
Setiap pagi masa tengah drive siti akan dengar Suria.fm. Suka dengar celoteh dari Halim Othman & Zizi. Tapi minggu ni diorg takde, so diganti oleh Kak V & Tuah. Huhu..confius siti ngan Kak V ni (??????). Sat lagi nak gi cari gambar dia. Camna la rupanya.
Oooo..sebab apa siti suka dengar Suria.fm, sebabnya banyak lagu yang best2 pastu tak banyak iklan. Pagi ni siti agak tertarik ngan topik "cinta sekejap-sekejap" yang diutarakan oleh DJ. Antar artis yang paling glamour ngan cinta sekejap2 ni adalah Farid Kamil & Fasha Sanda. Setuju ker? yer, siti setuju...hahahaha...banyak sangat gosip percintaan diorg berdua nih.
Pengalaman siti lak ngan cinta sekejap2 memang takde. Siti cuma pernah bercinta sebanyak 2 kali. Baik siti ni..hahaha..tambah lagi siti mula bercinta masa siti dah masuk U pun. Cinta jarak jauh. But, still bertahan hampir 2 tahun lebih. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Akhirnya terputus di tengah jalan...hahaha...sapa yang buat hal? hahahaha...pssssttttt....biarlah menjadi rahsia.
Dah ditentukan oleh Allah swt, siapakah jodoh siti. Bercinta bagai nak rak pun, kalau dah takde jodoh nak buat camna yer tak?
Tapikan tak elok tau cinta sekejap2 ni. Kesian pada siapa yang jadi mangsa tu. Kalau yer pun nak ambik masa tuk kenal hati budi, elok la berkawan dulu. Tak payah la nak declare sebagai pasangan bercinta. Berkawan dulu seberapa lama yang kita mahu tuk mencari keserasian. Bukan apa, bila putus tu takda la sakit sangat rasanya kan. Apepun terpulang pada diri masing2. Tepuk dada tanya selera. Cau cin cau.