Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Feb 16, 2011

Pizza (gebu)

Assalammualaikum...

Entry kali ni nak tanyang gambar pizza yang tersangat la mewah dengan bahan-bahannya. Kalau buat pizza sendiri memang macam ni la kan..macam2 kita boleh letak. Rasanya dah lama jugak siti tak pergi makan pizza kat Pizza Hut. Kalau terasa nak makan atau anak2 request, mmg buat sendiri jer la. Maklum la, sejak ada BM..semuanya jadi mudah...hehehe...


Disebabklan anak2 siti memang la suka sangat makan pizza, maka lebihan doh roti gula kat bawah sana tu, siti buatla base pizza. Tak sampai 5 minit...dah siap pizza untuk dibakar. Makan panas2, memang sedap..tambah lagi letak cheese banyak2 (tak ingat dah pasal diet)...

Untuk topping, mula-mula siti ratakan sos cili + sos spaghetti kimball (beli jer kat giant). Lepas tu letak sardin (yang dah dihancurkan), crab stick & hotdog. Kemudian, siti picitkan mayonis & thousand island dressing. Last sekali barulah taburkan cheese. Siap. Jom makan...tapi kena buat sendiri la yer..Yang ni dah licin masuk perut. :)

Fresh from oven

Yang belum dibakar


Bun Lembut Osaka

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran hari ni dengan roti yang sangat gebu & lembut ni. Haha..sebelum apa2 jangan puji2 siti sebab rajin menguli roti yer....Ini kerana siti menggunakan khidmat bibik melayu atau nama lainnya Bread Maker (BM) untuk uli doh roti ni...hahaha....
Kalau nak menguli pakai tangan, memang tak jadi roti la gamaknya. Bukannya apa...dulu2 siti pernah gak main uli2 tepung ni untuk buat pau & roti. Tapi, sejak adanya Wafi, memang takleh harap la kalau nak berlama2 kat dapur. Manjanya...Allah swt jer yang tahu..(mak cakap ikut perangai siti masa kecik2 dulu)..So, memang takleh nak komplen lebih2...hehehe.

Resepi roti ni siti ambik dari dapur Ros Jintan Manis yang terkenal dengan resepi rotinya yang lembut lagi gebu. Kalau tak, takkanlah resepi2nya tu boleh masuk dalam majalah kan. Kalau tak silap siti majalah Mingguan Wanita. Maaf la yer Ros, siti dah derhaka sikit kat resepinya tu dengan meletakkan gula sebagai topping..Nak tahu macamana Ros boleh dapat nama Bun Lembut Osaka, kena la pergi baca kat blog Ros yer. Sambil2 tu..boleh jugak belek2 resepi yang best2.
Mintak halal yer Ros, siti nak copy paste resepinya kat sini. Terima kasih.


Bun Lembut Osaka
Sumber: Ros @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)

300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux - siti ganti dengan bread softener
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.


Apr 13, 2010

Pau & Roti Kacang

Dah banyak kali siti buat pau ni. Memang suka sangat pakai resepi ni sebab senang & gebu sangat. Sampai petang pun still lembut lagi.

Benornyakan, siti ni dah lama teringin nak beli breadmaker. Kan senang nak buat pau ker, roti ker, donut ker. Tapi belum kesampaian lagi. Bila la agaknya tu. Sekarang ni main uli2 ngan tangan jer la.

Oklah, resepi pau ni siti ambik dari dapur Kak Ummi. Copy paste jer la yer. Thanks kak Ummi.

Bahan:- (lebihkurang 20 biji)
  • *12gm yis
  • *2 sudu besar n tambah sket lagi air (akak letak 3 sudu besar - bahan * dibancuh bersama)
  • 500gm tepung pau/hong kong flour
  • 4 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 220ml air
  • 6 sudu besar gula
  • 5 sudu besar shortening
  • Inti kesukaan - siti letak inti kacang merah
Cara-Cara:-
  1. Campurkan yis dan air, kacau. Biar selama 15min.
  2. Ayak tepung dan double action baking powder.
  3. Masukkan garam n gula, gaul rata. Buat lubang di bahagian tengahnya.
  4. Letak campuran yis tadi n gaul rata.
  5. Masukkan air dan gaul rata.
  6. Masukkan shortening n uli hingga jd doh yang licin dan tidak lekit di tangan. Tutup n perap selama 1-1 1/2 jam.
  7. Kemudian keluarkan adunan dan tumbuk2 dan uli sebentar.
  8. Ambik doh, letak inti dan bulatkan. Letak atas kertas minyak yang dipotong kecil2...rehatkan selama 15min.
  9. Kukus selama 12-15 minit. (balut tutup pengukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan wap dari terkena pau) - siti tak balut pun..hehehe


Siti buat pau lebih kurang dalam 12 biji, pastu lebihan aduan siti bakar jadi cam roti lak, letak gak inti kacang merah. So, leh la simpan lama sikit & hantar rumah bbsitter.

Fresh from oven.

