Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Apr 12, 2010

Nasi Hujan Panas, Gulai Ayam & Acar Mentah

Dah lunch ker semua???? Kalau belum, jemput la makan nasi warna warni ni yer. hehehe...Ada yang tak penah jumpa ker nasi ni. Ni nama dia nasi hujan panas. Tak tau la naper orang panggil gitu. Nasi hujan panas ni siti masak tuk lunch Sabtu lepas. Macam makan kat kenduri lak rasanya. Lama tak makan nih, sedap sungguh la makan anak beranak. hehehe....


Bila dah ada nasi mesti la ada lauknya kan. Ni siti masak gulai ayam pakai rempah gulai kawah. Huhu..memang sedap. Rempah ni mmg khas dari terengganu tau. Mak kawan siti yang buat.


Pastu kita gandingkan lak ngan acar mentah kat bawah ni. Baru la ngam kan. Acar ni siti suka ratah jer. Nak buat pun memang la senang yang amat.

Ok, dah hidang pun. Apalagi, jom la kita makan....hehehe


Mar 1, 2010

Pulut Kuning + Rendang Ayam

Akhirnya tercapai juga hasrat siti tuk buat pulut kuning. Sebenarnya siti buat pulut kuning ni tuk memenuhi nazar siti masa siti pregnant dulu. Siti bernazar kalau siti dapat anak lelaki kali ni siti nak buat pulut kuning & hantar kat surau. Dengan bantuan adik, hari Jumaat lepas tertunai la nazar siti. Pertama kali siti buat pulut kuning ni, risau jugak la takut tak menjadi. Tapi, Alhamdulillah..elok jer masaknya. Siti buat dua kilo pulut kuning & rendang ayam 2 ekor. Cukup la tuk hantar kat surau taman siti ni. Tu pun papa cakap tak cukup. Jangkanya cuma 10-12 orang jer yang akan datang ke surau. Rupa2nya ramai lak malam tu. Siti ingat ramai yang balik kampung. Papa pun takde menjemput tuk makan pulut kuning ni. Sapa2 yang datang ke surau boleh la merasa. Terpaksa la catu sorang sikit. Kesian pulak..

Resepi pulut kuning siti ambik dari hasil air tangan Kak Hanieliza. Siti copy paste jer la yer. Resepi rendang lak leh klik di sini. Tukar jer ayam pencen jadi ayam daging.

Bahan-bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut..
daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara :-
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan. 5
. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

Sep 16, 2009

Nasi Kerabu

Ooooo nasi kerabu.....Bulan pusa ni memang teringin nak makan nasi kerabu. Nak beli takut tak menepati citarasa sendiri lak. So, kena la rajinkan diri masak. Ni pertama kali buat nasi kerabu. Alhamdulillah, menjadi juagk. Papa makan bertambah-tambah. Jangan terkejut tengok nasi kerabu siti warna kuning yer. Ni sebab kat umah takde kaler biru. Hehehehe...Untuk lauk sampingan nasi kerabu, siti buatkan daging bakar & rebus telur masin. Jangan lupa juga hidangkan bersama budu & sambal belacan yer.



Untuk nasi siti guna 4 pot beras wangi + 4 cawan air. Campur sedikit pewarna kuning. Masak nasi seperti biasa.



Bahan untuk sambal tumis:-

1 kotak santan 250ml

2 batang serai - kisar

1/2 labu bawang besar - kisar

Sedikit belacan

1 keping asam keping

3 batang cili besar - kisar

1 batang serai - diketuk

Garam & gula secukup rasa

1/2 cawan air - sebab santan yang siti guna agak pekat



Cara:

Masukkan semua bahan2 di atas di dalam kuali. Masak sehingga mendidih & santan menjadi sedikit pekat. Perasakan dengan garam & gula.



