Showing posts with label Diriku. Show all posts
Showing posts with label Diriku. Show all posts

May 3, 2010

Sensaranya siti bila.....

Banyak benda yang berlegar di kepala siti ni. Yang menyesakkan fikiran. Tak tahu apa yang harus di lakukan. Tertanya2 mengapa ia terjadi, bagaimana ia boleh terjadi. Semua kerja serba tak menjadi.

Apakah jalan penyelesaiannya. Masih tidak dapat siti temui sehingga akhirnya siti beranikan diri. Malu bertanya sesat jalan. Bermula dari sms, kemudian panggilan telefon dibuat. Terima kasih Kak Pau dari Citra Klasik kerana sudi melayan pertanyaan siti. Walaupun tidak pernah kenal/bersua muka, Kak Pau sudi berkongsi.

P/S: Tak semua orang bersifat terbuka. Persaingan dianggap satu perkara yang negatif. Padahal, Allah telah menentukan rezeki masing2. Ilmu yang Allah berikan, lebih baik dikongsi bersama. InsyaAllah, kalau kita ikhlas....besar manfaatnya.


Apr 30, 2010

Hari yang murung

Semalam siti cuti...hari ni baru masuk office....

TAPI

siti memang takde mood + sedih sgt hari ni....huhu....





Apr 23, 2010

Hari2ku menjadi semakin sibuk..huhu

Hari ni siti jadi kelam kabut sangat2...huhu....macam byk lak benda yang nak kena handle. Padahal rasanya sebelum ni siti takde la banyak kerja sangat. Apa la agaknya yang membuatkan siti jadi sibuk? siti pun confius ni..boleh ker?

Adoii..rasa tak best lak sebab hari ni siti tak berkesempatan nak jalan2 kat blog rakan2. Isk..tak lengkap rasanya kalau tak gi jengah blog yang lain..huhu..apakan daya, masa free siti amat terbatas hari ni....

Uik, ni pun benornya curi masa kejap sebab dah nak balik ni. Nak singgah BWY jap..Oklah, nanti next week siti sambung jelajah blog rakan2 yer..Cau cin cau.



Apr 22, 2010

Hehehe..Mood dah ok balik...hahaha

Short entry. Just nak bg tau mood dah ok balik..Alhamdulillah, kejap jer dah ada rakan blogger yang nak beli cream puff tu....Syukur sangat....
Thanks pada rakan-rakan yg bagi support kat entry sebelum ni yer. :)

Lepas ni siti gi jenguk blog rakan2 yer...Cau cin cau.


Takde Mood Langsung!!!!!

Maaf semua yer, hari ni siti takde mood langsung. huhu....hari ni bawak cream puff kat kedai tuk jual, tapi kedai tutup lak sebab takde letrik. Semalam tokei kedai tu suruh bawak banyak sikit sebab tak cukup...huhu..sekali jadi gini lak..huhu...actually cream pull leh tahan 5 hari kalau letak dalam peti ais. So, dia cakap leh la letak dalam peti ais dulu pas tu nanti dah ada letrik baru bukak kedai semula. Tapi, i'm still not happy. Don't know why? huhu...Spoil my mood for today....


P/S: ada yang nak beli ker cream puff tu? huhu....



Apr 21, 2010

Jika dapat ku undur masa

Hari ni nak citer pasal topik kat radio suria.fm lagi (leh jadi jurucakap suria.fm nih). Hahaha...maklum la, nak kol suria fm tuk bagi pendapat/komen susah la pulak kan. So, komen kat sini jer la pasal topik pagi tadi 'andai dapat ku undur masa".

Kalau la siti dapat undur masa, siti nak kembali apda zaman sekolah-sekolah dulu. Seronok tau. Sekolah siti semuanya perempuan, Sekolah Menengah Kebangssan Tengku Afzan, Kuantan. Walaupun takde la pakwe makwe ni, tapi kitorang ada kakak angkat. huhu....siti ada 3 kakak angkat. Indahnya saat itu..hahahaha...Sebelah sekolah siti adalah sekolah vokaysional. Huhu, masa siti duduk kat asrama (Form 1 & Form 2) memang selalu nampak budak vokaysional duk skodeng asrama kitorang (jgn marah yer sapa2 yg pernah sekolah kat ctu).

Lagi satu, siti memang aktif kat sekolah. Siti masuk Renjer Puteri & Main bola baling & bola jaring. Memang dari sekolah rendah lagi siti dah aktif ngan sukan ni. Selalu la siti leh merantau ke negeri orang bila ada perlawanan.