Mar 3, 2010

Roti Puri



Siti kenal ngan roti puree ni dari papa. Maklum la papa tu suka pagi2 gi breakfast kat kedai mamak. Bukan apa..sebab dapat baca surat khabar free.
Pastu ada sekali tu jalan2 kat umah kak ummie, ternampak la k ummie buat roti puri ni. Terus salin resepi. Resepi asal dari Yatiezaini@MyR. Tapi, sitinye roti tak secantik roti k ummie tu. Ada yang kembung ada yang tak berapa kembung..hehehe...Apepun, sedap tau makan roti ni. Leh cicah ngan sambal ikan bilis, kari ayam/daging & sambal sardin.

Bahan-bahan:-
2 cwan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam
*3 sudu makan minyak masak
*2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175 ml air panas
*40-50ml air
minyak utk mengoreng

Cara-cara:-
Satukan bahan bertanda (*) n panaskn ..kacau sehingga gula hancur n tutup api
Satukan tepung n yis .. gaul
No. 1 dimskkn kedlm no.2 .. dan digaul dgn mgunakan garfu .. sehingga bercampur shj.
Dgn menggunakan tangan gaul adunan mjadi spt ~ breadcrumb~
Tambah air sedikit2 . adun hingga x melekat kat tgn n mjadi doh
Biarkan doh selama 30 minit. Pastu bolehlah doh dibahagikan kpd 12 bahagian
Canai doh nipis cam karipap / duit 50sen
Siap utk digoreng.

Tips mengoreng : mgoreng mgunakan api yg kecil dan sederhana shj .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar akan menyebabkan roti nih x naik kembong ...masa menggoreng hendaklah disimbah2 kan minyak ke atas roti ni .. bila dah mengelembOoong baru ler diterbalikan ..



Sep 15, 2009

Puding Roti Coklat


Teringin nak wat puding roti ni masa duk jalan2 kat umah kak ummi. Abis siti bilek umah kak ummi. Jangan marah yer. Tapi kak ummi punya gambar puding roti tu mmg lagi menyelerakan. Siap makan ngan Hot Fudge Sauce lagi. Kak ummi dapat resepi ni dari Zana. Tapi, siti mintak izin copy paste jer resepi kak ummi yer.

Bahan:-
6 keping roti putih (agak tebal) - buang kerak tepinya
450 ml susu pekat manis
175 ml susu sejat
2 sudu makan serbuk koko
2 biji telor
2 sudu makan gula perang
1 sudu teh esen vanila
gula aising - untuk tabur semasa menghidang

Cara Menyediakan:-
1. Griskan loyang yang agak dalam (ummi guna Pyrex casserol je). Potong roti kepada 4 segi kecil dan susun dalam loyang.
2. Dalam sauce pan, satukan susu segar, susu sejat dan serbuk koko. Panaskan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga adunan agak suam-suam.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telor, gula dan esen vanila dengan whisk.
4. Masukkan susu suam tadi dan pukul lagi.
5. Tuangakn ke dalam loyang yang disusun roti dan pastikan roti tenggalam.
6. Simpan dalam fridge selama 1 - 2 jam.
7. Keluarkan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 35 - 40 minit (*my oven - 40 took minutes only).
8. Bila telah masak, biarkan set 5 minit dalam oven. Keluarkan dan sejukkan
9. Taburkan gula aising dan tuangkan Hot Fudge Sauce ke atasnya.


Jan 15, 2009

Roti Jala...

Roti Jala ni siti buat untuk breakfast sabtu lepas. Plan nya siti nak masak gulai ayam malam jumaat tu. Tapi dah balik lewat sebab keluar pegi makan nasi lemak antarabangsa, terus tertidur. So, pagi2 siti dah bangun tuk masak gulai sambil menjala. Kelam kabut jugak la. Roti jala ni dah byk kali siti buat, tapi still belum mahir lagi. Kalau makan roti jala dengan serawa durian, sedapnya......

Ni la rupa roti jala siti. Jangan gelak tau...Hehehehehe...
Roti Jala
2 cawan tepung
3 cawan air (kalau pekat tambah lagi air yer)
1 biji telur
garam
sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning
esen vanilla (option)
Cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga semua bahan sebati. Kemudian tapiskan ke dalam bekas. Sedia untuk menjala.

Gulai ayam ni yg paling simple siti buat. Yang penting rasa memang sedap.
Gulai Ayam
Ayam - dipotong kecil2
Kentang - Potong dadu sederhana besar
Minyak masak
1 labu bawang besar - dikisar*
2 ulas bawang putih - dikisar*
1 cm halia - dikisar*
10 tangkai cili kering - dikisar*
3 sudu serbuk kari
Air asam jawa/asam keping
Santan
Garam & Gula
Cara:-
Panaskan minyak dlm periuk. Masukkan bahan2 yg telah dikisar*. Tumis bahan kisar sehingga naik bau & agak kekuningan, masukkan cili & rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air. Tumis sehingga rempah naik minyak/masak. Kemudian masukkan ayam dah sedikit air. Kacau ayam bersama rempah hingga rata kemudian masukkan air asam jawa/asam keping, garam & gula. Biarkan ayam bersama rempah sehingga ayam separuh masak. Seterusnya, masukkan kentang & santan. Kacau sekali sekala sehingga ayam masak sepenuhnya. Sedia untuk dihidangkan.