Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

May 25, 2010

Lauk dinner yang dah abis

Paru masak sambal (orang ganu panggil lempung..betul ke yer?)

Dah lama tak makan paru ni. Kali ni wat style yang mak selalu masak time bulan puasa. Kalau time sahur tu siti suka mak masak nih. Berselera siti makan. hehehe...

Ikan goreng (nak tunjuk gak)

Masak lemak putih terung

Masak lemak ni kalau kita letak isi ikan kembung yang dah direbus memang sedap tau. Kuah dia jadi pekat & manis. Kita tumbuk isi ikan, bawang merah & lada itam..masukkan dalam santan...sedapnya hirup kuah dia.


Apr 12, 2010

Nasi Hujan Panas, Gulai Ayam & Acar Mentah

Dah lunch ker semua???? Kalau belum, jemput la makan nasi warna warni ni yer. hehehe...Ada yang tak penah jumpa ker nasi ni. Ni nama dia nasi hujan panas. Tak tau la naper orang panggil gitu. Nasi hujan panas ni siti masak tuk lunch Sabtu lepas. Macam makan kat kenduri lak rasanya. Lama tak makan nih, sedap sungguh la makan anak beranak. hehehe....


Bila dah ada nasi mesti la ada lauknya kan. Ni siti masak gulai ayam pakai rempah gulai kawah. Huhu..memang sedap. Rempah ni mmg khas dari terengganu tau. Mak kawan siti yang buat.


Pastu kita gandingkan lak ngan acar mentah kat bawah ni. Baru la ngam kan. Acar ni siti suka ratah jer. Nak buat pun memang la senang yang amat.

Ok, dah hidang pun. Apalagi, jom la kita makan....hehehe


Mar 6, 2010

Kerabu Tomato Lagi

Huhu...dah jadi one of my favourate dish. Dulu masa memula tgk org buat kerabu ni, siti tertanya2 gak..sedap ker?..Rupanya memang sedap la. Siti memang buat banyak2 sebab suka sangat ratah jer. Tomato kan bagus tuk kulit. Tuk resepi klik sini.

Feb 9, 2010

Kerabu Tomato


Semalam siti buat kerabu tomato ni. Memang siti suka sangat. Makan lak bertambah2, siap ratah lagi. Siti selalu nampak rakan2 bloggers yang amatlah pandai memasak buat kerabu ni. Cuma baru ni tergerak hati nak buat. Senang & mudah sangat. Resepi kerabu ni siti main ingat2 jer. Campak jer apa yang ada. Asalkan ada tomato tu kira OK la. Ni kira resepi versi siti la yer.

Bahan-bahan:
3 biji tomato - buang biji & hiris halus2
1 genggam ikan bilis - digoreng
sedikit suhun - dicelur
1/2 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai cili padi - dihiris
2 sudu sos nampla/sos ikan
1 batang serai - dihiris halus
1 batang bunga kantan - dihiris halus (siti takde stok)
sedikit air asam limau/cuka makan
garam (jgn ltk byk sebab sos nampla dah masin) & gula secukup rasa

Cara:
Gaulkan semua bahan diatas hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

Sep 16, 2009

Masak Bening/Air Petola


Sayur petola ni memang sedap kalau masak bening/air. Tambah lagi kalau ada sambal belacan/budu & ikan goreng. Memang tak pandang kiri kanan la. Tapi kali ni siti gandingkan petola ni ngan ikan tongkol tumis cuka (next entry). Memang bertambah2 siti makan. Masak bening ni simple jer kan. Tapi takpe la. Since siti tengah rajin, siti letak la jugak resepinye.





Bahan2:-


1 batang petola - dihiris


1 gengam ikan bilis


1/2 labu bawang besar - dimayang


Sedikit lada hitam tumbuk


Garam


Air secukupnya (siti letak 2 cawan air)


Minyak masak





Cara:-


1. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan ikan bilis. Goreng sehingga separuh garing


2. Masukkan bawang & alda hitam. Tumis sehingga bawang sedikit layu.


3. Masukkan air & biarkan sehingga air mendidih. Kemudian masukkan petola. Perasakan dengan garam. Jangan masak petola terlalu lama kerana ia cepat lembik.