Bahan untuk sambal kelapa:-

1/2 biji kelapa - ambil putih sahaja

3 ekor ikan sardin/kembung - direbus bersama asam keping & sedikit garam. Asingkan isi ikan & tumbuk

1/2 labu bwang besar - Tumbuk

Garam



Cara:

Goreng kelapa di dalam kuali tanpa minnyak sehingga sedikit kekuningan. Masukkan ikan & bawang yg telah ditumbuk & goreng sebentar. Perasakan dengan garam.



Sayur-sayuran:

Kacang panjang - dihiris halus

Kobis - dihiris halus

Daun kesum - dihiris halus

Bunga kantan - dihiris halus

Taugeh



Gaulkan semua sayur2an kecuali taugeh.

Sep 3, 2009

Nasi Ayam Simple & Ayam Tandoori

Ni menu berbuka puasa bila yer? Lupa dah. Siti buat nasi ayam ni sebab nak mkn ngan ayam tandoori kat bawah tu. Buat cincai2 jer. Tapi rasa mmg tak mengecewakan...hehehehe...

Ayam tandoori ni siti buat pakai perencah maggie segera tu jer yer. Hari tu jalan2 kat giant, tetiba ternampak lak perencahnya tu. Terus la sambar satu. Saja nak try2. Boleh tahan gak rasanya...Ikut jer cara nak buat yg tertulis kat belakang pack tu.

Sambal cili tuk makan ngan ayam tandoori. Wat sambal cili mcm sambal cili nasi ayam tu jerk.

Pastu wat sup sayur & tauhu telur. Kena la ada lauk yg berkuah jugak. Hehehehe

Roti John papa beli kat Taman Warisan, Putrajaya.

Tembikai sebagai pencuci mulut.

Aug 24, 2009

Nasi Beriani


Dah banyak kali gak siti masak nasi beriani rasanya. Tapi kali ni siti cuma pakai rempah beriani Faiza & follow resepi kat belakang pek dia tu. Ni nasi beriani yang paling simple sgt siti buat. Boleh tahan la rasanya..sedap. Tapi ada jugak bahan2 yg siti skip sebab takde stok. Kelainan pada nasi beriani ni, dia letak jus oren sikit. hehehe..Siti salin jer la resepi ikut bahan2 yang siti letak yer.

Bahan-bahan:
2 port beras basmathi - cuci & toskan
3 sudu marjerin
3 sudu minyak sapi
1 labu kecil bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga (bahan2 tumis)
2 sudu rempah beriani faiza
1 sudu jus oren - siti pakai jus sunquick tu
1 ketul kiub ayam
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair

Cara:
1. Panaskan marjerin & minyak sapi di dalam rice cooker (siti angkat periuk rice cooker tu letak atas dapur gas)
2. Masukkan bahan2 tumis & bawang. Tumis hingga terbit bau.
3. Masukkan rempah beriani & tumis sebentar.
5. Kemudian masukkan air bersama susu cair. Setelah hampir mendidih, masukkan jus oren & kiub ayam.
6. Kacau sehingga air benar2 mendidih, masukkan beras. Kacau sedikit.
7. Letakkan semula periuk rice cooker ke tempatnya & biarkan sehingga nasi masak.

Boleh ditambah dgn kismis, gajus & daun pudina jika suka..Siti takde stok semua ni.

May 14, 2009

Nasi Lemak + Rendang Ayam Pencen

Ni nasi lemak siti masak tuk breakfast merangkap lunch sabtu lepas. Dah lama gak rasanya tak masak nasi lemak. Selalu siti buat nasi lemak kukus, tapi kali ni buat biasa jer sebab siti guna beras basmathi. Makan nasi lemak ngan rendang ayam pencen ni memang sedap lah. Berkali2 jugak siti duk ulang makan. Hehehe..Anak2 pun suka. Anak2 siti memang makan pedas, jadi takde masalah la kalau siti nak wat sambal pedas2.

