Showing posts with label Celoteh Siti. Show all posts
Showing posts with label Celoteh Siti. Show all posts

Sep 28, 2010

Berbuka Puasa bersama Ex-UNITEN

Hehehe..jangan gelakkan siti yer. Orang dah sibuk letak gambar raya & open house sana sini, siti baru nak letak gambar time puasa. Hahaha...ketinggalan zaman sikit siti nih.

Adoi..benornya baru ternampak gambar ni dalam FB tadi. Baru perasan yang siti belum buat posting lagi kat blog ni. Apalagi, ni yang erus buat entry nih..

Majlis berbuka puasa bersama member2 lama waktu study kat UNITEN dulu di rumah Syida, Putrajaya. Kitorang memang rapat. Banyak sungguh kenangan bersama waktu belajar dulu. Alhamdulillah, hampir semua member2 lama datang tuk gathering kali ni kecuali Nurul. tak tahu la ke mana dia menghilang. Tetiba jer lost contact...huhu...

Jom layan gambar. Banyak sangat gambar nih, malas nak susun....hehehe


Bersama Yan....teman sebilik, se-course, sekelas masa kat UNITEN dulu. Banyak memori bersama nih..yer tak Yan?

Syikin & Jaja (baru 2 bulan jadi ibu nih)

Nasi kerabu yamg mmg marbeles dibuat oleh tuan umah

Jannah yang asyik berkepit ngan Ceksu dia

Hahaha..sampai meleleh sagu eskrem....

Antara menu yang ada. Banyak lagi tu..ada kat meja lain.


Tengah duk serang sagu eskrem yang dibuat oleh.......Siti (sayalah tu)








Mia Zahra (Anak Jaja)

Aug 4, 2010

Siti Miftahul Jannah (4 Tahun)

Sebenarnya dari pagi tadi lagi siti nak post entry ni. Tapi dek kesuntukan masa..maka tertunda la sampai ke hari ni. Terlalu banyak yang hendak diceritakan tentang anak dara siti yang sulung nih. Tapi, hanya ini yang sempat dicoretkan...

Siti Miftahul Jannah (4 tahun)

- Sedari umur 2 tahun lagi Kak Long memang petah berkata-kata. Mulutnya sangat lancar berbicara. Tak ada langsung pelatnya. Pada usianya 4 tahun ini, kadang segala perkataan yang keluar dari mulutnya tidak membayangkan umurnya. Ada dikalangan teman2 yang menyuruh siti menghantar Kak Long ke sesi ujibakat untuk rancangan kanak2. Tapi tak pernah terdetik langsung dihati siti untuk berbuat demikian sekarang. Di masa akan datang....Wallahualam..

- Bertuahnya memiliki anak perempuan..bila sedikit sebanyak dia dapat membantu kita meringankan sedikit kerja2 yang biasa kita lakukan. Alhamdulillah...Kak Long juga sudah boleh diharap. Setakat disuruh ambilkan itu & ini, kemaskan mainan & tempat tidurnya...InsyaAllah, memang tidak ada masalah. Kadang2, tolong angkatkan baju di ampaian..Oh! anak ibu dah tinggi rupanya....

- Kak Long suka sangat menonton TV. Tambah2 lagi kalau cerita karton. Kadang2..jam sudah menginjak ke pukul 12 mlm, tapi Kak Long masih lagi setia dengan TVnya. Ada suatu hari papa ceritakan pada siti, Kak Long masih setia menonton cerita Laksamana Do Re Mi sedirian sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Kak Long cakap pada papa " Papa...kelakar la cerita ni" sambil ketawa bersungguh2. Kelakar papa kata tengok kerenah Kak Long tu. huhu...Kadang2 siti marah jugak. Tak elok untuk anak seusia dia tidur begitu lewat.

- Dalam usia 4 tahun, Kak Long masih lagi tidur bersama ibu (siti). Ermm..masih manja. Setiap kali hendak tidur, mesti ibu yang dicari dulu. Jarang sekali dia tidur bersama papa. Ada la sekali sekala apabila dia dah terlalu mengantuk atau letih, Kak Long akan tertidur di mana2 saja. Kadang2 selalu bertengkar dengan Kak Ngah, kerana berebut untuk tidur bersebelahan dengan siti. Dulu masa ketiadaan Wafi, boleh la sama2 adil, dua2 boleh tidur sebelah ibu. Tapi sekarang, satu tempat telah diisi oleh Wafi. Tak boleh tidak, Wafi tetap kena tidur sebelah ibu, senang nak menyusu nanti bila dia terjaga. Kalau dah anak2 semuanya mahu tidur bersama siti, maka papa tidur kat mana yer? hehehe..tak kisah la di mana2 pun..Papa tetap kena mengalah...
Namum, siti rasa ini tidak akan berpanjangan. Kerana siti sedar, kanak2 seusia Kak Long sudah sepatutnya tidur berasingan dari ibu bapa. InsyaAllah, tidak lama lagi. Bilik anak2 masih belum lengkap atau kata lain tidak punya apa2 kelengkapan lagi. hehehe...but sure very soon.

