Hari ni saja nak berkongsi kesedihan yang siti rasakan & mana tahu ada ibu2 yang lain mengalami masalah yang sama seperti siti, boleh la berkongsi idea & cara penyelesaiannya...
Apa yang membuatkan siti sedih sangat (boleh dikatakan terlalu sedih) sebab dah 8 hari Wafi tak direct breastfeed. Macam yang siti pernah ceritakan sebelum ni, Wafi sekarang tengah demam dan mengalami sakit dalam mulut (ada keputihan kat lidah Wafi & ulser). Tapi demam Wafi dah berkurangan & keputihan kat lidah pun dah takde (siti cuci pakai berus gigi baby yang getah tu). Cuma ulser masih lagi ada dalam mulut Wafi. Semalam siti mintak babysitter letak daktarin oral gel kat mulut Wafi & nampak ada perubahan. Wafi dah mula makan & hisap susu dalam botol.
Tapi, siti masih heran kenapa Wafi taknak direct breastfeed sedangkan dia dah mula boleh hisap susu dalam botol. Malam2 siti akan suakan breast kat mulut Wafi & dia cuma biarkan jer puting dalam mulut dia & tak hisap pun. Kadang2 dia letak sekejap lepas tu dia akan tolak breast siti. Siti sedih sangat2. Kadang siti fikir mungkin sebab ulser tu masih ada dalam mulut, sebab tu la dia masih rasa sakit untuk hisap susu.
Ada tak mama lain pernah mengalami masalah macam siti ni? Adakah normal bila Wafi masih lagi menolak untuk direct BF sebab ulser masih ada dalam mulutnya. Tapi kenapa Wafi boleh hisap susu melalui botol?
Siti sangat risau bila memikirkan yang Wafi berkemungkinan akan menolak terus dari direct BF sebab dah terlalu lama dia tak melakukannya. Mungkin wafi akan terlupa bagaimana cara untuk direct BF......huhu..sedih sangat2...
Showing posts with label Wafi. Show all posts
Showing posts with label Wafi. Show all posts
Dec 3, 2010
Dec 1, 2010
Selamat Hari Lahir Emak & Wafi
Assalammualikum semua...entry siti yang terbaru setelah sekian lama menyepikan diri...
Sebenarnya siti nak buat entry ni last week. Tapi dek kerana susah sungguh nak upload gambar, maka tertangguh la sehingga hari ni...dah lewat beberapa hari dari tarikh hari jadi Wafi...
27/11/09..merupakan tarikh lahirnya Wafi ke dunia ini....setahun yang lepas. 27/11/10..genapla setahun usia Wafi. Cepat benar masa berlalu...
Dan ketika siti buat entry ini..Wafi berada dalam keadaan yang kurang sihat. Hampir 6 hari Wafi mengalami demam & sakit mulut. Tepat pada hari jadi Wafi yang pertama..wafi diserang demam yang agak tinggi...kemudian air liur wafi selalu meleleh. Doctor dah periksa dalam mulut Wafi, tapi tak nampak ada ulser, mungkin ulser kat dalam tekak. Doc tak dapat nak tengok dengan jelas kerana Wafi mengamuk semasa pemeriksaan. Sakit agaknya. Yang merisaukan siti, wafi tak boleh nak direct BF atau hisap melalui botol. Siti terpaksa menggunakan syringe untuk bagi Wafi minum susu. Wafi nampak agak lemah kerana kurang makan & minum. Moga anak ibu cepat sembuh seperti biasa...Ibu sangat2 risau dan rindukan anak ibu yang aktif & periang.
Sempena hari lahir Wafi yang pertama, kami mengadakan sambutan secara kecil2an. Siti rasa inilah kali pertama siti adakan majlis hari jadi untuk anak2 siti. Sebelum ni cuma prepare kek jer. Mungkin kebetulan Wafi lahir pada hari Raya Haji dan kami pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Haji tahun ni..maka kami saja suka2 buat majlis makan2 ni pada malam Hari Raya Haji yang lepas. Kami sambut juga hari lahir emak yang jatuh pada 6/11/10..2 in 1. Kami memang tak menjemput sesiapa, cuma ada bapa saudara & jiran terdekat sahaja....Majlis Hari Jadi ditaja oleh my only sister..:)..Thanks Ceksu..
Layan gambar la yer...
Kek Hari Jadi...Coklat Banana from Secret Recepi...Sedap sgt...Licin...
With Birthday Boy....Happy 1st Birthday my beloved son, Muhammad Aliuddin Wafi. Ibu doakan yang terbaik untuk anak ibu buat selamanya...
With Birthday girl...Emak....Samakan muka kami....:)
Angah doakan moga emak sentiasa sihat ..dilindungi olehNya...peroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat...Amin..






