Sep 8, 2009

Puding Laici

Heheh..ketinggalan zaman sikit siti ni yer. Orang lain semer dah berzaman cuba buat puding laici kak hanieliza ni. Siti baru ni nak try. Boleh tahan rasanya. Leh buat lagi lain kali.
Copy paste jer la resepi dari umah kak hanieliza. Siti buat separuh adunan jerk.

Bahan-bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/ 1peket agar biasa 28gm
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici - asingkan air
1 tin susu cair

Cara:-
1. Masukkan air dan agar-agar, masak hingga hancur.
2.Masukkan gula, biarkan didih dan gula larut. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, tapiskan dahulu.
3. Masukkan air laici bersama susu cair. kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan, sejukkan dalam peti ais.
5. Hiaskan dengan buah laici...

No comments: