagi awards ni tuk siti. Tag tu nanti siti buat yer. hehehe...
Siti lak nak hadiahkan awards ni buat:
2. adda
3. noy
6. Leenn
7. Leen
8. Noza

Feb 20, 2009

Karipap

Dah lama siti bercita2 nak buat karipap ni. Anak2 suka makan. Pastu siti asyik duk beli jer kat gerai dekat rumah tu. Pastu papa cakap "ibu try la buat sendiri". Hehehe...masa balik kampung papa hari tu ternampak acuan karipap. Beli jer la sebab siti rasa kalau nak mengelim ni lambat la. Pernah buat ngan mak mertua dulu. Nak siapkan satu2 ambik masa. Kes malas pun ada gak ni.

Resepi karipap rangup siti ambik dari nasuha1523@myresipi.com . Memang rangup & mudah nak buat. Inti lak siti guna sambal sardin lebihan makan ngan lempeng tu.

Doh Karipap
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti.
3. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
5. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
6. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
7. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
8. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.


Siti gorengkan karipap tu sekejap sebelum disejuk bekukan.

Feb 19, 2009

Lempeng & Sambal Sardin

Bila buat lempeng ni teringat lak kat ayah siti yang suka makan lempeng especially kalau dicampur dengan kelapa muda. Kalau time ayah teringin nak makan, mesti dia sendiri akan ambik kelapa & parut. lepas tu suruh mak buatkan lempeng. Rindunya saat tu.
Tapi, lempeng siti ni lempeng biasa jer. Yang paling simple sekali & cicah dengan sambal sardin.

Lempeng
3 cawan tepung
2 cawan air - tambah air jika perlu
Garam & Gula secukupnya
Minyak

Cara:
1. Bancuhkan tepung bersama air, garam & gula. Kepekatan seperti kita nak buat jemput2 tu.
2. Panaskan kuali, letak sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk bancuhan tepung di atas dalam kuali. Ratakan seperti gambar di atas. Balik-balikkan sehingga lempeng masak.

Sambal Sardin
1 tin sardin
2 biji kentang - dipotong dadu & direbus hingga empuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu cili kering yg telah dikisar
1/4 cawan air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang & cili kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam.
2. Masukkan sardin & hancurkan ikan sardin sedikit.
3. Kemudian masukkan kentang. Kacau rata. Kalau suka boleh letakkan bawang besar yang telah dihiris bulat2. Perasakan dengan garam & gula. Sedia untuk dihidang.

Nasi Tomato, Ayam Goreng Berempah & Dalca Daging

Resepi nasi tomato siti ambik dari Kak Hanieliza. Siti cuma tambah dua sudu tomato puree tuk bagi kaler dia merah sikit.

Nasi Tomato
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
Daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

Ayam Goreng Berempah
8 ketul ayam
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
3 tangkai cili merah*
2 sudu biji ketumbar*
2 sudu jintan manis*
2 sudu jintan putih*
Sedikit serbuk kunyit*
Garam & Gula*
Cara:
1. Masukkan bahan2* ke dalam pengisar & kisar. Jangan kisar terlalu halus.
2. Perapkan bahan2 kisar bersama ayam. Biarkan semalaman sebelum digoreng.

Dalca Daging
300g daging - dihiris nipis
3 cwan santan - dari sebiji kelapa
1 biji terung bulat - dibelah 6
1 batang lobak merah - dibelah panjang
2 biji kentang - dibelah 4
Kacang panjang - dopotong 1.5 inc
3 sudu rempah dalca
2 sudu cili kering yg telah dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang yg telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dalca & cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan daging. Tambah sedikit air. Biarkan daging sehingga hampir masak & masukkan kentang. Kemudian masukkan air asam. Kacau sebentar.
4. Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih.
5. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah diikuti terung & kacang. Perasakan dengan garam & gula.

Where am I???

Hehehe..nak citer pasal ke mana siti hilang selama dua hari lepas. Hari selasa tu masa bangun tidur nak gi kerja, siti rasa weak sgt2 . Tak larat nak bangun. So, siti rasa baik siti ambik MC jerk.Dalam kul 10 siti gi jumpa . Dah terangkan serba sedikit problem siti, doc terus tanya "Awak pregnant ker"?? Huhu..doc dah bagi soklan cepumas lak. Entah la...siti pun tak tahu. Siti malas nak buat urine test. Biar lah dulu. Alang2 dah mintak MC, siti mintak tuk 2 hari terus. Hehehe..dalam hati fikir nak rest jerk.
Balik jer terus makan ubat & . Petang tu dah rasa OK sikit. Bila dah OK, apalagi terus ajak papa gi jalan2. Hahaha.. tak sedor diri betul kan.