Sep 15, 2009

Sayur Campur

Dah ramai yang tahu camna nak masak sayur campur kan. Siti suka kalau letak cendawan banyak pastu letak tauhu telur. Kadang2 ratah camtu jerk. Resepi
sayur campur rasanya siti dah letak dulu. Cuma bab sayurnye jer yang berbeza.

Sep 8, 2009

Masak Lemak Pucuk Meranti

Pertama kali ni siti masak pucuk meranti ni. Sebelum ni memang siti tak pernah kenal apalagi nak makan. Ni papa beli masa gi pasar. Memula tengok siti duk termenung. Apa la siti nak buat ngan daun ni. Siti tanya papa, dia cakap masak lemak jer. Hehehe..rupanya leh tahan gak rasa dia..ada rasa pahit2 sikit.

Bahan-bahan:-
1 ikat pucuk meranti
1 ekor ikan kembung/sardin - direbus dengan asam keping & asingkan isi ikan
1/2 biji bawang besar
sedikit lada hitam
sedikit belacan jika suka
1 cawan air
1/2 kotak santan pekat
Garam & gula

Cara:
1. Tumbukkan isi ikan, lada hitam, bawnag besar & belacan.
2. Di dalam periuk, masukkan air, bahan2 yg telah ditumbuk & santan pekat. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan pucuk meranti. Perasakan dengan garam & gula. Masak sehinnga pucuk meranti layu.

Sep 3, 2009

Nasi Ayam Simple & Ayam Tandoori

Ni menu berbuka puasa bila yer? Lupa dah. Siti buat nasi ayam ni sebab nak mkn ngan ayam tandoori kat bawah tu. Buat cincai2 jer. Tapi rasa mmg tak mengecewakan...hehehehe...

Ayam tandoori ni siti buat pakai perencah maggie segera tu jer yer. Hari tu jalan2 kat giant, tetiba ternampak lak perencahnya tu. Terus la sambar satu. Saja nak try2. Boleh tahan gak rasanya...Ikut jer cara nak buat yg tertulis kat belakang pack tu.

Sambal cili tuk makan ngan ayam tandoori. Wat sambal cili mcm sambal cili nasi ayam tu jerk.

Pastu wat sup sayur & tauhu telur. Kena la ada lauk yg berkuah jugak. Hehehehe

Roti John papa beli kat Taman Warisan, Putrajaya.

Tembikai sebagai pencuci mulut.

Sep 2, 2009

Sup Tulang & Sambal Terung

Tulang ni memang siti dah order awal2 dari papa suh beli. Menang teringin nak makan sup tulang tuk berbuka. Papa beli dalam sekilo camtu. Leh la dua kali masak. Untuk resepi sup leh tgk sini . Cuma kali ni siti tambah rempah kurma sikit dalam dua sudu. Bagi ada rasa kelainan sikit. Hehehehe..daun sup lak takde stok lak kat umah. Leh tabur bawang goreng jerk. Tak meriah lak supku itu.

Kalau buat sup, memang tak sah kalau takde sambal kicap ni. Kira wajib ada la. Baru terangkat.

Sayur lak siti buat sambal terung jerk. Letak sekali udang kecik2 yg dah digoreng terlebih dulu. Memang favourate siti la nih. Resepi takyah la ye, semer org tahu buat ni.

Aug 24, 2009

Acar Mentah


Kalau dah ada nasi beriani, kari daging..memang tak sah la kalau takde acar. Siti buat acar mentah jer sebab ni la favourate siti. Ratah mcm tu jer pun dah sedap. Tambah lagi, nak membuatnya senang sangat. Jimat masa.

Taugeh Goreng + Tauhu Telur

Hehehe..taugeh ni pun nak interprem gak yer bulan2 puasa ni. Bumbu tuk sayur ni siti pakai bawang besar + bawang putih + ikan bilis + cili padi, tumbuk separa hancur. Tumis cam biasa, baru la letak segala sayur bersama tauhu telur yg telah digoreng terlebih dahulu. Senang sangat.

