Siti hold dulu entry untuk CCM- Kuching Day 4 & 5 untuk beri laluan pada entry Piala Thomas ni. Sejak dari Malaysia menang semalam (walupun baru suku akhir), memang siti tak sabar nak buat entry pasal Piala Thomas ni.
Sebelum tu nak tanya, siapa tengok Badminton semalam , Malaysia Lawan Denmark? Angkat tangan....hehehe
Balik jer dari kerja semalam, terus siti bukak tv sebab nak tengok game badminton sebab perlawanan ni penting sangat. Kalau Malaysia kalah, memang haru la. Sambil masak sambil tengok tv tu. Kejap lari gi dapur, kejap lari gi tgk tv. hahaha.
Apepun, TAHNIAH buat pasukan badminton Malaysia kerana telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan pasukan Denmark 3-2. Perlawanan semalam memang agak sengit. Jantung siti ni berdegup kencang bila tengok perlawanan permain perseorangan lelaki kedua & bergu kedua Malaysia. Walaupun mereka kalah, tapi siti boleh cakap kalah dengan bergaya la. Mereka bermain bersungguh2 & bermatian2. Penyelamat Malaysia, Hafiz Hashim bermain dengan cemerlang. Terpegun gak la siti tengok Hafiz tu bermain..hehehehe....
Bila siti tengok badminton semalam, siti teingat masa siti zaman2 sekolah dulu. Siti memang minat sukan & aktif bersukan. Bila ada Sukan Sea/Komanwel, memang siti tak lepaskan peluang tuk tengok. Tercongok la siti depan tv.
Siti masih ingat saat2 siti bersama ayah & abang siti tengok badminton ni. Time zaman kegemilangan Rashid Sidik. Bersungguh2 kami duduk depan tv & sokong. Riuh rendah la rumah tu. Disebabkan minat, ayah siap buat satu court badminton depan rumah. Tiap2 malam main badminton. huhu...indahnya kenangan lama.
Apepun, siti memang tak sabar2 nak tengok perlawanan separuh akhir esok, Malaysia lawan China. Menang atau kalah, adat permainan. Kalaupun kalah, biarlah kalah dengan bergaya. hehehe....Tapi harap2 la Malaysia menang. Malaysia Boleh!!!!
Note: Uik, tapi rasanya macam takleh tengok jer perlawanan esok . Papa ajak balik kampung..waaaaaaa....