Showing posts with label Anak2. Show all posts
Showing posts with label Anak2. Show all posts

Aug 11, 2011

Anak-anak Belajar Berpuasa (2)

Assalammualaikum....
Entry kali ni siti nak sambung kisah anak-anak belajar berpuasa. Kalau nak baca entry sebelum ni boleh klik SINI.

Lepas dah bersembang serba sedikit dengan cikgu, siti pun ajak Kak Long & Kak Ngah balik. Bukan main aktif lagi budak berdua nih. Langsung tak nampak macam berpuasa. Tapi, bibir memang kering la. Kak Long siap mengadu cakap bibir dia sakit. Kesian....
Masa dalam kereta siti teringat pasal gula-gula yang papa beli semalam. Siti perasan Kak Ngah ada masukkan gula-gula tu dalam bekas pensil dia. Pagi tu sebenarnya dah pesan kat anak-anak, jangan bawak gula-gula pergi sekolah. Tapi, Kak Ngah bawak jugak. Bila siti tanya Kak Ngah pasal gula-gula tu, terus Kak Long jawab, Kak Ngah dah makan tadi. Aduhai.....sayangnya. Mungin cikgu tak perasaan agaknya. Tambah lagi Kak Ngah baru berumur 4 tahun, masih belum faham sepenuhnya tentang puasa. Jadi siti pun tegur dan explain pada Kak Ngah & Kak Long, kalau puasa tak boleh masukkan apa-apa pun dalam mulut. Kak Ngah nampak sedih sangat, mungkin rasa bersalah. Takpelah....baru mula nak belajar.

Masa balik kat rumah, Kak Long nampak OK jer. Cuma Kak Ngah merengek minta air. Walaupun Kak Ngah dah termakan gula-gula siang tu, siti ambik pendekatan nak mengajar juga dia berpuasa. Lalu siti pujuk-pujuk dia supaya bertahan. Bukan apa, dah hampir waktu berbuka. Tambahan lagi kalau siti benarkan dia minum, nanti esok-esok mesti dia mintak lagi & kalau siti tak bagi, mesti dia cakap kenapa semalam boleh. Hehehe....

Alhamdulillah....Kak Long dapat berpuasa penuh pada hari ke-2 Ramadhan. Walaupun Kak Ngah termakan gula-gula, namun siti masih tetap rasa syukur sebab Kak Ngah bertahan untuk tidak makan apa-apa pada hari tu. Papa juga rasa terkejut bila siti beritahu yang Kak Long & Kak Ngah berpuasa hari tu.

Sejak dari hari ke-2 Ramadhan, sehingga hari ini, Alhamdulillah...Kak Long & Kak Ngah masih belum tinggal puasa lagi. Syukur kepada Allah taala kerana memberi kekuatan kepada mereka berdua. Jarang sekali siti dengar rengetan dari mereka mengadu lapar atau dahaga. Sesekali ada juga Kak Ngah ulang alik bukak peti ais. Bila siti tanya, dia cakap dia nak tengok air kotak yang ada kat dalam tu...hehehe...
Siti berdoa semoga Allah terus memberi kekuatan kepada anak-anak agar mereka dapat meneruskan puasa sepanjang bulan kali ni. Kata papa "kalau anak-anak dapat berpuasa sepuluh hari pun papa dah cukup bersyukur, sebab anak-anak kita masih kecil tapi dah mampu berpuasa".

Bila siti tengok Kak Long & Kak Ngah berpuasa, siti rasa sedikit bersalah kerana siti tersilap menilai keupayaan mereka pada mulanya. Siti sepatutnya yakin akan keupayaan anak-anak. Walaupun mereka masih kecil, tapi kadang-kadang mereka dapat melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Sebagai ibu bapa kita perlu mengasuh & memberikan galakan kepada mereka.

Gambar kat bawah ni saja siti selitkan kat entry ni. Nampak comel sangat anak-anak PASTi Putra Permai, masa bergambar ni. Gambar ni diambil oleh pihak sekolah pada bulan 7 hari tu kalau tak silap siti. Gambar ni siti ambil dari Blog Pasti Putra Permai. Untuk mendapatkan gambar yang asal, kena tunggu akhir tahun nanti. :)

Ni kelas Jannah, 5 Hanafi. Jannah duduk 3 dari kanan. Siap dipakaikan jubah. Cute jer.

Ni pulak kelas Batrisyia, 4 Muslim. Batrisyia no 1 dari Kiri.