Hari kedua MC, siti wat projek mengemas stor & rumah. Hari tu ada ambik kabinet dari opis. Lepas papa dah touch up apa yang patut, nampak macam baru lak. So, dari pagi sampai petang siti duk mengemas jerk. Hahahaha...hilang semer plan nak rest. Memang jenis takleh duk diam la siti nih. Nak wat camna kan...

Feb 16, 2009

Makizushi (Sushi Gulung)

Dek kerana kakak yang suka sangat makan sushi, siti pun terpaksa la belajar cara2 nak buat sushi ni. Puas hati bila boleh buat sendiri untuk anak2. Siti buat versi gulung jer. Senang sikit.
Resepi ni dari minami133@myresipi.com. Siti edit sikit mengikut citarasa siti.

Makizushi (Sushi Gulung)
2 cawan beras jepun
2 1/2 cawan air
cuka (utk sushi) - siti pakai cuka biasa yg dicampur dengan garam & gula
telur dadar - dhiris pangjang
tuna dengan mayonis
timun - dihiris panjang2
karot - dihiris panjang
seaweed
bamboo mat - siti takde mat ni
note: isi dalam boleh diganti udang, ikan salmon, lettuce dll mengikut citarasa masing2.

Cara:
1. Masak beras jepun seperti masak nasi biasa.
2. Bila nasi dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. Kacau nasi dgn cuka rata2. Biarkan nasi sejuk.
3. Ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. Senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut.
4. Kemudian susun telur, timun, karot & tuna dengan mayonis.
5. Gulung makizushi tersebut padat2.
6. Potong makizushi seperti gambar di atas. siap utk dihidang.

*** siapa yg takde cuka jepun boleh modify cuka biasa. sukatan nyer ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dgn nasi sushi.

Kek Karot Kukus

Sekarang ni siti cuma boleh buat kek kukus jer. Sebab apa? Siti lum ada oven yang sesuai lagi. Oven yg ada masa hadiah kawen dulu secoet jerk. Resepi kek ni siti ambik dari kak hanieliza. Tapi siti guna bahan2 yang ada kat rumah jer la. Memang sedap dan moist sangat. Kek ni macam biasa siti buat khas untuk anak2 siti & anak2 jiran sebelah yg selalu jadi mangsa kena makan kek2 yang siti buat. Yer la..sapa nak abiskan sebijik kek tu.

Kek Karot Kukus
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang - siti gantikan dengan coklat chip
50 g kismis 230 g tepung gandum ] -siti tak letak
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ] - siti tak letak

Cara:
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju (siti topingkan dengan butter cream).

Ni baru first time siti buat toping butter cream ni. Deko pun baru first time gak. Sebab tu la tak lawo sgt. Keras tangan lagi. Hahaha. Resepi butter cream siti mintak dari noza.

Butter Cream
350g creamwell
150g butter
100g icing sugar (ayak)
1/4 cwn susu pekat

Cara: Campur semua bahan. Mixer sampai kembang & gebu.

Ada yang siti masukkan dalam cup cake nih. Yang ni lepas jer masak terus anak2 serbu. Tak sempat nak buat apa-apa.

Dinner 13/2/09


Dek kemalas yg melanda diriku ini, maka lauk yg mudah sajalah menjadi pilihan hati. Hahaha..kenapa la kemalasan asyik melanda siti nih.
Takpe la, kadang2 lauk yang simple pun boleh membuatkan kita tambah nasi berkali2 gakkan. Hehehe
Posted by Picasa

Sakit Badan

Salam semua....Hari ni memang takde semangat betul nak dtg opis. Rasa nak rest & rest & rest jer kat rumah. Weekend siti takde gi mana-mana pun. Stay kat rumah jer.

Apa yang buat siti takde semangat sebab badan siti sakit2. Ni disebabkan weekend hari tu siti duk mencangkul rumput kat belakang rumah. Rumput tu dah panjang sgt, dah nak cecah sampai pinggang. Ketinggian rumput tu dah melebihi ketinggian pokok pisang siti. Huhu..So, apa lagi, terpaksa la siti kerah tenaga. Dah lama tak pegang cangkul. Punya la berat siti rasa cangkul tu.
Tambahan lagi siti nak kena tanam pokok pandan, limau purut & lengkuas yg mak siti bagi masa balik kampung hari tu. Dah lama kan...tapi siti tak tanam2 lagi. Daun pokok pandan tu dah sampai layu, lengkuas lak dah jd kering. Hahahaha...harap2 tumbuh la pokok2 tu yer..

