Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Mar 7, 2010

Sotong Kunyit

Hehehe..papa beli sotong besor2..fresh la tu. Tapi, siti takde idea nak masak apa. Ingat nak goreng gitu jer. Tapi nanti takde kuah. So, siti masakla goreng kunyit gini..Sesuai tuk ibu2 yang bekerja & nak cari masakan yang cepat & mudah.

Bahan-
8 ekor sotong - dipotong 2 cm
1 labu bawang besar - hiris bulat
5 tangkai cili padi
serbuk kunyit
3 sudu sos tiram
Minyak tuk menumis

Cara-cara:-
Panaskan minyak. Masukkan sotong yang telah digaul bersama serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Masukkan bawang besar, cili padi & sos tiram. Masukkan sedikit air jika nak berkuah, jgn terlalu byk sebab sotong akan mengeluarkan air. Tak perlu garam sebab sos tiram dah masin. Kacau rata sehingga sotong masak.

Sep 8, 2009

Tomyam Sotong


Buat tomyam ni sebab rasa teringin nak hirup kuah dia yg pedas2 masam tu. Siti celur meehoon makan ngan tomyam ni. Tuk papa lak siti kena masak nasi la jugak. Resepi tomyam rasanya siti dah ada letak dulu2. Lupa la pulak. Nanti siti belek semula.

Apr 2, 2009

Bubur Nasi & Sambal Sotong Petai

Dah lama tak buat bubur nasi. Tetiba terasa nak mkn lak. So, jadilah bubur nasi ni tuk dinner semalam. Pastu teringin lak nak mkn sambal sotong petai. Ermmm, bila makan bersama bubur nasi ni, memang sedap. Hehehe...

Bubur Nasi
1 cawan beras
5 cawan air
Segenggam ikan bilis
sedikit sayur campur
1 sudu pati ayam maggie
Garam secukup rasa

Cara:
Masak nasi seperti biasa. apabila nasi sudah hampir masak, masukkan ikan bilis. biarkan sehinnga nasi hancur, kemudian masuukan sayur campur. Perasakan dengan pati ayam maggie & garam. Biarkan sebentar & sedia tuk dihidang.

Sambal sotong petai mesti dah ramai yg tahu camna nak buatkan. Tumis jer bawang & cili kisar sampai naik bau. Campakkan secubit asam jawa (kes malas nak jadikan air). Masukkan sotong (jgn masukkan air sebab sotong akan mengeluarkan byk air). Bila sotong dah hampir masak, masukkan petai. perasakan dengan garam & gula. Siap.


Feb 2, 2009

Dinner 30/1/09 - sesi takde lauk

Hari Jumaat lepas, balik rumah nak msk tgk cuma ada sotong kembang & sedikit daging. Masak jer la apa yg ada tuk abiskan stok.

Sambal sotong kembang

Sup daging

Jan 20, 2009

Tom Yum Sotong...

Siti dah banyak kali buat tom yum. Macam2 cara, macam2 pes tom yum dah pernah cuba. Tapi, still belum dapat rasa yg sama macam tom yum kung Secret Recipe tu. Kali ni siti cuba lagi. Ermmmmm..ada la sikit2 dah rasanya tu. Hehehehhee......

Tom Yum Sotong
6 ekor sotong besar - dipotong bulat2
Bunga Kobis - dipotong sederhana
Brokoli - dipotong sederhana
Sebatang karot - dipotong separuh bulat
2 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
Cendawan shitake - dibelah dua
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji limau kasturi
1 kiub pes tom yum
2 sudu sos nampla/sos ikan
2 sudu sambal tumis - yg ni siti beli segera (bhn2: bawang, cili kering, halia, serai)

Cara:-
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan pes tom yum & sambal tumis. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, bawang & karot. Setelah karot hampir separuh masak, masukkan sotong, bunga kobis, brokoli, cendawan. Perasakan dengan garam, sos nampla & air limau kasturi. Akhir sekali masukkan tomato.