Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya yang telah mengurniakan rezeki kepada Muhammad Aliuddin Wafi. 27/11/11, genaplah umur Wafi 2 tahun, dan genaplah juga 2 tahun Siti menyusukan Wafi. Siti sangat-sangat bersyukur kerana berjaya merealisasikan impian Siti untuk menyusukan Wafi sepenuhnya selama 2 tahun. Sejak dari mengandungkan Wafi siti menyimpan harapan yang tinggi. Walaupun pelbagai dugaan Siti terima, namun Siti kuatkan semangat untuk meneruskan usaha siti. Terima Kasih tidak tehingga buat papa yang banyak memberikan dorongan & semangat. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat Siti.....Kak Yati, Nay & Noza yang telah meminjamkan pump susu kepada siti. Tidak tebalas rasanya jasa baik korang pada siti. Hanya pada Allah swt siti momohon agar membalas jasa baik korang semua dengan setimpalnya.
Buat ibu2 di luar sana yang ingin menyusukan anak sepenuhnya terutama ibu2 yang bekerja, kuatkan semangat & jangan cepat mengalah. Hadapi segala cabaran & dugaan yang datang dengan tabah. InsyAllah..dimana ada kemahuan di situ ada jalan. :)