Nasi Lemak
3 cawan beras basmathi - cuci & toskan
4 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 sudu kecil garam
Daun pandan disimpul

Cara:
Masukkan beras, santan, garam & daun pandan ke dalam rice cooker. Kacau sedikit supaya garam rata. Masak sehingga nasi kering & tanak.

Sambal Ikan Bilis
2 genggam ikan bilis - digoreng garing
2 sudu bwg besar & bawang putih yg telah dikisar (kat umah mmg siti dah siap blender bawang besar + bawang putih siap2, simpan dlm peti)
4 sudu cili kisar
sedikit air asam jawa
2 sudu gula melaka/kabung
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan air asam jawa & gula melaka. Kacau sebentar. Lastly baru masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam. Jgn masak ikan bilis terlalu lama, nanti ikan bilis dah tak rangup.

Apr 6, 2009

Nasi Beriani, Gulai Kawah Tulang & Acar


Sabtu lepas masak nasi beriani ni. Simple jer wat sebab tak larat nak msk heavy2. Nasi beriani tu siti pakai jer rempah beriani yg ada kat pasaraya tu. Ikut jer cara2 yg ditulis kat belakang pack beriani tu. Cuma siti tambahkan susu cair tuk bagi nasi beriani ni rasa lebih lemak & sedap.

Gulai kawah ni pun siti guna rempah yg dah siap yang diberikan oleh kawan siti dari Mama Club. Cuma tambah santan jer. Hahahha..semernya mudah..


Acar ni siti belajar dari mak mertua. Sedap tau...siti suka ratah jer. Cara dia senang jer. Potong jer timun, karot, nenas (siti tak letak, maklum la pregnant) & bawang besar. Pastu ambik segenggam udang, hirisan bawang merah & bwang putih, goreng dalam minyak sampai nampak kekuningan. Lepas tu tumbuk sampai hancur. Dalam bekas, campurkan udang & sayur, pastu letakkan sos cili secukupnya (kalau suka leh letak cuka sikit). Perasakan dengan garam & gula. Gaul rata. Siap.

Apr 2, 2009

Bubur Nasi & Sambal Sotong Petai

Dah lama tak buat bubur nasi. Tetiba terasa nak mkn lak. So, jadilah bubur nasi ni tuk dinner semalam. Pastu teringin lak nak mkn sambal sotong petai. Ermmm, bila makan bersama bubur nasi ni, memang sedap. Hehehe...

Bubur Nasi
1 cawan beras
5 cawan air
Segenggam ikan bilis
sedikit sayur campur
1 sudu pati ayam maggie
Garam secukup rasa

Cara:
Masak nasi seperti biasa. apabila nasi sudah hampir masak, masukkan ikan bilis. biarkan sehinnga nasi hancur, kemudian masuukan sayur campur. Perasakan dengan pati ayam maggie & garam. Biarkan sebentar & sedia tuk dihidang.

Sambal sotong petai mesti dah ramai yg tahu camna nak buatkan. Tumis jer bawang & cili kisar sampai naik bau. Campakkan secubit asam jawa (kes malas nak jadikan air). Masukkan sotong (jgn masukkan air sebab sotong akan mengeluarkan byk air). Bila sotong dah hampir masak, masukkan petai. perasakan dengan garam & gula. Siap.


Mar 11, 2009

Nasi Goreng Pattaya

Nasi goreng ni siti masak untuk dinner. Simple jer sebab stok lauk memang dah takde. Wat jer la nasi goreng kan...Cuma kali ni dipattayakan...hahahaha...

Nasi goreng masak la sesuka hati. Nak campak apa pun boleh. Lepas tu dadarkan dua biji telur. Siti pusingkan kuali tu bagi telur dadar jadi besar & nipis sikit. Lepas tu letakkan nasi goreng atas telur tadi, tutupkan ngan telur. Ambik pinggan letak atas nasi yg telah ditutupkan oleh telur..terlangkupkan kuali. Jadi la nasi goreng pattaya ni. Senangkan...

