Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Sep 29, 2010

Yang Indah di Hari Raya 2010

Yahoooo...Akhirnya..dapat gak gambar raya yang di nanti2kan dari adik iparku....Apa lagi..orang kampung..mai cepat2 tengokkkkk...hehehe
Bila dah ada gambar raya baru sonok nak citer pasal raya. Walaupun gambar cuma ada beberapa keping, tapi ok la dari takde langsung kan. Gambar ni semer kat umah ibu mertuaku..Kat umah mak..sedih..takde ambik gambar pun...

Raya tahun ni kami balik rumah mak papa dulu la. kami mengamalkan sistem bergilir2 untuk tentukan rumah mana nak beraya dulu. Sejak dari mula kahwin sampai sekarang, Alhamdulillah...tak pernah la duk gaduh nak berebut balik raya rumah mak masing2. Memang praktikal kalau kita bergilir2..adil kan...

Siti pun sebenarnya tak kisah sangat kalau nak beraya kat mana2 dulu, umah mak siti ok..umah mak mertua pun ok. Dua2 bagi siti meriah...walaupun ada perbezaannya. Rumah mak siti agak sunyi sebab kami 3 beradik jer. So, selalu yang raya rumah mak dulu cuma 2 beradik, sebab abang akan beraya di rumah mak mertua. Tapi..pada raya pertama memang meriah sebab jiran2 akan datang beraya di rumah. Dari pagi sampai petang..mmg tak putus2. Yang penting kat rumah mak ada ketupat palas, rendang ayam pencen, nasi minyak...huhu...sedapnya..

Kalau di rumah mak mertua pulak, memang meriah dengan adik beradik sebab papa ada 9 orang adik beradik. Ramaikan....Cuma kat kampung papa, takde jiran2 datang beraya kat rumah selain dari waktu "baraan - jiran2 datang beraya beramai2 dlm satu masa". Yang ada cuma saudara mara. Apapun tetap meriah jugak. Menu kat rumah mak mertua pulak agak berlainan..ada pelbagai jenis rendang, nasi impit dan juga lemang.
Apa yang penting hubungan kita & mertua serta ipai duai kenalah baik..Tambah lagi kalau ibu bapa kita dah takde nanti, dengan siapa kita nak menumpang kasih kalau bukan dengan keluarga mertua. Betul tak?

Oklah..jom cuci mata tengok gambar raya kami yer....

Kami....purple tahun ni yer..

Keluarga besar...ada dua keluarga yang takde nih...Erm..bila la adik2 iparku nak kawen nih...ada 5 org lagi yang belum lepas..


Bersalam2an & bermaaf2an

Mak & Bapak mertuaku yang sangat disayangi....bertuah punya ibu mertua sepertinya...

Me & my lovely Wafi


Kakak iparku

Family abang ipar

Us... again

Jul 21, 2010

Jalan2 @ Sungkai Hot Spring



Last weekend balik kampung mak mertua siti kat Sg Besar. Lama adah rasnaya tak balik. Dalam sebulan lebih la rasanya. Rindu sangat2. Mak mertua pun pesan2 suruh balik gak.

Hari Sabtu tu ajak papa gi Sungkai Hot Spring. leh la bawak keluarga mertua jalan2 kan. Siti memang tak pernah sampai pun lagi kat Sungkai ni. Jalan pun tak tahu. Nasib baik la pak mertua tahu la jugak jalan nak ke Sungkai tu. Ok la, sampai jer kat sana, memang senang dah nak cari sebab ada banyak sign board. Boleh tahan jauh gak la, dalam sejam lebih2. Kitorang lalu jalan lama.

Ok la..cuci mata tengok gambar jer la yer. tu pun tak byk sangat leh snap...huhu....Layann..


















Jul 5, 2010

Picnic @ Pantai Sepat, Kuantan

Impian jadi kenyataan...Last week balik kampung ku...dalam kepala..nak picnic & BBQ jer...
Masa sampai kat kuantan ptg jumaat tu..nampak cam hujan jer...duk fikir la..kalau cuaca gini, camna la nak picnic esoknya..

Tapi, Alhamdulillah, hari Sabtu tu..cuaca elok jer..Pagi2 dah gi pasar cari bahan mentah tuk BBQ. Malang sungguh kat pasar langsung takde ikan (ni psr taman tas yer, bukan psr kuantan)..tapi sebab semangat nak berBBQ tu tinggi...siti redah jer cari kat mana2 kedai..Dapat la jugak...huhu..Alhamdulillah...

Picnic kali ni kat Pantai Sepat, Kuantan yer. Buat orang2 kuantan, kalau nak berpicnic + BBQ, siti sgt recommend tempat ni yer..Tak ramai orang sgt, pokok2 byk..redup jerk....

Jom layan gambar jer la yer..Banyak sangat gambar..malas dah nak susun..huhu..Layannnn...