Jun 25, 2009

Sambal Ikan Kembung & Sayur Lemak Kobis

Siti masak simple sgt tuk dinner semalam. Dah takde idea nak masak apa. Dalam fridge cuma ada ikan kembung jer. Last2 buat jer la sambal nih. Tapi memang la sedap bila makan ngan nasi panas-panas. Huhu..tambah lagi sambal ni ada masam2 sikit sebab siti letak cuka masakan. Tak sedar siti makan bertambah-tambah. Kakak & Adik pun makan banyak gak. Kakak memang suka kalau lauk yang pedas2 sikit. Nak masak ni memang mudah sgt, tutup mata pun leh masak. Siti rasa ramai yg dah tahu nak masak ni. Tapi takpe, siti letak gak resepi yer. Hehehe..tgh rajin nih.

Sambal Ikan Kembung
4 ekor ikan kembung
3 tangkai cili besar*
3 tangkai cili padi*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu cuka masakan
Garam & gula secukupnya
Minyak tuk menumis

Cara:
1. Ikan dibersihkan. Gaul dengan kunyit & garam. Goreng hingga garing.
2. Tumbukkan bahan2 yg bertanda *. Jangan terlalu lumat.
3. Panaskan sedikit minyak tuk menumis. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk. Goreng hingga naik bau. Masukkan cuka & tambah sedikit air. Perasakan dengan garam & gula. Kacau sebentar sehingga air kering sedikit. Tutup api.
4. Susun ikan di atas pinggan. Curahkan dengan sambal yg telah dimasak tadi.

Kalau masak sambal, memang sesuai sgt dimakan bersama masak lemak. Tak kira la kobis ker, taugeh ker, terung ker. Waaa..memang serasi lah. Takyah resepi lah yer. Semer dah tahu camna nak masak nih.

Jun 23, 2009

Ikan Parang Masak Pindang & Sambal Terung

Lauk ni siti masak tuk dinner, tapi dah lupa bilanya..lama gak terperuk dlm kamera. Ikan Parang ni biasanya paling sedap kalau kita masak asam pedas. Tapi kali ni siti wat masak pindang lak. Ala2 mcm singgang jugak la pindang nih. Cuma cili padi tu ditumbuk & ada serai. siti lak pandai2 tambah daun kesum tuk naikkan aroma. Hehehe...

Sambal terung dah biasa siti masak. Memang siti suka lauk nih. resepi leh tgk kat tag sayur yer.

Jun 12, 2009

Kari kepala Ikan


Ni lak menu siti tuk malam Rabu lepas. Masa papa bukak tudung saji & nampak kari kepala ikan ni, terus papa pelik & tanya siti "asal ibu tetiba nak makan kari kepala ikan nih?". Hehehe..entah naper time pregnant ni asyik la nak makan benda yg jarang sekali siti makan. Ni kali kedua siti masak kari kepala ikan. Yang pertama dulu dah lama sangat. Terkejut gak bila tengok papa buat balik kepala ikan. Tak pasti lak ikan apa masa tu. Kepala ikan ni biasanya memang org buat kari kan, tapi siti rasa style karinya tu lain sikit dari kari yg biasa. Masa tu pakai hentam jer la masak, tapi leh la tahan..menjadi gak...hehehehe..perasan nih. Siti benornya kurang sikit makan yang pelik2 ni tambah lagi kalau ikan tu besor.
Tapi, kali ni lak siti sendiri lak yg beli kepala ikan ni. Kepala ikan merah..hehehe..mmg besor tau. Siti beli separuh jer. Tak tau la baper ringgit sebab siti ni kalau membeli pakai ambik jer, malas nak tanya2. Jom kita tenagok kari kepala ikan versi siti..hehehehe..