Ni la antara gambar siti masa sekolah. Ni rasanya masa Form 4. Nama cikgu tu kalau tak silap siti, Cikgu Siti Khadijah. Cikgu kesayangan siti, dia ajar subject akaun (subject favourate siti). Siti dulu selalu jadi pelajar kesukaan cikgu tau..hehehe...jgn jeles yer. Eh! mana satu siti yer..cepat2 cari..hehehe. Leh wat contest kan..Di mana siti? hahaha..

Byk lagi gambar sekolah, tapi mls nak scan.

Ni dalan uniform renjer puteri. Baru lepas abis perbarisan Jubli Perak rasanya..Lupa dah.

Lagi satu, kalau siti dapat undur masa, siti nak kembali pada zaman kanak2. Huhu, takyah fikir apa2 pun..syokkan. Ni jer la satu2nya gambar siti masa kanak2. Ni pun jiran yang ambik gambar masa raya sebab dulu2 mak takde kamera pun. Siti sayang sungguh ngan gambar ni. yang sebelah siti tu adik siti...hehehe...

So, apa yang korang nak kalau dapat undurkan masa semula (walaupun mustahil)?

Apr 19, 2010

Tuan rumah tak sihat hari ni

Sejak semalam siti dapat selsema & ada batuk sikit-sikit. Kepala pun pening gak ni. Tapi, hari ni gagah gak gi office sebab ada hal sikit. Takpe la, boss pun takde seminggu nih. Kalau tak larat leh jer tidur atau terus balik. Dah lama gak la siti tak kena selsema. Siti ni kalau dapat selsema memang susah sikit nak baik...huhu....Harap2 cepat la siti sembuh yer. Doakan siti k!

Gambar dari En. Google.

Mar 15, 2010

Tempat Kerjaku

Tahun ni adalah tahun yang ke-6 siti kerja kat opis sekarang ni. Kiranya lepas jer abis belajar, ni la kerja pertama siti. (Eh..sebelum tu siti pernah kerja kat company lain, 3 bulan jer..tak kira la yer). Siti ni kerja biasa jer, jadi Administrator jer. Siti dulu ambik degree dalam jurusan akaun, tapi kerja dalam bidang admin. Tak kisah la kan. Asalkan kerja & kita senang hati bila bekerja...huhu..

Kenapa yer siti leh bertahan lama kerja kat sini, walaupun hari2 kena redah jem tuk gi opis...

1. Leh masuk opis lambat....takde punch card OK. Takat pekerja 5 orang tu, buang karan jer nak berpunch card. Opis hour siti 8.15am - 5.45pm. siti selalunya sampai kul 8.30 am hingga ke 9.00 am (tgk keadaan jalan). Siti la orang pertama yang selalu sampai opis walaupun di antara staff kat situ, siti la yang duk paling jauh. Satff lain paling cikai pun sampai opis kul 9.30. Boss tak kisah la kan sebab diakan BOSS.

2. Flexiblity - kalau ada emergency leh mintak permisson boss nak keluor & boss ngan senang hati bagi keluor. Pastu nak lunch/makan..bila2 masa pun leh. Tambah lagi sekarang ni siti pump susu kat opis 3 kali sehari. Sekali pump paling kurang ambik masa 15 minit..Huhu...kalau kena boss garang...memang takdenya la leh wat gitu.

3. Gaji 13 bulan setahun - huhu....kiranya tiap2 tahun ada bonus la sebulan (bonus lain kira tau, tgk sales company)..hahaha..

4. Leh nak berinternet sesuka hatiku asalkan keja siap.

5. Keja tak banyak. Takde stresssssssssss....

6. Boss sporting & baik hati. Tak pernah lagi la sejak siti kerja kat sini, dia ada marah2 siti. Kalau dia marah siti, siti majuk tau...hehehe...

Tapi, yang tak best keja kat sini, takde fixed increment...huhu..susah..nak increment kena mintak. Tapi bab nak mintak tu la yang segan..huhu..



Tiap-tiap pagi macam ni la siti kena harung. Huhu...Sabor jer la. Mahu tercabut lutut bawak keta. Eh...keta depan tu sebijik cam keta siti la. Plet jer lain, sitinye keta WHA..hehehe

Jambatan Kabel yang glamour ngan jem. Siti tak tahu la napa, tapi kat atas jambatan ni selalu la ada keta rosak/accident. Siti pun pernah kena sekali.

Ni la meja siti kat opis yer. Kemas tak? Selalunya gini la meja siti, tak banyak kerja sangat kat opis la katakan. Sebab tu la siti ada masa tuk berblogging kat opis ni. heehehe...Tapi ada gak maSAnya siti sibuk tau, especially bila ada banyak sale masuk.


Pandangan dari sudut yang berbeza...hehehe...kat belakang meja siti yang ada cermin besor tu la bilik boss siti. Memang betul2 ngadap komputer sitikan. Bayangkan la..apa yang siti buat guna computer, memang dia leh nampak k. Takde sorok2. Siti memang terang2an berblogging, berchating & berinternet depan boss k. hehehe....Saja boss belikan screen besor tuk komputer siti sebab senang dia nak skodeng apa siti buat.