Sekian...semoga jumpa lagi. :)


Aug 10, 2011

Anak-anak Belajar Berpuasa

Assalammualaikum.....
Lama betul siti tinggalkan blog ni kesepian. Kesian....tuan rumah dah hampir-hampir lupa pada kewujudan blog ni yang suatu masa dulu pernah menjadi teman setia. Kalau sehari tak dapat update blog, rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Entah kenapa, hari ni rasa rindu pulak....rindu dengan blog ni..rindu dengan kawan2 yang sama-sama berblogging suatu masa dulu. Entahkan mereka masih ingat atau sudah lupa pada siti...:)

Oklah..intro taknak panjang-panjang. Rasanya belum terlambat untuk siti mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia amnya, & umat Islam di Malaysia khususnya. Semoga ibadah puasa kali ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik & sempurna.

Entry sulung kali ni (setalah lama tak berupdate) siti nak menceritakan pengalaman siti yang pertama kali mengajar anak-anak berpuasa. Pada mulanya tak terlintas pun dihati nak suruh mereka berdua berpuasa pada tahun ni memandangkan usia mereka yang masih muda. Mengenangkan siti dulu pun mula belajar berpuasa ketika umur 8/9 tahun.
Pada hari pertama bersahur, siti kejutkan juga anak-anak untuk bangun sama-sama bersahur. Agak teruja Kak Long & Kak Ngah untuk berpuasa, jadi semangat juga mereka bangun untuk bersahur walaupun makan tidak la sebanyak mana.

Pada hari pertama berpuasa, siti terpaksa hantar Kak Long & Kak Ngah ke rumah bbsitter lama mereka (bbsitter Wafi sekarang) kerana PASTi 3P tutup sempena 1 Ramadhan. Disebabkan siti tidak berniat untuk bagi Kak Long & Kak Ngah puasa, maka siti takde la pesan pada bbsitter supaya jangan bagi Kak Long & Kak Ngah makan. Dalam fikiran siti, anak-anak masih kecil, mesti mereka tak tahan untuk menahan lapar. Tapi semasa siti sampai di pejabat, siti terfkir, apa salahnya kalau kita cuba untuk ajar mereka berpuasa. Lalu siti sms bbsitter supaya cuba untuk tidak memberi anak-anak makan terutama Kak Long sehingga tengahari. Tapi, rupa-rupanya Kak Long & Kak Ngah dah selamat makan kek & nugget bersama air milo di rumah bbsitter. Takpe la....anak-anak masih kecil.

Pada hari kedua Ramadhan, siti masih lagi kejutkan Kak Long & Kak Ngah untuk bersahur. Paginya seperti biasa papa hantar ke PASTi 3P. Petangnya ketika ambik Kak Long & Kak Ngah, siti tanya pada Kak Long, "Kak Long puasa ker hari ni?" Kak Long cakap "puasa". Siti cuma senyum jer sebab memang biasa budak-budak kalau kita tanya puasa ker tak, mereka akan jawab puasa walaupun sebenarnya tak puasa. Tapi..rupanya apa yang Kak Long cakap memang betul bila cikgu bagi tahu siti yang Kak Long & Kak Ngah memang puasa, tak makan apa-apa pun.
Memang siti rasa terkejut sangat tambah teruja. Tak sangka pulak mereka berdua boleh bertahan. Menurut cikgu PASTi, kalau anak-anak bangun bersahur, cikgu akan cuba pastikan yang anak-anak berpuasa. Bagi anak-anak yang berpuasa, cikgu akan bagi jajan (air kotak, kuih muih, biskut, ext) untuk berbuka bagi menggalakkan mereka supaya berpuasa. Alhamdulillah...syukur pada Allah taala.

Tapi ada cerita yang berlaku masa siti dalam kereta dengan Kak Long & Kak Ngah. Nanti la siti cerita yer. Nak kena pump susu dah ni. Kejap lagi dah nak balik. Macam biasa balik dari office, ambik anak-anak & bergegas masak untuk berbuka....Semoga jumpa lagi...:)


Apr 18, 2011

Pesta Sukan PASTi Kawasan Puchong

Assalammualaikum...
Dah lama siti tak update blog. Sekarang ni memang rasa kurang rajin sikit nak update.
Tapi kali ni siti nak sangat berkongsi kenangan siti yang indah dalam blog siti ni, supaya suatu masa nanti siti boleh mengimbau kembali kenangan2 bersama anak-anak PASTi yang cilik tetapi berbakat ini.