Feb 19, 2009

Nasi Tomato, Ayam Goreng Berempah & Dalca Daging

Resepi nasi tomato siti ambik dari Kak Hanieliza. Siti cuma tambah dua sudu tomato puree tuk bagi kaler dia merah sikit.

Nasi Tomato
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
Daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

Ayam Goreng Berempah
8 ketul ayam
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
3 tangkai cili merah*
2 sudu biji ketumbar*
2 sudu jintan manis*
2 sudu jintan putih*
Sedikit serbuk kunyit*
Garam & Gula*
Cara:
1. Masukkan bahan2* ke dalam pengisar & kisar. Jangan kisar terlalu halus.
2. Perapkan bahan2 kisar bersama ayam. Biarkan semalaman sebelum digoreng.

Dalca Daging
300g daging - dihiris nipis
3 cwan santan - dari sebiji kelapa
1 biji terung bulat - dibelah 6
1 batang lobak merah - dibelah panjang
2 biji kentang - dibelah 4
Kacang panjang - dopotong 1.5 inc
3 sudu rempah dalca
2 sudu cili kering yg telah dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang yg telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dalca & cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan daging. Tambah sedikit air. Biarkan daging sehingga hampir masak & masukkan kentang. Kemudian masukkan air asam. Kacau sebentar.
4. Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih.
5. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah diikuti terung & kacang. Perasakan dengan garam & gula.

Feb 4, 2009

Nasi Dagang

Nasi dagang ni siti buat atas permintaan papa. Hari sabtu lepas papa pergi pasar borong, pastu dia beli 2 ekor ikan tongkol. Terkejut siti. Tiap2 hari kena masak ikan tonggol la nampaknya. Pastu hari ahad tu, tetiba papa cakap " ibu, kalau buat nasi dagang sedap gakkan". Hehehehe, patut la beli ikan tongkol, ada udang di sebalik mee rupanya.

Nasi Dagang
3 cawan beras wangi*
1 cawan beras pulut* (*direndam semalaman)
3 cawan santan - dari 1 biji kelapa
Bawang merah - dihiris halus
Halia - dihiris halus
Halba
Garam

Cara:
1. Toskan beras dan masukkan dalam kukusan yg berlubang. Kukus sehingga separuh masak.
2. Keluarkan beras dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas. Siramkan dengan santan yang telah digaul dengan garam sehingga rata. Masukkan semula dalam kukusan.
3. Setelah nasi benar2 masak, keluarkan dan siramkan dengan santan untuk kali kedua. Campurkan juga bawang merah, halia & halba. Gaul rata & sedia untuk dihidangkan.

Nota: Biasanya siti akan masukkan nasi ke dalam rice cooker & keep warm untuk mengekalkan kepanasan nasi & membuatkan nasi lebih lembut.

Siti dah try byk cara wat gulai ikan tongkol ni. Dari yg simple jer sampai la yg agak byk bahan2 dia. Tapi siti rasa yg ni paling sesuai & sedap tuk makan ngan nasi dagang ni.

Gulai Ikan Tongkol/Aya
Ikan tongkol secukupnya - dibersihkan & direbus bersama garam & asam keping
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
3 sudu rempah kari ikan
10 tangkai cili kering - dikisar
Bawang merah/besar & bawang putih - dikisar
1 keping asam gelugur/keping
Jintan manis, jintan putih & kentumbar - di kisar kering
3 tangkai cili merah
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis cili yg telah dikisar sehingga naik minyak. Kemudian masukkan cili merah. Tumis sebentar & angkat.
2. Di dalam periuk, tumiskan bawang, jintan2 & ketumbar sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air. Tumis hseingga rempah benar2 masak & naik minyak.
3. Kemudian masukkan santan & asam keping. masak sehingga mendidih. Santan perlu dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.
4. Setalah santan mendidih, masukkan cili tumis tadi. Kacau sebentar.
5. Kemudian masukkan ikan tongkol. Perasakan dengan garam & gula. Biarkan sehingga medidih sebentar. Sedia untuk dihidang.

