Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Dec 23, 2010

Marble Cheese Cake




Fuhh..fuhhh..setelah sekian lama siti tak menayangkan (ayat tak ingat) hasil keras tangan siti kat dalam blog ni, akhirnya terkeluor jugak entry masak-memasak ni. Hehehe...sebenarnya aktiviti memasak siti memang berjalan seperti biasa (sama gak cam orang lain). Maklum la memasak ni merupakan aktiviti kegemaran siti la. Kalau time cuti2 tu..takleh nak duduk saja..mesti rasa macam nak masak macam2 (makan macam2..sebab tu tak kurus2). Tapi mood nak ambik gambar tu macam kurang sikit. Lepas siap masak..ngap..licin...hehehe

Marble Cheese Cake ni siti buat dah lama, masa mak siti datang rumah awal bulan 12 hari tu. Bila mak ada nih..galak sikit la aktiviti membaking siti sebab ada orang boleh tengokkan Wafi (yg manja itu). Resepi siti ambik dari blog Hana. Tergoda siti tengok marble cheese cake kat blog Hana tuh. Resepi asal katanya dari Kak Maz. Apa pun marble yang siti buat takla secantik kat blog Hana tu sebab siti takde coklat emelco. Guna paste coklat jerk. So bila tambah dalam adunan cheese, dia jadi cair sikit. Oklah..semak resepi yer.siti copy paste dari rumah Hana jer la. Siti ubah sikit sukatan menggunakan 250 g cream cheese sebab guna loyang 8 inc. Memang sedap sgt2 tau. Jannah & Batrisyia suka sangat makan cake ni. Sehari jer dah licin..



MARBLE CHEESE CAKE
by: http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

Base
(lapisan bawah)

  • 100g biskut marrie @ apa-apa biskut yang sesuai (siti pakai 150g)
  • 50g butter - dicairkan (siti letak 60g)
Filling Cream Cheese
  • 200g creamcheese (suhu bilik) (siti letak 250g)
  • 75g gula halus (siti letak 100g gula icing)
  • 135g yogurt plain @ apa-apa perisa ikut citarasa (siti pakai satu bekas kecik plain yogurt, 140g)
  • 10g tepung jagung (siti pakai 15g)
  • 1 biji telur saiz B (siti letak 2 biji telur saiz C)
  • 80ml whipping cream (siti letak 100ml)
  • 1/2 sudu besar jus lemon (siti letak 1 sudu)
  • 1/2 sudu besar lemon zest - tak letak, takde stock
  • sedikit coklat emelco - untuk buat marble (siti pakai coklat paste)
  • Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminium foil (siti pakai loyang 8 inci)

Cara-cara

Untuk Base (Lapisan Biskut)

1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).

Untuk Filling

1. Panaskan oven 150 C.

2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.

3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).

5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).



Apr 20, 2010

Kek Gula Hangus

Sebelum lunch jamu mata ngan keke ni dulu yer.

Bila siti buat kek gula hangus ni, terus siti teringat masa siti kecik2 dulu. Time raya mesti mak order kek ni ngan jiran. Masa tu sebijik kek RM8. Mak beli 2 biji. Memang kejap jer dah licin. Memang siti suka makan. Alhamdulillah, sekarang ni siti dah boleh buat kek ni sendiri & boleh buat jualan pun ngan kek ni. Nampaknya mak dah tak payah order dengan orang lain dah. Kalau tak silap siti kek gula hangus ni dipaggil kek sarang semut/kek span.

Resepi leh ambik kat SINI yer.
Promote sikit: Nak order pun leh.. RM24 jerk....haha..2 kilo yer...(9 x 2 inci)



Apr 16, 2010

Carrot Cake With Full of Walnut

Ni projek siti semalam, buat karot kek. Dah lama sebenarnya siti tak buat kek ni. Ooohhhh...siti suka sangat ngan karot kek especially yang kukusnya. Terasa lembab jer. Makan panas2 lagi sedap.

Tapi, karot kek ni siti takleh makan la. Sebabnya bukan siti punya. Ni buat tuk sorang rakan blogger yang tempah kek ni dari siti. Teringin sangat katanya.

Benarnya siti jarang ambik order kek. Kena tengok kesesuaian masa gak. Kalau nak simple2 tu leh la siti usahakan. Tambah lagi rasa tak elok lak hampakan orang...huhu....

Cuci mata jer la yer. Anak2 siti pun tumpang tengok jer. Sebab siti memang tak buat lebih. Kesuntukan masa la. Tapi dah janji ngan diorg, weekend ni ibu buatkan tuk diorg lak..


Feb 11, 2010

Classic Brownies


Semalam masa kat office, siti jalan2 kat umah k ummie , terjumpa la classic brownies ni. Siti tak pernah buat brownies lagi. Tengok bahan2 nya macam senang jer. Balik dari kerja terus godek2 dapur sediakan bahan2 tuk buat brownies ni. Lepas mandi semer baru la siti siap sedia membaking. Resepi asal dari dapur Hajah Retno.

Tapi siti copy paste dari umah k ummie jerla yer.

Ingredients:-
200 gm. all purpose flour
75 gm cocoa powder
300 gm castor sugar
5 eggs
200 ml cooking oil or margerine, melted
50 gm almond flakes (siti pakai coklat chips)

Method:-
1. Preheat oven to 180C. Line base and sides of 28 x 40 cm (siti guna mangkuk pirex mcm kat bawah tu & glis dengan marjerin) baking pan with baking paper.
2. Put eggs and sugar into bowl of electrik mixer, beat on high speed until mixture is thick and creamy about 10 minutes.
3. Fold cooking oil into mixture, beat until mixture just combined.
4. Sift dry ingredients (flour and cocoa powder), gently fold into mixture, stir with spatula quickly or beat with low speed. Make sure that all flour is mixed in.
5. Pour mixture evently into baking pan. Spread the almond flakes. Bake in oven for 15 - 20 minutes.


