Sep 16, 2009

Nasi Kerabu

Ooooo nasi kerabu.....Bulan pusa ni memang teringin nak makan nasi kerabu. Nak beli takut tak menepati citarasa sendiri lak. So, kena la rajinkan diri masak. Ni pertama kali buat nasi kerabu. Alhamdulillah, menjadi juagk. Papa makan bertambah-tambah. Jangan terkejut tengok nasi kerabu siti warna kuning yer. Ni sebab kat umah takde kaler biru. Hehehehe...Untuk lauk sampingan nasi kerabu, siti buatkan daging bakar & rebus telur masin. Jangan lupa juga hidangkan bersama budu & sambal belacan yer.



Untuk nasi siti guna 4 pot beras wangi + 4 cawan air. Campur sedikit pewarna kuning. Masak nasi seperti biasa.



Bahan untuk sambal tumis:-

1 kotak santan 250ml

2 batang serai - kisar

1/2 labu bawang besar - kisar

Sedikit belacan

1 keping asam keping

3 batang cili besar - kisar

1 batang serai - diketuk

Garam & gula secukup rasa

1/2 cawan air - sebab santan yang siti guna agak pekat



Cara:

Masukkan semua bahan2 di atas di dalam kuali. Masak sehingga mendidih & santan menjadi sedikit pekat. Perasakan dengan garam & gula.



Bahan untuk sambal kelapa:-

1/2 biji kelapa - ambil putih sahaja

3 ekor ikan sardin/kembung - direbus bersama asam keping & sedikit garam. Asingkan isi ikan & tumbuk

1/2 labu bwang besar - Tumbuk

Garam



Cara:

Goreng kelapa di dalam kuali tanpa minnyak sehingga sedikit kekuningan. Masukkan ikan & bawang yg telah ditumbuk & goreng sebentar. Perasakan dengan garam.



Sayur-sayuran:

Kacang panjang - dihiris halus

Kobis - dihiris halus

Daun kesum - dihiris halus

Bunga kantan - dihiris halus

Taugeh



Gaulkan semua sayur2an kecuali taugeh.

1 comment:

ain said...

kat tempat akak ni popular betul nasi kerabu yg kat psr mlm. kejap aje licin!!!