Feb 12, 2010

Kronologi Kelahiran Wafi (Last)

27/11/2009
9.00am

Allah Maha Besar, tiba-tiba Siti teringat pada seseorang. Nissa..kawan seuniverisiti Siti dulu. Dia tinggal berdekatan dengan rumah Siti. Memandangkan dia tinggal bersama keluarga kat sini, pada pandangan Siti, kemungkinan besar dia tak balik kampung.

Siti pun terus cuba call Nissa. Dua kali Siti cuba telefon Nissa, tapi tak berangkat. Hati siti dah gundah gulana. Nasib baik la kali ketiga panggilan siti berjawab. Alhamdulillah, Nissa memang beraya kat sini jer. Siti terus mintak tolong Nissa tengok2kan Jannah & Batrisyia.

Nissa terus datang ke rumah Siti tuk ambik Jannah & Batrisyia. Tapi, Jannah & Batrisyia takmo ikut pulak. Terpaksa Nissa yang ikut Siti pergi bersama-sama ke hospital. Kesian Nissa, terpaksa beraya di hospital pulak.

Pukul 9.30 Siti sampai kat Hospital Putrajaya. Masa nak mendaftar, Siti terbaca notis yang wad bersalin dah penuh...huhu..Siti dah berdebar2. Jangan la diorang tolak sSi pergi ke hospital lain. Setahu siti sejak adanya Hospital Serdang, Hospital Putrajaya ni memang mengutamakan penduduk di sekitar Putrajaya jer. Hospital Serdang memang berdekatan ngan rumah Siti. Tapi, mungkin sebab Siti dah biasa bersalin di Hospital Putrajaya, jadi Siti rasa takut sikit nak ke hospital lain.

Masa mendaftar, nurse yang bertugas tu tanya Siti kenapa Siti tak pergi ke Hospital Serdang. Siti pun bagi reason sebab siti dah biasa bersalin kat Hospital Putrajaya. Nasib Siti baik sebab labour room masih ada kosong. Selepas mandaftar, nurse terus periksa tekanan darah. Disebabkan dah ada contraction & ini adalah anak ketiga Siti, nurse terus masukkan Siti ker labour room. Tak payah dah nak masuk bilik saringan. Agaknya diorg expect kalau anak dah 3 ni, jalan tu cepat kot, takut terbersalin kat bilik saringan tu pulak.

Dalam pukul 9.30 am, Siti masuk ker labour room. Doc terus cek jalan. Dah buka 4 cm. Alhamdulillah, Siti dapat doktor tuk jaga Siti sepanjang proses bersalin kali ni (Siti dah lupa namanya). Kali ni Siti rasa semer procedure untuk persediaan bersalin dilakukan dengan pantas. Memula masukkan ubat tuk bunag air. Lepas buang air, doc dripkan air tuk mempercepatkan bukaan jalan kat tangan & buatkan CTG tuk monitor jantung baby.

Lepas dah siap semuanya, Siti ditinggalkan sorang2. Masa ni contraction tak terlalu kuat. Siti masih boleh relaks lagi. Disebabkan labour room Siti dekat sangat ngan kaunter, Siti boleh dengar suara Jannah & Batrisyia kat luar duk tanya pasal siti. Hehehe..mesti diorg tak sabar2 nak tengok baby. Masa Siti tengah duk layan diri sorang2 tunggu papa, datang la rombongan doktor tuk buat pemeriksaan. Siti tengok doktor yang jaga siti tu bagi penerangan tentang keadaan siti kat sorang doktor lelaki ni. Siti rasa tu mungkin diorgnya head kot. Pastu dia rasa2 perut Siti & cakap " Saya rasa puan akan bersalin sebelum pukul 2 ptg & berat baby dijangka dalam 3kg ke 3.2kg". Fuhhh..ada lagi 4 jam sebelum pukul 2. Lama lagi tu...

Dalam pukul 10.30, papa dipanggil masuk ke labour room tuk temankan Siti. Anak2 papa tinggalkan kat luar dengan Nissa. Sepanjang Siti bersalin, Siti belum pernah lagi tekan button tuk panggil doktor atau nurse. Button tu duk kat mana pun Siti tak tahu. Agaknya sebab papa setia menemani Siti masa Siti sakit kat labour room. So, bagi siti dengan adanya papa amatlah memadai. Tambahan lagi, doktor & nurse akan selalu keluar masuk tengok keadaan kita.

Pukul 11.00am, Siti rasa contraction dah semakin kuat. Siti hanya mampu berselawat & membaca doa nabi Yunus 'La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz-zalimin' berulang-ulang kali. Bila contraction datang, Siti genggam tangan papa kuat2. Doktor masuk untuk cek jalan lagi. Kali ni jalan dah buka lebih kurang dalam 6-7 cm. Waa..lambat lagi nak tunggu 10 cm.
Doktor lak asyik tanya samada siti dah nak meneran ker tak.

Dalam pukul 11.30, doktor & nurse masuk dalam bilik & tanya Siti lagi samada Siti dah nak meneran ker belum. Siti rasa contraction semakin kuat. Dah 5 minit sekali. Tapi Siti belum rasa nak meneran. Doktor bagi Siti sedut gas tuk kurangkan sakit. Lepas tu doktor cek jalan lagi. Still dalam 6-7 cm. Doktor cakap jantung baby dah tak cantik & bila diorg tgk graft, contraction tak berapa kuat. Doktor bagi tau Siti "mudah-mudahan puan boleh bersalin normal". Terus Siti rasa berdebar2. Jangan la ada masalah apa. Sebolehnya Siti takmo czer. Biarlah bersalin normal.

Disebabkan jantung baby dah tak cantik, doctor cek lagi jalan. Kepala baby dah kat bawah, dah boleh rasa. Tapi jalan still 6-7 cm & servik masih tebal. Doktor suruh papa keluar sekejap. Doktor suruh nurse buat persediaan tuk tarik baby guna forcep. Dalam2 doktor tengah cek tu tiba2 siti rasa nak meneran. Terus doktor suruh teran. Wa..rupanya bila dah anak ketiga ni takyah tunggu jalan bukak sampai 10 cm. Disebabkan Siti dah biasa meneran & dah tahu cara yang betul tuk meneran, maka mudah la sikit. Masa sSti nak meneran tu doktor terlupa nak panggil papa. Agaknya sebab tengah kelam kabut...hehehe...tapi takpe, ramai nurse yang bantu Siti masa tu. Lagipun tengah2 Sakit tu, memang takleh nak fikir apa2 pun. Dengan 4 kali teran, tepat pukul 11.40 pagi, keluarkan baby. Alhamdulillah...doktor puji sebab Siti pandai meneran. Hilang semua sakit.

Bila baby dah keluar barulah doktor teringat kat papa & panggil papa masuk. Siti nampak jer papa terus Siti tanya papa baby apa sebab papa yang tengok dulu. Walaupun dah pernah scan & dah tahu jantina baby, tapi Siti still tak confident. Bila papa cakap baby lelaki, terus Siti tarik nafas lega & senyum kat papa. Lepas tu doktor angkat baby & tanya Siti baby apa. Bila doktor letak baby kat atas perut Siti, terus Siti rasa syahdu sangat dapat tengok wajah baby yang kita kandung selama ni. Bila Siti dah kiss baby, nurse pun ambik baby tuk dibersihkan & ditimbang. Mak aiii...berat baby kali ni 3.57kg. Kalah kakak2 dia dulu.

Selepas uri & darah beku dikeluarkan, bermula la sesi jahit-menjahit. Papa pun kena keluar dari labour room & tunggu dipanggil semula tuk azankan baby. Alhamdulillah..kali ni Siti takde kena gunting, cuma koyak sikit jerk. So, proses menjahit pun kejap jer la. Siap semua, papa dipanggil tuk azankan baby. Lepas siap diazankan , tibalah time nak susukan baby. Seronoknya bila kali pertama kita dapat susukan baby..huhu...Sebelum naik ke ward Siti akan diperiksa sekali lagi tuk memastikan tiada darah beku & jahitan kemas. Siti diminta berada dalam labour room sekurang2nya 1 jam selepas bersalin sebelum dibenarkan masuk ke ward.

Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan mudah. Siti dibenarkan keluar dari hospital keesokan harinya. Bermula la sesi berpantang siti...TAMAT...

Terima kasih yang tidak terhingga siti ucapkan buat staff Hospital Putrajaya yang membantu Siti dari mula Siti masuk ke hospital sehinggalah Siti keluar dari hospital. Sepanjang 3 kali Siti bersalin di Hospital Putrajaya, Siti mendapat layanan yang sangat baik dari kalian semua. Alhamdulillah...

Terima kasih juga Siti ucapkan buat Nissa yang sanggup berkorban tuk menjaga anak2 Siti. Siti bersyukur punya sahabat sepertimu....Ummuahhhh..

2 comments:

Hezesuze said...

baca n3 nie teringat plak time akak nk bersalin dulu...

ituler pengalaman sorang istri n wanita kan....bila tgok je muka bb pasti akan mengalirkan airmata kgembiraan..

ZaiY said...

salam siti..
Alhamdulillah lega kan..selamat dah siti.seronok dpt baby, mesti tiap2 hari nk cium jer...
akak haritu kena gunting jgk..best kn klu xkena gnting.