Ni la bilik siti duk pump susu. Benornya ni bilik training. Kat opis siti ni banyak bilik training, tapi tak guna. So, memang privacy k bila nak pump susu. Leh kunci pintu, pastu pump sambil baca novel...hehehe...

Feb 16, 2009

Sakit Badan

Salam semua....Hari ni memang takde semangat betul nak dtg opis. Rasa nak rest & rest & rest jer kat rumah. Weekend siti takde gi mana-mana pun. Stay kat rumah jer.

Apa yang buat siti takde semangat sebab badan siti sakit2. Ni disebabkan weekend hari tu siti duk mencangkul rumput kat belakang rumah. Rumput tu dah panjang sgt, dah nak cecah sampai pinggang. Ketinggian rumput tu dah melebihi ketinggian pokok pisang siti. Huhu..So, apa lagi, terpaksa la siti kerah tenaga. Dah lama tak pegang cangkul. Punya la berat siti rasa cangkul tu.
Tambahan lagi siti nak kena tanam pokok pandan, limau purut & lengkuas yg mak siti bagi masa balik kampung hari tu. Dah lama kan...tapi siti tak tanam2 lagi. Daun pokok pandan tu dah sampai layu, lengkuas lak dah jd kering. Hahahaha...harap2 tumbuh la pokok2 tu yer..

Tapi kesan mencangkul tu yang siti tak tahan. Sakit semua tulang temulang siti nih. Huhu...Tapi sekarang siti dah tanam hobi baru. Gardening..dah semat dalam hati every weekend nak bercucuk tanam. Bagi keluar peluh sikit. Sambil tu leh kuruskan badan yg dah makin montel ni.

Feb 13, 2009

Penattt

Hari ni siti rasa penat sangat. Ni kes kemas rumah semalam ngan lipat kain baju yg bertimbun2. Dah hampir nak jadi gunung. Siti habiskan masa hampir 3 jam tuk lipat baju saja. huhu...Ni kes balik kampung weekend lepas la. Tak sempat nak lipat baju.

Bab kemas rumah lak, siti ni memang la pengemas orangnya. Cerewet?? yer la jugak. Kadang2 sampai memakan diri-sendiri. Kenapa? Sebab, walaupun siti penat sangat2 tapi bila tgk rumah tak kemas, siti gagahkan diri jugaktuk berkemas. Especially dapur siti. Kawasan dapur memang wajib kena kemas sentiasa, baru ada mood nak masak. Alhamdulillah..anak dara siti berdua tu tak suka sgt sepah2 barang. Cuma adik la kadang2 wat onar. Kalau tak mahu migrain siti.

Siti pernah cuba untuk ubah pendirian siti. Kalau rumah nak bersepah pun biar je la. Nanti kalau ada masa baru la kemas. Tapi, memang tak boleh. Tak tahu kenapa. Pantang nampak barang bersepah, ada sampah sikit, laju jer siti kutip balik. Kadang2 papa siap cakap "Papa pening la tengok ibu ni, tak duduk diam". Huhu. Nasib baik papa pun memahami & banyak membantu.

Tapi ada jugak bab yang siti malas. Apa tu? Basuh baju, jemur baju & lipat baju. Hahaha..Bab basuh & jemur, selalunya papa yg buat. Tapi kalau bab lipat kain, tu memang kerja siti la. Suka tak suka, terpaksa la buat. Hahaha..apepun biarla penat sikit, yang penting siti selesa.

Feb 2, 2009

Sedih Pulak..

Apa nak cakap yer. Sebenarnya hati tgh bersedih. Mengalir air mata masa telefon bbsitter tadi. Bukan niat untuk melukai hati sesiapa. Maafkan siti K Na (bbsitter). Siti terpaksa ambil keputusan ini. Banyak yang siti fikirkan sebelum membuat keputusan. Pro & Cons...telah siti pertimbangkan. Mudah2an semuanya berjalan dengan baik.

Siti sebenarnya serba salah, sebab buat keputusan tiba2. Siti faham perasaan bbsitter bila terpaksa berpisah dgn anak yg diasuh. Pasti rindu...rindu dgn kerenah, tangisan, gelak ketawa.
Pagi tadi cuma papa yg jumpa bbsitter tuk bagi tau siti dah tak hantar anak2 kat rumah dia lagi. Smalam siti dah pergi rumah bbsitter, tapi dia takde kat rumah. So, tak sempat jumpakan anak2 dgn dia.