Kari Kepala Ikan
Kepala ikan merah - siti guna sebelah kepala jer tapi besor
2 sudu bawang besar + bawang putih yg telah dikisar
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari
2 sudu rempah campur tuk kari ikan (jintan manis, halba & biji sawi) - boleh beli yg dah siap campur kat pasar raya.
1 cm halia - dicincang halus
1/4 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat - kalau taknak letak pun takpe. siti guna tuk pekatkan kuah
5 batang bendi
1 biji tomato - dibelah 4
2 cawan air
3 sudu minyak masak
garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak & tumis bawang, cili kisar, halia, rempah kari & rempah campur sehingga garing & naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat & air asam jawa. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Masukkan kepala ikan bersama bendi. Kacau perlahan2 & biarkan sehingga ikan masak. Parasakan dengan garam & gula. Sebelum diangkat masukkan tomato. Sedia tuk dihidang.


Sayur campur ni siti masak tuk dihidangkan bersama kari kepala ikan. Baru lengkap hidangan. Takyah resepi la yer. Pakai campak2 jer. Senang bangat nak buatnya.

May 8, 2009

Singgang Asam Ikan Kembung

Ni la lauk dinner semalam. Singgang asam ikan kembung, taugeh goreng & budu. Perut memang lapar betul balik kerja semalam sebab tak lunch. Sampai jer umah godek2 peti ais, keluarkan ikan. 30 minit..siap semer lauk...Singgang asam ni mmg la sedap sunhguh, ngan masam & pedas dia. Hirup kuah jer..slurpppppp. lawan lak ngan budu. Fuhhhhh...memang tak toleh kiri kanan la time makan tu. Hehehe..


Apr 22, 2009

Lemak Cili Api Pucuk Paku + Lala

Masak lauk yg simple & senang sebab mmg la tukang masaknya tengah malas sekarang. Jangan la anak dalam perut ni pun bermalas2an mcm ibu dia jugak...Hahahaha...

Apr 6, 2009

Nasi Beriani, Gulai Kawah Tulang & Acar


Sabtu lepas masak nasi beriani ni. Simple jer wat sebab tak larat nak msk heavy2. Nasi beriani tu siti pakai jer rempah beriani yg ada kat pasaraya tu. Ikut jer cara2 yg ditulis kat belakang pack beriani tu. Cuma siti tambahkan susu cair tuk bagi nasi beriani ni rasa lebih lemak & sedap.

Gulai kawah ni pun siti guna rempah yg dah siap yang diberikan oleh kawan siti dari Mama Club. Cuma tambah santan jer. Hahahha..semernya mudah..


Acar ni siti belajar dari mak mertua. Sedap tau...siti suka ratah jer. Cara dia senang jer. Potong jer timun, karot, nenas (siti tak letak, maklum la pregnant) & bawang besar. Pastu ambik segenggam udang, hirisan bawang merah & bwang putih, goreng dalam minyak sampai nampak kekuningan. Lepas tu tumbuk sampai hancur. Dalam bekas, campurkan udang & sayur, pastu letakkan sos cili secukupnya (kalau suka leh letak cuka sikit). Perasakan dengan garam & gula. Gaul rata. Siap.

Feb 16, 2009

Dinner 13/2/09


Dek kemalas yg melanda diriku ini, maka lauk yg mudah sajalah menjadi pilihan hati. Hahaha..kenapa la kemalasan asyik melanda siti nih.
Takpe la, kadang2 lauk yang simple pun boleh membuatkan kita tambah nasi berkali2 gakkan. Hehehe
Posted by Picasa

Feb 11, 2009

Dinner (Lupa dah bila)

Dinner yang paling simple dan cepat untuk dimasak. Ni gara2 papa yang dah kelaparan balik dari kerja. Siti pun tak dapat nak fikir panjang nak masak apa. So, siti terpaksa la masak lauk2 yang mudah jer.

Ikan singgang ni kalau makan ngan nasi panas2, ada pulak sambal belacan atau budu..huhu...memang bertambah2 la makan nasi. Siti rasa ikan singgang ni lauk org2 pantai timur belah terengganu & kelantan.

