Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Mar 2, 2010

Chocolate Cheese Tart



Siti buat tart lagi..Tapi kali ni letak chocolate filling lak instead of blueberry filling. Sebabnya, siti terlupa nak beli blueberry filling. Kat umah ada chocolate bar jer. Benornya frust tau masa nak buat tart ni. Tengah2 hujan lebat tu siti redah gi BWY kat Puchong. Niat dihati nak beli la barang2 buat tart ni especially cheese sebab kat situ murah la sikit. Sekali tutup lak. Terpaksa la beli cheese yang mahal kat giant..huhu...

Oklah...sapa2 yang nak buat cheese tart ni leh la try resepi dari Chef Anuar nih..gerenti tak kecewanya..

Bahan-bahan:-

PASTRY
160g butter
80g gula castor
1 st vanilla esen
sedikit garam
1 biji telur
250gm tepung gandum

BAHAN ISIAN CHEESE
250gm cream cheese (Philadelphia)
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya

*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Cara-cara:-

Utk Doh Pastri:
Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
Tekan doh pada acuan tart.
Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.

Utk bahan isian cheese:
Pukul cheese dan gula hingga sebati
Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup

Nov 18, 2009

Blueberry Cheese Tart


Hehehe..siti lum berslain lagi yer..ada 2 minggu lagi sebelum due. Sempat lagi la post gambar masakan kat blog yg ala2 dah bersawang ni. Cheese tart ni pun dah lama gak siti buat. Baru ada mood nak posting kat sini. Ni percubaan kali pertama. Alhamdulillah..menjadi la jugak.

Resepi cheese tart ni hari tu siti mintak ngan noza. Lupa dah kat mana siti letak resepi tu. Nanti bila dah jumpa siti letak kat sini yer.