Apa yg mebuatkan siti sedih bila dapat msg dari bbsitter tadi. Pilu hati siti bila bbsittermintak siti bawakan anak2 jumpa dia bila siti senang tuk hilangkan rindu. Waaaaaa......sedihnya...Kejamkah siti. Tambahan lagi bbsitter cakap, bulan ni genap setahun siti hantar anak2 kat rumah dia. Huhu...mengalir lagi air mata siti...InsyaAllah Kak Na, sekali sekala siti akan bawa anak2 jumpa Kak Na.

Jan 30, 2009

Pening...

Sebenarnya siti sekarang ni tgh pening memikirkan hal bbsitter. Hati dah tawar nak pakai khidmat dia. Macam2 hal lak skarang ni. Kes hari tu pun masih berkesan di hati. Timbul lak masalah baru.

Minggu lepas masa cuti raya cina tiba2 dapat call dari bbsitter. Dia cakap nak cuti 3 hari lepas raya cina. Uik...terkejut la siti. Mana taknya, naper last minit cakap. Masa siti ambik anak2 last hari jumaat tu, takde lak cakap apa2.

Yang siti geram kan, dia ada hal sampai Khamis jer, pastu dia leh ckp apa tau "alang2 dah hari khamis akak cuti terus la hari jumaat tu"...Waaaaahhh..ingat senang ker kita nak mintak cuti kerja last2 minit. Sampai 3 hari lak tu. Memang membara la jugak. Macam buat tak tahu jer dengan tanggungjawab yg dia kena pikul.

Siti bukan nak berkira. Tapi cuba la faham keadaan kita. Kalau dia beritahu awal2, boleh la siti mintak cuti awal2. Pening gak memula siti duk fikir. Nasib baik la ada kwan papa merangkap jiran siti yg boleh tolong jagakan anak2 siti 3 hari ni. Alhamdulillah...

Kali ni siti nekad nak tukar hantar anak2 ker nursery jerk. Esok siti akan jumpa bbsitter & bagi tau siti taknak hantar dah anak kat dia. Kejam tak?? Hehehehe...

Lagi satukan, siti hantar anak kat jiran ni nak kena bayar. Boleh ker kalau siti nak tolak duit bbsitter tu. Ni sebab dia mintak cuti last2 minit kan. Bukan la nak berkira, tapi geram sgt. Kalau ikut sebelum ni kalau tak hantar anak 2 minggu pun kat bbsitter siti mmg akan byr penuh. Tapi kali ni hati dah rasa geram + marah...Huhu...Sabarkan lah hatiku....Lepas perasaan dah ni....

Jan 21, 2009

Layan...

Hari ni mood siti memang kurang sikit. Pagi2 bbsitter dah buat hal. Bikin hati mendidih jerk. Ikutkan hati, nak jer tukar bbsitter lain. Tapi siti sabarkan hati. Orang kata jangan kerana satu kesalahan yg dilakukan, kita tutup semua kebaikan yg telah dia lakukan untuk kita kan.
Takpe...maybe ada kekurangan bagi pihak siti juga. Ermmmmm...sabar jer la yer.

Malas nak layan marah ni, baik kita layan gambar anak2 siti nih. Hari apa ntah, siti terlupa bawak kunci rumah. Terpaksa la tunggu papa balik. Sementara tu, siti bawak la anak2 pergi ke taman permainan yg berhampiran dengan rumah siti.

Bukan main seronok lagi kakak & adik. Siti memang jarang sangat bawak diorg main kat taman nih. Hari2 lalu depan taman bila balik dari kerja. Tapi, masa tak mengizinkan. Dah sampai rumah pukul 6.45. Nak masak lagi kan....So, kira bonus la untuk anak2 bila siti lupa bawa kunci rumah nih....Hehehehehe....





Jan 14, 2009

Tak sihat...

Siti rasa kurang sihat hari ni. Badan dah rasa sejuk sangat. Dah pakai sweater tapi tak leh cover gak sejuk tu. Aircond dah set paling minimize. Kepala pun dah start berdenyut nih. Ermmmm..rasa macam nak ambik half day leave jer nih. Tapi, sayang la pulak kan sebab dah separuh hari keja nih. Harap2 boleh bertahan sampai petang.

Jan 12, 2009

Mengantuknya...

Pagi tadi mmg rasa berat betul nak bangun. Hari Ahad siti pergi majlis hari jadi anak kawan siti. Tak jauh, kat area rumah siti jer. Lepas majlis, kawan2 Mama Club lak serbu rumah. Memang seronok sekali sekala berkumpul. Meriah betul. Sempat la siti hidangkan makanan yg ada. Hehehehe..

Sebenarnya siti ada byk gambar masakan yg nak masukkan dalam entry. Tapi, hari ni macam takde mood lak. Gambar still dalam kamera. Ni pun siti asyik menguap jer. Kalaula boleh zzzzzz. Huhuu...Nanti kalau ada masa siti update yer.