Sebenarnya siti nak buat entry ni last week. Tapi dek kerana susah sungguh nak upload gambar, maka tertangguh la sehingga hari ni...dah lewat beberapa hari dari tarikh hari jadi Wafi...
27/11/09..merupakan tarikh lahirnya Wafi ke dunia ini....setahun yang lepas. 27/11/10..genapla setahun usia Wafi. Cepat benar masa berlalu...
Dan ketika siti buat entry ini..Wafi berada dalam keadaan yang kurang sihat. Hampir 6 hari Wafi mengalami demam & sakit mulut. Tepat pada hari jadi Wafi yang pertama..wafi diserang demam yang agak tinggi...kemudian air liur wafi selalu meleleh. Doctor dah periksa dalam mulut Wafi, tapi tak nampak ada ulser, mungkin ulser kat dalam tekak. Doc tak dapat nak tengok dengan jelas kerana Wafi mengamuk semasa pemeriksaan. Sakit agaknya. Yang merisaukan siti, wafi tak boleh nak direct BF atau hisap melalui botol. Siti terpaksa menggunakan syringe untuk bagi Wafi minum susu. Wafi nampak agak lemah kerana kurang makan & minum. Moga anak ibu cepat sembuh seperti biasa...Ibu sangat2 risau dan rindukan anak ibu yang aktif & periang.
Sempena hari lahir Wafi yang pertama, kami mengadakan sambutan secara kecil2an. Siti rasa inilah kali pertama siti adakan majlis hari jadi untuk anak2 siti. Sebelum ni cuma prepare kek jer. Mungkin kebetulan Wafi lahir pada hari Raya Haji dan kami pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Haji tahun ni..maka kami saja suka2 buat majlis makan2 ni pada malam Hari Raya Haji yang lepas. Kami sambut juga hari lahir emak yang jatuh pada 6/11/10..2 in 1. Kami memang tak menjemput sesiapa, cuma ada bapa saudara & jiran terdekat sahaja....Majlis Hari Jadi ditaja oleh my only sister..:)..Thanks Ceksu..
Layan gambar la yer...


Ya Allah..Kau peliharalah anakku..Muhammad Aliuddin Wafi..
Kau jahuilah dia dari segala malapetaka..
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya..
Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang cerdik & pintar
Dan kau jadikanlah dia anak yang taat kepadaMu & taat kepada kedua2 ibu & bapa...
Amin..ya Rabbal Alamin...
Kau jahuilah dia dari segala malapetaka..
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya..
Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang cerdik & pintar
Dan kau jadikanlah dia anak yang taat kepadaMu & taat kepada kedua2 ibu & bapa...
Amin..ya Rabbal Alamin...

Angah doakan moga emak sentiasa sihat ..dilindungi olehNya...peroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat...Amin..






Jun 15, 2010
Jun 3, 2010
Wafi dah 6 bulan
Salam buat semua kawan2 ibu kat alam maya nih. Dah lama rasanya ibu tak update blog. Ibu sibuk la tu....
Ni wafi nak bagi tau, Wafi dah 6 bulan tau (ibu lupa la nak update tu).
Semalam ibu bawak wafi pegi cucuk 6 bulan. Wafi tak nangis pun. Kuat tau Wafi nih. hehehe...Kan Wafi anak lelaki, mesti kena kuat, betul tak?
Berat Wafi dah 7kg, naik 400 gram dari bulan lepas. Alhamdulillah, berkat minum susu ibu. Terima kasih Ibu kerana menyusukan wafi dengan susu Ibu yang cedap tu..Sayang Ibu...
Sekarang Wafi dah pandai tawaf satu rumah, kalau ibu gi dapur, wafi akan cari ibu kat dapur sambil nangis2. Ibu cakap Wafi ni anak manja. hehehe...
Sekarang Wafi dah start angkat punggung sikit2. harap tak lama lagi Wafi leh merangkak la..Ni Wafi tengah cuba sedaya upaya. Doakan moga Wafi berjaya yer.
Oklah, tak boleh nak tulis panjang2. Nanti ibu jeles lak...hehehe...
May 24, 2010
Solid food pertama Wafi
Ni bubur nasi kosong jer. Disebabkan blender kat rumah dah rosak, siti lenyek bubur nasi tu kat penapis teh jer...haha...Penat weh duk lenyek...haha. Tapi, mmg halus sungguh la...
May 21, 2010
Si bulat Wafi yang manja
Subscribe to:
Posts (Atom)