Pesta Sukan PASTi bagi kawasan Puchong telah diadakan pada 17/4/11 bertempat di Tongga de Futsal, Pinggiran Putra. Dua sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak dan bola jaring. 12 pasukan dari Pasti Kawasan Puchong telah menghantar wakil masing-masing. Pasti Putra Permai telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam sukan bola jaring & dua pasukan dalam sukan bola sepak.

Alhamdulillah..siti dapat menyumbangkan sedikit tenaga dan ilmu yang diberikan oleh Allah swt untuk melatih anak-anak cilik ini untuk bermain bola jaring bersama-sama dengan jurulatih & guru-guru yang lain. Syukur juga kerana Allah swt kerana memberi siti kesempatan walaupun siti sibuk bekerja ditambah lagi dengan adanya anak sekecil Wafi. Terima kasih kepada pengasuh siti & papa yang banyak membantu.

Setelah hampir 2 bulan kami berlatih, mengeluarkan peluh, berkorban masa & tenaga, Alhamdulillah...Allah memberikan kemenangan kepada kami . Sesuatu yang tidak dijangka oleh siti pada mulanya. Tetapi berkat kesungguhan anak-anak cilik ini bermain, kejayaan menjadi milik kami jua. Pasukan bola jaring (A) telah menjadi johan dalam sukan kali ini. Buat Pasukan bola jaring (B) dan pasukan bola sepak, walaupun terkandas tetapi tetap memberikan tentangan yang hebat & baik. InsyaAllah..kita akan cuba lagi pada tahun hadapan.

Siti cuma sempat ambil gambar ketika majlis penyampaian hadiah sahaja kerana agak sibuk menguruskan pasukan & memberikan sokongan. Buat guru-guru Pasti Putra Permai, jurulatih2 & ibu bapa, kita akan berusaha lebih kuat lagi pada tahun hadapan supaya kejayaan yang lebih besar akan diperolehi...Amin.


Siti bersama pemain-pemain cilik 3P (A)

Menunggu majlis penyampaian hadiah

Pemain cilik yang berbakat (dari depan): Adik Ireen (C), Adik Hazirah (GA), Adik Izzah (GD), Adik Bilqis (GK), Adik Roaina (WD), Adik Aleesa (GS), Adik Fatin (S)..tiada dalam gambar..Adik Yasmeen (WA)..


Kamilah Juara!!! Johan Pertandingan Bola Jaring..

Pemenang Gol Emas (shooter terbaik)..Adik Aleesa..kecil-kecil cili api.



Pemenang tempat ketiga

Pemenang tempat kedua..Pasti Bestari

Piala yang menjadi rebutan


Pemain bersama jurulatih & guru-guru Pasti Putra Permai


Dari Kiri : Pn Hasnah (pengurus), Siti (jurulatih), Eli (jurulatih) & Kak Era (jurulatih)

Yang terlibat & yang memberi sokongan (guru2, jurulatih & ibu bapa)



Lastly...gambar ibu & anak2...hehehe



Kak Long yang berramin untuk pasukan bola jaring (B). Walaupun kalah tetap happy.....dah penat sangat...dari pagi sampai petang..tudung pun dah bukak..isk..isk..


Feb 14, 2011

Jannah, Batrisyia & Wafi

Assalammualaikum semua...
Dah lama juga rasanya siti tak masukkan gambar anak-anak dalam blog siti nih. Dah besar panjang pun semuanya. Kak Long & Kak Ngah dah mula bersekolah (pra-sekolah). Wafi pun dah nak masuk 1 tahun 3 bulan. Kejap jer masa berlalu. Alhamdulillah..wafi masih lagi fully breastfeed. Jom layan gambar anak-anak siti yang siti ambik masa balik kampung MIL tak lama dulu....Boleh cam kan yang mana Kak Long & yang mana Kak Ngah...Dah nampak banyak perbezaan siti rasa.

Kak Long Jannah


Kak Ngah Batrisyia


Wafi yang seksis..panas kat umah mbah..


Jan 4, 2011

Kami ke Sekolah..PASTI Putra Permai - 4/1/2011

Pejam celik pejam celik..sekejap jer dah besar anak2 ibu..Kak Long & Kak Ngah. Tak sangka..anak2 ibu berdua dah nak melangkah setapak lagi ke alam persekolahan walaupun masih di peringkat awal persekolahan (pra). Apepun ini merupakan langkah pertama untuk mereka menuju ke peringkat yang lebih tinggi. Ibu doakan moga anak2 ibu sentiasa memperoleh kejayaan dalam hidup.