Singgang Ikan Tongkol
3 keping ikan tongkol
1 keping asam gelugur/keping
Bawang merah & bawang putih - dihiris
3 tangkai cili merah (nak guna cili padi pun boleh)
1 cm lengkuas
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air

Cara:
1. Rebuskan air di dalam periuk bersama2 bawang, lengkuas & serbuk kunyit. Bila air mendidih, masukkan ikan, cili merah & asam keping. Biarkan sehingga ikan masak & perasakan denagn garam.


Terung Goreng Bercili
1 batang terung panjang
Sedikit ikan bilis
Bawang besar & bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Terung dipotong nipis & digoreng.
2. Tumiskan bawang di dalam kuali sehingga naik bau. Masukkan cili & tumis lagi sehingga naik minyak. Kemudian masukkan air asam & ikan bilis. Perasan dengan garam & gula.
3. Susun terung di dalam pinggan. Curahkan sambal cili di atas terung tadi.

Feb 4, 2009

Nasi Dagang

Nasi dagang ni siti buat atas permintaan papa. Hari sabtu lepas papa pergi pasar borong, pastu dia beli 2 ekor ikan tongkol. Terkejut siti. Tiap2 hari kena masak ikan tonggol la nampaknya. Pastu hari ahad tu, tetiba papa cakap " ibu, kalau buat nasi dagang sedap gakkan". Hehehehe, patut la beli ikan tongkol, ada udang di sebalik mee rupanya.

Nasi Dagang
3 cawan beras wangi*
1 cawan beras pulut* (*direndam semalaman)
3 cawan santan - dari 1 biji kelapa
Bawang merah - dihiris halus
Halia - dihiris halus
Halba
Garam

Cara:
1. Toskan beras dan masukkan dalam kukusan yg berlubang. Kukus sehingga separuh masak.
2. Keluarkan beras dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas. Siramkan dengan santan yang telah digaul dengan garam sehingga rata. Masukkan semula dalam kukusan.
3. Setelah nasi benar2 masak, keluarkan dan siramkan dengan santan untuk kali kedua. Campurkan juga bawang merah, halia & halba. Gaul rata & sedia untuk dihidangkan.

Nota: Biasanya siti akan masukkan nasi ke dalam rice cooker & keep warm untuk mengekalkan kepanasan nasi & membuatkan nasi lebih lembut.

Siti dah try byk cara wat gulai ikan tongkol ni. Dari yg simple jer sampai la yg agak byk bahan2 dia. Tapi siti rasa yg ni paling sesuai & sedap tuk makan ngan nasi dagang ni.

Gulai Ikan Tongkol/Aya
Ikan tongkol secukupnya - dibersihkan & direbus bersama garam & asam keping
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
3 sudu rempah kari ikan
10 tangkai cili kering - dikisar
Bawang merah/besar & bawang putih - dikisar
1 keping asam gelugur/keping
Jintan manis, jintan putih & kentumbar - di kisar kering
3 tangkai cili merah
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis cili yg telah dikisar sehingga naik minyak. Kemudian masukkan cili merah. Tumis sebentar & angkat.
2. Di dalam periuk, tumiskan bawang, jintan2 & ketumbar sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air. Tumis hseingga rempah benar2 masak & naik minyak.
3. Kemudian masukkan santan & asam keping. masak sehingga mendidih. Santan perlu dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.
4. Setalah santan mendidih, masukkan cili tumis tadi. Kacau sebentar.
5. Kemudian masukkan ikan tongkol. Perasakan dengan garam & gula. Biarkan sehingga medidih sebentar. Sedia untuk dihidang.

Acar Mentah
Karot - dihiris nipis & panjang
Timun - dihiris nipis & panjang
Cili merah - dihiris nipis
Bawang besar - dihiris nipis
Cuka masakan
Garam & Gula

Cara:-
1. Sebatikan cuka masakan, garam & gula. Kemudian masaukkan bahan2 acar. Gaul hingga semuanya mesra & sebati.

P/S: resepi nasi dagang nasi la siti bagi yer.