Tapi kesan mencangkul tu yang siti tak tahan. Sakit semua tulang temulang siti nih. Huhu...Tapi sekarang siti dah tanam hobi baru. Gardening..dah semat dalam hati every weekend nak bercucuk tanam. Bagi keluar peluh sikit. Sambil tu leh kuruskan badan yg dah makin montel ni.

Feb 13, 2009

Spaghetti Bolognese


Disebabkan semalam dah plan tuk kemas rumah & lipat baju, siti masak spaghetti ni jer la tuk dinner. Senang jer kan. Anak2 suka betul makan ni terutama kakak yg banyak kali menambah. Siti tak berapa gemar sos spaghetti yg dah ada kat market tu. Rasa dia takleh masuk sgt. Tekak melayu kan. Mesti nak ada citarasa melayu jugak.

Spaghetti Bolognese
250g daging cincang
Cendawan butang - dihiris nipis
1 biji tomato - dicincang
1/2 cawan tomoto puree
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu cili kering yg telah dimesin
2 sudu sos cili
Mix herbs
Garam & gula secukupnya
Minyak tuk menumis

Cara:-
1. Panaskan minyak, masukkan bawang. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili & tumis sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan tomato puree & tomato cincang. Tumis sebentar.
4. Masukkan sos cili & cendawan butang. Kalau pekat boleh tambahkan air. Perasakan dengan garam & gula.
5. Hidang spaghetti di atas pinggan. Curahkan kuah & tabur mix herbs.
Posted by Picasa

Penattt

Hari ni siti rasa penat sangat. Ni kes kemas rumah semalam ngan lipat kain baju yg bertimbun2. Dah hampir nak jadi gunung. Siti habiskan masa hampir 3 jam tuk lipat baju saja. huhu...Ni kes balik kampung weekend lepas la. Tak sempat nak lipat baju.

Bab kemas rumah lak, siti ni memang la pengemas orangnya. Cerewet?? yer la jugak. Kadang2 sampai memakan diri-sendiri. Kenapa? Sebab, walaupun siti penat sangat2 tapi bila tgk rumah tak kemas, siti gagahkan diri jugaktuk berkemas. Especially dapur siti. Kawasan dapur memang wajib kena kemas sentiasa, baru ada mood nak masak. Alhamdulillah..anak dara siti berdua tu tak suka sgt sepah2 barang. Cuma adik la kadang2 wat onar. Kalau tak mahu migrain siti.

Siti pernah cuba untuk ubah pendirian siti. Kalau rumah nak bersepah pun biar je la. Nanti kalau ada masa baru la kemas. Tapi, memang tak boleh. Tak tahu kenapa. Pantang nampak barang bersepah, ada sampah sikit, laju jer siti kutip balik. Kadang2 papa siap cakap "Papa pening la tengok ibu ni, tak duduk diam". Huhu. Nasib baik papa pun memahami & banyak membantu.

Tapi ada jugak bab yang siti malas. Apa tu? Basuh baju, jemur baju & lipat baju. Hahaha..Bab basuh & jemur, selalunya papa yg buat. Tapi kalau bab lipat kain, tu memang kerja siti la. Suka tak suka, terpaksa la buat. Hahaha..apepun biarla penat sikit, yang penting siti selesa.

Dinner 11/2/09

Sejak dua hari ni, takde mood sgt nak masak heavy. Buat lauk yang simple & senang jer. Jambu air tu ambik kat umah mak mertua masa balik kampung hari tu. Ada dua pokok yang tengah berbuah lebat. Cicah dengan asam & juah rojak memang sedap. Yong tau fu lak siti beli jer kat pasar malam. Dah lama teringin nak makan. Tapi, bila dah beli makan sikit jer. Takde selera lak.

Feb 12, 2009

Lemak Cili Api Daging Cincang + Umbut Kelapa

Siti beli daging cincang ni masa singgah pasar malam hari selasa lepas. Plan nya nak masak bersama rebung. Tapi, rebung takde la pulak. Last2 siti nampak umbut kelapa. Siti pernah makan umbut kelapa ni dulu2. Tapi tak pasti cara masak dia. Masa nak beli tu, sempat la siti tanya makcik yang jual tu camna nak masak umbut kelapa nih. Nak kena masak lama ker? Bila time nak letak tu? Nak kena rebus dulu ker?..Hahahaha..nasib baik makcik tu layan jer.