Siti & papa sepakat untuk hantar Kak Long & Kak Ngah ke PASTI sejak dari dulu lagi. Alasan....mungkin kerana lebih kepada pendidikan cara Islam. Tengok sajalah pada pakaian seragam kanak2. Alhamdulillah...dengan jubah & bertudung litup. Apepun..setiap ibu bapa mempunyai pilihan sendiri & alasan masing2 untuk memilih pra-sekolah untuk anak2. Apepun pilihannya, pastilah ianya adalah yang terbaik untuk anak2 kita. Betul tak?
Tambah lagi..sekarang ni memang sudah banyak pra-sekolah berasaskan sistem pendidikan Islam seperti CIC & Genius Aulad.
Bagi siti yang berkerja..yang mempunyai masa yang agak terhad untuk mengajar anak2 mengaji, sembahyang, berzikir & sebagainya..adalah sangat penting untuk siti hantar anak2 ke sekolah yang mempunyai sistem pendidikan agama yang agak tinggi. Bukan berniat untuk lepas tangan, tapi sekurang2nya mereka diberikan pendedahan yang lebih tentang agama. Tambah lagi..menurut kajian, kanak2 lebih mudah belajar sekiranya mereka belajar secara beramai-ramai. :)

Apepun..pemantauan perlu dilakukan terhadap perkembangan anak2...sekiranya terdapat kelemahan dalam pendidikan yang ada sekarang..mungkin kita masih punya masa untuk mencari altenatif lain. Contohnya..sekarang Kak Long berumur 5 tahun di PASTI..dan sekiranya siti tgk ada kelemahan dalam subjek lain contohnya bahasa English..siti masih punya masa untuk menghantar Kak long ke sekolah yang menekankan bahasa English pada umur 6 tahun. :)

Kak Ngah.....yang memulakan hari persekolahan pada umur 4 tahun...terpaksa hantar sekali dengan Kak Long sebab Kak Ngah & Kak Long ni rapat walaupun selalu bergaduh. Nanti bila dia tengok Kak Long pakai baju sekolah, menangis2 pulak dia. Jadi, siti decided untuk hantar sekali Kak Ngah ke PASTI bersama-sama Kak Long. Sebenarnya siti sedikit risau dengan Kak Ngah yang agak manja & banyak sikit kerenah ni. Tapi, semalam waktu siti hantar ke PASTI (daycare), cikgu cakap Kak Ngah ok jer, takde masalah..malah suka sangat bercakap & bertanya.

Kak Long yang masuk pra-tadika di PASTI pada umur 5 tahun. Kak Long nampak matang dan sudah bersedia untuk bersekolah. Nak kejut bangun pagi pun senang jerk.:)

Ni la PASTI Putra Permai. Ini merupakan bangunan pertama yang disewa semasa pembukaan PASTI Putra permai pada tahun 2009. Kak Ngah akan belajar di bangunan ini. Gambar dia ambil dari Blog PASTI Putra Permai.

Ini pula bangunan ke dua yang disewa pada Julai, 2010 bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Bangunan kedua ni terletak di belakang bangunan PASTI yang pertama tadi. Kak Long akan belajar di bangunan ini. Gambar di ambil dari Blog PASTI Putra Permai.

Kak Long & Kak Ngah yang tak sabar2 nak ke sekolah. Mudah2an menjadi anak yang bijak & pintar..Amin



Dec 2, 2010

Outing @ Cyberjaya

Kejadian ini dah agak lama berlaku. Dah sebulan lebih kot rasanya. Baru ni nak buat entry. Maklum la mood berbloging baru ada balik. Tu pun belum sepenuhnya.

Photoshoot dibuat di salah sebuah pusat rekreasi di Cyberjaya, dekat dengan MMU. Siti dah lupa nama betul tempat tu. Photoshoot yang tidak la dirancang sgt sebenarnya. Kebetulan adik & kawannya yang buat part time photographer dari Johor datang & bermalam di rumah siti sebab nak attend majlis pertunangan kawan adik. So, adik pun ajak la kakaknya ni gi ambik2 gambar. Siti pun dengan suka hati ikut la walaupun dengan ketiadaan papa yg bekerja...

Takde la beria sangat berphotoshoot benornya. Anak2 ala2 meragam sebab sibuk nak mandi kolam. So, ambik gambar gitu jer. Lepas bagi anak2 mandi kolam kejap, siti singgah Alamanda, Putarajaya & layan Big Apple.

Layan jer la sebahagian gambarnye yer..sikit jer yg post kat sini. Kang kalau post semer..muntah ijau lak org tengok...hahahaha






Tak bawak baju spare pun tuk mandi kolam..So, anak2 pakai seluor kecik jer....Belasah jer la..dah sibuk meragam nak terjun kolam.