Acar Mentah
Karot - dihiris nipis & panjang
Timun - dihiris nipis & panjang
Cili merah - dihiris nipis
Bawang besar - dihiris nipis
Cuka masakan
Garam & Gula

Cara:-
1. Sebatikan cuka masakan, garam & gula. Kemudian masaukkan bahan2 acar. Gaul hingga semuanya mesra & sebati.

P/S: resepi nasi dagang nasi la siti bagi yer.

Feb 2, 2009

Nasi Goreng Cendawan

Ni dinner tuk bila yer. Lupa la pulak. Balik kerja dah rasa penat sgt. Tak larat nak masak heavy. So, goreng nasi jer la.

Nasi Goreng Cendawan
2 cawan nasi
Daging - dihiris nipis
Cendawan shitake - dihiris nipis
1 biji telur
Karot - dipotong panjang2
Bawang merah & bawang putih - dikisar
2 tangkai cili kering - dikisar
1 sudu serbuk pati ayam knorr
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang & cili kering yg telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan tumis hingga daging masak.
3. Kemudian masukkan cendawan & karot. Gaul sebati & perasakan dgn serbuk pati ayam knorr.
4. Alihkan bahan yg telah dimasak di tepi kuali & pecahkan telur. Biar telus garing sedikit, kemudian hancurkan telur.
5. Masukkan nasi. gaul semuanya sehingga rata.

Jan 21, 2009

Nasi Goreng Lala...

Lebihan lala yg siti masak tu, keesokkan harinya dah masuk dlm nasik goreng. Jangan membazir kan. Hehehhee...Campak jer apa2 yg ada.

Jan 20, 2009

Nasi Lemak...

Ni Sabtu lepas punya breakfast. Nasi lemak dengan sambal sotong & telur mata. Simple jerk. Kebetulan adik ipar ada kat rumah. So, meriah la sikit kan makan ramai2 nih.

Jan 15, 2009

Lunch 10/1/09...

Lunch kali ni siti masak nasi karot udang ni. Lauk ayam gulai pagi tadi ada lagi. So, siti cuma tambah satu lauk jer la. Senang kerja.
Nasi ni siti pakai buat jer. Ikut bahan2 yg ada kat rumah. Rasanya boleh tahan.

Nasi Karot Udang
2 cawan beras basmathi- dibasuh & disejat
6 ekor udang harimau
1 batang karot - dipotong dadu
1 biji tomato - dicincang
1/2 cawan susu cair
2 1/2 cawan air

Bahan tumis
2 sudu marjerin
2 sudu minyak masak
1/2 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
2 biji buah keras
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Cara:-
Tumiskan bahan2 tumisan di dalam rice cooker sehingga naik bau (siti angkat periuk rice cooker tu ltk atas dapur gas). Setelah bahan tumisan garing, masukkan tomato & karot. Kacau sebentar. Kemudian, masukkan air & susu cair. Siti masukkan sedikit garam supaya nasik lebik berperisa. Biarkan sehinnga mendidih. Selepas itu, masukkan beras bersama2 udang. Alihkan periuk ke dalam rice cooker. Masak sehingga air kering. Kacau nasi perlahan2 sepaya masak rata. Biarkan sehingga nasi betul2 masak.

Taufu Telur + Cendawan msk Lada Hitam
2 batang taufu telur - dihiris 1cm & digoreng
Pelbagai jenis cendawan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
lada hitam - ditumbuk
Sos tiram
Minyak

Cara:-
Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cendawan, lada hitam & sos tiram. Tambah sedikit air. Apabila cendawan telah layu, masukkan taufu telur. Sekiranya kurang masin tambahkan garam. Sedia tuk dihidangkan.