Showing posts with label Outing. Show all posts
Showing posts with label Outing. Show all posts

Dec 2, 2010

Outing @ Cyberjaya

Kejadian ini dah agak lama berlaku. Dah sebulan lebih kot rasanya. Baru ni nak buat entry. Maklum la mood berbloging baru ada balik. Tu pun belum sepenuhnya.

Photoshoot dibuat di salah sebuah pusat rekreasi di Cyberjaya, dekat dengan MMU. Siti dah lupa nama betul tempat tu. Photoshoot yang tidak la dirancang sgt sebenarnya. Kebetulan adik & kawannya yang buat part time photographer dari Johor datang & bermalam di rumah siti sebab nak attend majlis pertunangan kawan adik. So, adik pun ajak la kakaknya ni gi ambik2 gambar. Siti pun dengan suka hati ikut la walaupun dengan ketiadaan papa yg bekerja...

Takde la beria sangat berphotoshoot benornya. Anak2 ala2 meragam sebab sibuk nak mandi kolam. So, ambik gambar gitu jer. Lepas bagi anak2 mandi kolam kejap, siti singgah Alamanda, Putarajaya & layan Big Apple.

Layan jer la sebahagian gambarnye yer..sikit jer yg post kat sini. Kang kalau post semer..muntah ijau lak org tengok...hahahaha






Tak bawak baju spare pun tuk mandi kolam..So, anak2 pakai seluor kecik jer....Belasah jer la..dah sibuk meragam nak terjun kolam.















Jun 11, 2010

Lunch with Syida aka Akak Gorjes

Ni Rabu punya cerita yer.

Tengah2 siti melayan perasaan hari Rabu lepas, tetiba Syida (ramai betul kawan nama Syida nih) YM siti ajak gi lunch. Wa..terus jer setuju. Tambah lagi Syida ajak gi makan Shushi tu. Dah lama sungguh ni tak makan. Thanks Syida yer. Nanti kita outing lagi.

Syida aka Aka akak gorjes. Memang gorjes la Syida ni..hehehe

Siti yang terlebih senyum sebab dapat makan shushi.

Pilih jangan tak pilih.

Layannn..hahaha..benornya malu ni ngan Syida. First time keluor makan ngan Syida kan (hehehe..mcm pertama kali keluar date ngan pakwe lak nak malu2 yer). Kalau ikutkan hati...huhu....mahu bertingkat2 pinggan tu)

Ok..dah licin dah. Tak banyak sangat kan kitorang makan...hahaha..cover2.

Harus la posing before balik.


Apr 22, 2010

Outing ngan Noza @ CM

Adoi..penat eh. Baru sampai office nih. Hehehe...terus update blog dulu. Bukannya nak buat kerja office. Dah la lama menulor..pssttt..diam2 tau. jangan cakap kat boss siti tau. :)

Tadi gi Central Market (CM), jumpa ngan noza. Nak ambik barang yang sangat penting ngan noza. Tu yang sanggup la drive gi LRT, pastu naik train lagi tuk sampai CM. Walaupun drive, siti tetap naik LRT gak sebab siti ni buta jalan sikit. Kang sesat lak.

Keluor dari office tadi kul 11.50. Sampai CM dalam kul 12.30 gitu. Terus noza ajak gi makan SR. huhu...thanks noza. Macam tahu-tahu jer siti memang teringin nak makan tom yam kung kat SR tu sejak sekian lama. Akhirnya tercapai gak.

Ini lah noza yer. Siti kenal noza ni dari Mama Club, KMC. Dah 3 tahun la usia perkenalan kami. Alhamdulillah, still menjadi sahabat sehingga sekarang. Jeles siti benornya ngan noza ni. Anak 3 tapi still cun & maintain gitu (Uik, suka la darbi siti cakap wife dia cun yer)...hahahaha...Siti lak hari ni serabai habis. Tak sempat nak bedak pun gi office pagi tadi. he3

Inilah yang siti duk idam2kan sejak sekian lama..Akhirnyaaaaa....

Noza lak makan thai fried rice ni. Dari pagi dia lum makan, so harus la makan nasi kan. Kang masuk angin lak.

Tengok noza dah mula menikmati nasi goreng yang sedap tu. Lapar2.

Siti lak dengan kusyuknya menghirup tomyam yang amat sedap itu. Sampai muncung mulut siti tau.

Lepas makan, kitorang sembang2 sambil bergosip sampai tak sedar dah pukul dua. Noza..len kali kena date lama sikit. Kejap sangat datenye tadi. Tak sempat nak borak2 lama. Hahaha..kalau ikutkan hati nak jerr duk situ sampai petang. Dah lama sangat siti tak gi CM. Dah bertahun2 lamanya. Banyak perubahan kat dalam CM tu. Shopping & cuci2 mata memang best la. Tapi, isk tak baik...time kerja...hahahha....adoii la...jauh lagi perjalanan siti nak balik office.

Inilah barang yang penting itu. Isi kandungan tak nampak yer? Eh! lupa nak tanya tuan punya barang ni, leh show off ker tak. huhu.

Oh noza, tengok la apa yang sempat siti beli masa kat LRT tadi...hahahaha. Sempat lagi siti beli selipar yang murah2 ni kat stesen LRT tu. Satu yang warna coklat tu tuk pakai kat dalam office . Satu lagi, tuk pakai gi pasar/jalan2 ngan papa. hahaha....Brand cap ayam jer..belasah jer la. Asalkan leh pakai sudah. Cau cin cau.