May 26, 2009

Steamboat


Steamboat ni siti buat sabtu lepas. Puas hati, dapat makan banyak. Lepas ni confirm takyah gi dah mana2 kedai stemaboat kalau nak makan nih. Wat sendiri jerk. Confirm sedap. Hehehe...


Tapikan..steamboat ni siti buar dalam rice cooker jer tau. Siti takde la periuk tuk wat steamboat tu..apa la nama dia..lupa lak. Siti angkut jer periuk rice cooker tu letak depan tv. Sambil makan sambil layan drama. Bahan2 tuk wat sup memang simple jer. Cara pertama, kita boleh rebuskan tulang ayam selama 1-2 jam, pastu masukkan garam. Lepas tu keluarkan tulang2 ayam tuh, baru masukkan segala jenis seafood, sayuran & mee. Cara kedua, masukkan dua sudu serbuk pati ayam maggie & tambahkan garam. Biarkan air sampai mendidih baru masukkan bahan2 steamboat. Senang kan.......















Untuk sos steamboat, siti cuba wat resepi yang ala2 sama ngan sos kat Johny's tuh. Belek punya belek, dapat la siti satu resepi. Lupa lak dari mana siti cedok resepi nih. Kalau tak silap dari My Resepi kot. Memang sedap sos nih. Sebijik mcm kat Johny's.

Sos Steamboat
8 biji cili besar*
2 ulas bawang putih*
3 sudu sos ikan*
2 sudu minyak bijan*
1/4 cawan cuka*
1/4 cawan air*
Garam & gula secukupnya*
1/2 sudu kacang tanah*
Bijan
Daun ketumbar

Cara:
Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan & daun ketumbar.

8 comments:

Gieyana said...

Nampak sedap nie...bila ler nak buat sendiri plak!hehehe

ibu_umairah said...

wahhhhh...nampak sedap jer...steamboat tu!!!!suka makan,tp tak suka nak buat...hee.heee

hajarus said...

k.siti.... sedapppppppppppnyer.... dah terliur tahap gaban hajar ni..............

Hezesuze said...

amboi3...steamboat kekdahnye ek...
akak pun nak try ler...

Anonymous said...

Lama tak makan steamboat ni... sedap sedap :)

mamafaris said...

salam pknln,

sy torai ye buat sos tu..mlm td dh beli tmpt rebus steamboat tu kat giant 13 s.a RM100 je.ok la tu..

nk mkn steamboat la mlm nih..bes bes..

steamboat said...

Thank kerana share resepi ini.memang best

steamboat said...

Thank kerana share resepi ini.memang best