Showing posts with label susu wafi. Show all posts
Showing posts with label susu wafi. Show all posts

May 24, 2010

Alhamdulillah...9 oz++

Alhamdulillah, hasil perahan pagi tadi kul 10.00. Rezeki Wafi mencurah2 sejak akhir2 ni. Setelah mengalami kemerosotan susu hampir seminggu lebih. Sekarang perahan dah makin banyak lak setelah siti amalkan urutan ketika sesi mengepam. Terima kasih kepada rakan2 blogger yang byk memberi nasihat. Sekarang ni siti takde ambik apa2 supplement pun tuk tambahkan susu. Just makan seperti biasa & banyakkan minum air kosong.

Siti perasan, walaupun siti kat rumah ngan Wafi & menyusukan Wafi, breast still bengkak. Kat rumah pun siti kena selalu pump sekarang ni. Simpan sebanyak yang mungkin terutama untuk kegunaan bulan puasa nanti. Mana tahukan, susu berkurangan masa tu. Tapi, harap2 tak la merosot.

Niat siti kalau production susu still macam ni selepas puasa nanti, siti nak cari anak susuan. Yer la, kalau simpan banyak2 pun, tak muat peti ais lak nanti. InsyaAllah......



May 18, 2010

Stock Susu @ 18/5/10



Kali ni siti nak mengabadikan stock susu wafi as at 18/5/10. Alhamdulillah...stock masih lagi ada, walaupun dah berkurangan sikit. Sejak dua menjak ni wafi minum susu banyak gak, dalam 20 oz sehari. Siti cuma dapat pum paling banyak pun 17/18 oz sehari. Tapi, bila weekend siti pump jugak, so dapat la back up mana yang kurang.

Mulai hari ni wafi akan start makan bubur. Orang cakap, kalau baby dah start makan, nanti dia kurang sikit menyusu. Siti, tak baper pasti lagi. Tengok hari ni macamana. Dah suruh baby sitter tgkkan baper banyak wafi menyusu bila dah makan ni.

Pengalaman siti sejak menyusukan wafi ni, hampir 6 bulan, Alhamdulillah..tak pernah lagi la sampai terkurang susu untuk Wafi. Tapi, lumrah la kadang2 susu banyak, kadang2 sikit. Maybe sebab emosi kut mempengaruhi pengeluaran susu. Pernah dulu dalam sehari siti cuma dapat pum 10 oz jer. Terpaksa la back up ngan stock yang ada. Bagi siti, amatlah penting kita buat stock masa dalam pantang banyak2. Memang sangat2 berguna. Sebab kita memang takleh duga pengeluaran susu kita ni. So, kalau time terkurang tu boleh la back up kan.

Yang penting, kita kena banyak belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Mintak nasihat & cara2 yang betul untuk menambahkan pengeluaran susu. Suatu masa dulu, siti selalu ingat jenama pump susu mempengaruhi pengeluaran susu kita, sikit atau banyak. Makin lama bila siti banyak bertanya, siti mula sedar, jenama pum, mahal atau murah, bukan la sebab utama susu jadi banyak atau sikit. Siti pernah guna 3 jenis pump.... madela in style, spectra & avent manual (tiga2 pump ni, kawan2 siti yang pinjamkan..alhamdulillah). Memula siti guna madela. Bagi siti madela memang ok la. Tengok la harganya pun kan. Lepas tu siti pakai spectra. Pengeluaran susu macam ala kadar jer. Sekarang siti guan avent manual. Boleh tahan jugak pengeluaran susu, macam sama jer masa siti guna madela.

Setelah bertanya & membaca, rupanya pengeluaran susu pergantung pada rangsangan yang kita dapat masa sesi pengepam tu. Selalunya bila baby direct bfeed, memang cepat rangsangan tu dtg, sebab tu susu memang laju sgt. Macamana nak dapatkan rangsangan bila kita mengepam susu? Salah satunya dengan cara membuat urutan lembut pada breast kita dari bawah ketiak membawa ke puting susu (siti pernah tgk cara urutan ni kat salah satu rakan blog, lupa siti kat mana) . Yang ni siti amalkan sekarang. Alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan walaupun siti cuma guna pump avent manual. Satu lagi, siti selalu pump bila wafi tengah menyusu. Sebelah siti susukan wafi, sebelah lagi siti pump susu. Memang laju sangat susu keluar time ni, walaupun breast takde la penuh sangat dengan susu. Apepun kita kena rajin & tanamkan semangat yang kuat untuk menyusukan baby kita. Selamat mencuba!


Mar 1, 2010

Production agak menurun

huhu...hari ni production susu agak menurun.. 3 kali perah kat opis, dapat 13oz...wafi consume 16-17oz sehari masa tinggal kat umah bbsitter. nasib baik stok susu kat umah ada lagi.

tapi..tak boleh la begini selamanya..stok susu tu kalau selalu korek kang abis lak...susah..suah..
nampaknya siti kena tukor strategi...
kalau sebelum ni siti perah susu kat opis kul 10.30am, 1.30pm & 4.30pm..pastu kat umah tak perah tak..
lepas ni..siti kena perah kul 9.30 am, 12.30pm, 3.30pm n perah lagi kat umah dalam kul 7.00pm..sebab selalunya masa siti ambik wafi bbistter baru jer lepas bagi susu.
so, siti rasa sempat la kot susu ada sebelum wafi nak menyusu lagi..

boleh ker gitu yer..pakar2 sila bagi pendapat...huhu...