Dah lama sungguh siti tak buat pizza. Last siti buat masa siti kecik2 dulu. Siti mmg dari kecik dah suka masak tau. Bila siti dah beli oven baru ni, tetiba dtg kerajinan nak buat pizza ni. Jannah memang suka sangat. Boleh dikatakan lebih separuh dari pizza tu dia yang makan. Siti & papa kalau bulan2 puasa ni kurang la sikit.
Resepi tuk base pizza ni siti cedok dari umah k ummi. Tapi resepi asal dari Datin El.
Siti copy dari umah k ummi jer la yer.
Bahan Base:-
(2 keping sederhana besar)
250 gm high protein flour (*ummi letak 300 gm)
250 gm low protein flour (*xda stok ni - ummi letak 200 gm bread flour)
3 sudu besar butter
1 sudu makan gula
1 paket yis (11 gm)
sedikit garam
1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)
Cara Membuat Base:-
1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
2. Masukkan butter dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
4. Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
5. Rehatkan selama 30 minit.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
7. Letakkan topping pizza.
Untuk sos lak siti cuma pakai sos spagheti yg siti beli kat giant jer. Malas nak menumis bagai. Tuk topping siti letak hotdog, crab stick, bawang & mix vegetables. Taburkan ngan mozarella cheese. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit.
2 comments:
pandainyer k.ct masak... tingin nak jd power masak cam k.ct... macam2 leh makan ngan hanya masak sendiri.... xpe akan diusahakan.... kener banyak tuntut ilmu ni...
skang klu xtau nak masak aper, hajar akan refer jer kat blog k.ct... macam2 masakan ada.....
pandainya CT buat pizza. akak main beli atau calling2 aje pondok piza!!
Post a Comment