Lemak Cili Api Daging Cincang + Umbut Kelapa
400g daging cincang
Umbut kelapa - dihiris nipis
2 cawan santan
Bawang merah & bawang putih - dikisar
Cili padi - ditumbuk
Serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping/gelugur
Garam & gula

Cara:
1. Rebuskan daging cincang sehingga lembut & air kering sedikit.
2. Masukkan santan, serai, bawang, serbuk kunyit, cili padi & asam keping. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan umbut kelapa. Biarkan selama lebih kurang 5 minit. Perasakan dengan garam & gula. Sedia untuk dihidang.

Indahnya

Masa balik kampung papa hari tu, padi tgh menguning. Tunggu masa jer nak dituai. Sekarang ni dah ada mesin tuai padi. Takde la macam dulu2 kan. Apepun, kalau balik kampung papa, siti memang suka duduk kat luar & tengok permandangan sawah padi yang luas terbentang. Sejuk jer mata memandang. Angin lak memang sepoi2 bahasa jerk.


Feb 11, 2009

Keropok Buat Noza

Noza, meh ambik keropok ni. Siti goreng khas buat noza yang asyik terasa nak mengunyah . Hehehe...

Happy Bezday Rafiq (2 years)

Sabtu lepas sebelum bertolak balik kampung papa, siti singgah di majlis hari jadi anak kawan siti (Apel) dari Mama Club ni. Rafiq dah masuk 2 tahun. Semoga Rafiq menjadi insan & anak yang soleh.
P/S: Cepat2 besar tau, pastu kumpul duit byk2 tuk masuk meminang batrisyia nanti yer..Hehehehe...

Ni bezday sapa ni. Rafiq yg pakai baju kuning kotak2 tu. Tapi, kakak lak yang lebih2 interframe depan kek yer. Suka sangat dia tgk kek besor tu.

Yummy...tgk la makanan dia. Memang semuanya sedap2.

Antara rakan2 dari Mama Club yang hadir tuk memeriahkan suasana & menghabiskan makanan.. Hahahaha..

Dinner (Lupa dah bila)

Dinner yang paling simple dan cepat untuk dimasak. Ni gara2 papa yang dah kelaparan balik dari kerja. Siti pun tak dapat nak fikir panjang nak masak apa. So, siti terpaksa la masak lauk2 yang mudah jer.

Ikan singgang ni kalau makan ngan nasi panas2, ada pulak sambal belacan atau budu..huhu...memang bertambah2 la makan nasi. Siti rasa ikan singgang ni lauk org2 pantai timur belah terengganu & kelantan.

Singgang Ikan Tongkol
3 keping ikan tongkol
1 keping asam gelugur/keping
Bawang merah & bawang putih - dihiris
3 tangkai cili merah (nak guna cili padi pun boleh)
1 cm lengkuas
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air

Cara:
1. Rebuskan air di dalam periuk bersama2 bawang, lengkuas & serbuk kunyit. Bila air mendidih, masukkan ikan, cili merah & asam keping. Biarkan sehingga ikan masak & perasakan denagn garam.


Terung Goreng Bercili
1 batang terung panjang
Sedikit ikan bilis
Bawang besar & bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Terung dipotong nipis & digoreng.
2. Tumiskan bawang di dalam kuali sehingga naik bau. Masukkan cili & tumis lagi sehingga naik minyak. Kemudian masukkan air asam & ikan bilis. Perasan dengan garam & gula.
3. Susun terung di dalam pinggan. Curahkan sambal cili di atas terung tadi.

Feb 10, 2009

Moist Chocolate Cake

Moist Chocolate Cake versi kukus ni siti wat minggu lepas sebelum bertolak balik ker rumah mak mertua kat Sg Besar, Selangor. Boleh la menjamu ipar duai & anak2 sedara kat kampung. Selalunya siti kukus jer dalam spring foam macam tu. Tapi kali ni letak dlm muffin cup ni lak. Senang sikit nak makan kan.

Resepinya mesti la dari Kak Zaiima. Siti setia ngan resepi ni sebab memang menepati citarasa siti & anak2 la. Siti copy jer la yer.

Kek Coklat Kukus Zaiima
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (siti pakai 1 cawan marjerin cair)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara:
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je). Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . nak bakar pun boleh.. 1 jam atau lps sejam cucuk tgh dia.. kalo kalo x melekat dh masak ler tu..

Sebelum kukus, siti taburkan coklat chip (bila dah kukus, cair lak coklat chip tu. hahahha), Ada juga yang siti letakkan blueberry filling.










Dah siap masukkan dalam bekas tuk buat balik kampung.

Yang merasmikan mesti lah anak2. Suka betul bila ibu dia buat kek. Kakak lak asyik mintak buatkan kek jer. Ibu dia ni lak bukannya rajin sgt. Hehehehe..