Ni dah siap bekalkan tuk anak2 bawak gi umah bbsitter.

Feb 8, 2010

Kek Gula Hangus



Hari sabtu lepas try buat kek gula hangus ni. Siti memang suka makan kek ni. Dulu2 mak selalu order ngan jiran kalau time raya. Dah lama siti print resepi kek ni. Baru ni ada masa nak buat. Memang puas hati dapat makan hasil air tangan sendiri. Anak2 pun suka makan kek ni. Resepi ni siti ambik dari myresepi, tapi dah lupa siapa punya...ampun yer..kalau tuan resepi terbaca kat blog siti ni, bagitau la yer siti.

Bahan-bahan ( 6 orang ):-
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara:-
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam" (Siti bakar dlm oven suhu 165 darjah celcius, selama lebih kurang 25 minit).


Oct 8, 2009

Marble Cheesecake


Sekali pandang kek ni kat blog kak ummi, terus siti terasa nak buat. Memang sebelum ni siti belum pernah lagi buat kek yg ada cheese nih. Kira first time la jugak ni. Tambahan lagi siti tak pernah lagi bakar kek sebelum ni gara2 takde oven, selalu kukus jerk. So, ni kira cam kek pertama la siti bakar guna oven baru siti tu. Takut gak la memula tu. Takut terhangus ker, bantat ker..tapi Alhamdulillah..menjadi dengan jayanya. Resepi siti memang ciluk dari dapur kak ummi. Tumpang copy & paste yer kak.

Bahan A:-
180 gm mentega
20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
170 gm gula kastor
3 biji telor

Cara Membuat:-

Griskan loyang 8 cm dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:-
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:-
Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:
Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.

Jun 30, 2009

Kek Karot Kukus

Ni kali kedua siti buat kek karot. Kali ni lebih moist..resepi sama je mcm yg dulu. cuma dulu siti tak letak serbuk kayu manis, kali ni siti letak sesudu kecil. Rasanya tetap sedap.




May 8, 2009

Dah Lama tak Buat Kek..Hehehe

Kek ni siti buat hari Kahmis lepas. Dah lama betul siti tak buat kek. Bahan2 kek dalam peti tu dah mengeras habis. Kebetulan siti mc terancang hari tu & anak2 hantar nursery, so rajinkan lah diri buat kek nih. Resepi cam biasa la, Kek Coklat Kukus dari Kak Zaima.

Bab kerja mendeko memang la siti tak reti sgt. Pakai hentam jer la kan..Kalau nak pandai kena la rajin gi kelas belajar deko. Tapi disebabkan buat tuk anak2 makan jer, belasah jer la kan...Hehehehe...

Feb 16, 2009

Kek Karot Kukus

Sekarang ni siti cuma boleh buat kek kukus jer. Sebab apa? Siti lum ada oven yang sesuai lagi. Oven yg ada masa hadiah kawen dulu secoet jerk. Resepi kek ni siti ambik dari kak hanieliza. Tapi siti guna bahan2 yang ada kat rumah jer la. Memang sedap dan moist sangat. Kek ni macam biasa siti buat khas untuk anak2 siti & anak2 jiran sebelah yg selalu jadi mangsa kena makan kek2 yang siti buat. Yer la..sapa nak abiskan sebijik kek tu.

Kek Karot Kukus
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang - siti gantikan dengan coklat chip
50 g kismis 230 g tepung gandum ] -siti tak letak
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ] - siti tak letak

Cara:
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju (siti topingkan dengan butter cream).

Ni baru first time siti buat toping butter cream ni. Deko pun baru first time gak. Sebab tu la tak lawo sgt. Keras tangan lagi. Hahaha. Resepi butter cream siti mintak dari noza.

Butter Cream
350g creamwell
150g butter
100g icing sugar (ayak)
1/4 cwn susu pekat

Cara: Campur semua bahan. Mixer sampai kembang & gebu.

Ada yang siti masukkan dalam cup cake nih. Yang ni lepas jer masak terus anak2 serbu. Tak sempat nak buat apa-apa.

Feb 10, 2009

Moist Chocolate Cake

Moist Chocolate Cake versi kukus ni siti wat minggu lepas sebelum bertolak balik ker rumah mak mertua kat Sg Besar, Selangor. Boleh la menjamu ipar duai & anak2 sedara kat kampung. Selalunya siti kukus jer dalam spring foam macam tu. Tapi kali ni letak dlm muffin cup ni lak. Senang sikit nak makan kan.

Resepinya mesti la dari Kak Zaiima. Siti setia ngan resepi ni sebab memang menepati citarasa siti & anak2 la. Siti copy jer la yer.

Kek Coklat Kukus Zaiima
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (siti pakai 1 cawan marjerin cair)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara:
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je). Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . nak bakar pun boleh.. 1 jam atau lps sejam cucuk tgh dia.. kalo kalo x melekat dh masak ler tu..

Sebelum kukus, siti taburkan coklat chip (bila dah kukus, cair lak coklat chip tu. hahahha), Ada juga yang siti letakkan blueberry filling.










Dah siap masukkan dalam bekas tuk buat balik kampung.

Yang merasmikan mesti lah anak2. Suka betul bila ibu dia buat kek. Kakak lak asyik mintak buatkan kek jer. Ibu dia ni lak bukannya rajin sgt. Hehehehe..