- Sebagai anak sulung, Kak Long selalu perlu mengalah. Mengalah bukan beerti kalah kan....Kak Long punya hati yang lembut. Senang untuk dipujuk. Alhamdulillah. Contohnya, bila dia hendak tidur disebelah siti, tapi Kak Ngah pun sama2 berebut untuk tujuan yang sama, siti lebih senang untuk memujuk Kak Long supaya mengalah. Selalu siti akan cakap " Kak Long bagi Kak Ngah tidur dulu. nanti bila Kak Ngah dah tidur, ibu bagi Kak Long tidur sebelah ibu"..dan Kak Long akan mengiakannya. Tapi dalam lembut2 Kak Long, ada juga saat & ketikanya garangnya keluar juga. Tangannya tu cepat jugak naik...bila dia terlalu marah, pasti ada yang menjadi mangsa cubitannya..

- Kak Long seorang yang mudah mesra, pandai berkawan. Walaupun baru berjumpa, tapi layanannya seolah2 dah kenal lama. Tak kira tua atau muda..semua dilayannya. Tambah lagi dia yang memang petah bercakap. Tak terlayan dek orang nanti.

Oh yer..tahun depan Kak Long akan mula bersekolah..Sebenarnya siti masih belum mencari lagi taska yang sesuai..Ermmm..sepatutnya siti tak boleh berlengah lagi..perlu mulakan percarian dari sekarang..kena survey2 dulu...betul tak?

Coretan Siti: Setiap anak punya kelebihan & punya juga kekurangan...Kalau kita rasa anak2 ini menyusahkan...maka kita berada dikalangan org yg rugi..kerana..walau dalam keadaan kita yang teramat penat dek kerana seharian bekerja, hanya dengan melihat wajah mereka, kita masih mampu untuk tersenyum....hilang segala kepenatan....:)



Bila Hati Terasa

Sahabat...
Bila hati terasa....
Tenang lah.....kerana dengan ketenangan..segala menjadi indah
Jangan terus melayan perasaan
Kerana musuh Allah itu akan lebih berkuasa
Bisik & terus berbisik..menghasut....

Jangan hanya kerana sekali kesalahan
Kau tutup segala kebaikan..
Insan tidak semuanya sempurna.....


Jun 29, 2010

Ibu & anak2 - Go Green


Semalam kan balik kerja, tengok Kak Long & Kak Ngah pakai baju warna hijau (Oh yer..buat masa ni Kak Long & Kak Ngah dul kat rumah ngan Cek Su diorg. Wafi jer la yang gi umah bbsitter). Sekali tengok Wafi pun pakai baju hijau gak..Kebetulan la pulak...Pastu siti pun pakai baju hijau..hehehe...Sama lak anak beranak hari ni.

So, apa lagi..ambik kamera terus shot jer la..




May 25, 2010

Nuffnang buat orang stress???

Pernah tak nuffnang buat anda stress, resah gelisah, bercelaru bila tak dapat nak update blog???

Hehehe....dulu2kan masa memula tahu pasal nuff ni boleh jana pendapatan dengan syarat traffic nak kena tinggi, siti jadi resah gelisah gak la bila tak dapat update blog. Yer la kalau tak update blog, camna traffic nak tinggi kan. Takde cerita takde la orang nak masuk blog kita. takde orang masuk blog kita, takde la iklan nuffnang kan?????

Siti ni kalau sabtu ahad memang takleh nak update blog la. Kat rumah mana ada tenet. Ni harap tenet kat opis jer la. Ops.....dah buat personal matter lak kat opis yer, hehehe...Takpe2 boss tahu & setakat ni takde la dia nak sound lagi. Kalau dia dah sound, kena la stop, yer tak??. Tambah lagi siti takde la sampai 8 jam bekerja tu nak ngandap blog jer. Yang peting kerja jalan. Isk, tapikan ada yang leh buat entry sampai 20/30 sehari tu....huhu...tak buat keja opis ker (bagi yg berkerja la kan)????. Tu belum masuk duk ronda2 blog kengkawan lagi. huhu...Siti yang buat entry 2/3 kali sehari pun takleh nak kejor masa..

Takpe2..siti takmo jadi orang yang busy body..Biarla mereka ngan cara mereka...hehehe

TAPI ITU DULU......sekarang siti dah malas nak fikir sangat pasal nuffnang ni. Back to niat asal la kan. Buat blog tuk share story ngan rakan2 blogger & tuk anak2ku baca bila diorg dah tahu membaca nanti. So, sekarang ni, siti rasa release kalau tak update blog pun. Takde nak rasa cam tertekan ker, tak senang duduk ker tau yang sewaktu dengannya...Yang penting siti dapat berblogging dengan HAPPY!!!!


May 24, 2010

Huhu....takleh upload gambor & Nota untuk pemenang contest

Adoi...semangat dari pagi tadi nak update blog. Duk upload gambor sampai skang takleh gak..huhu..sabor jer la...

Pastu tadi duk gi la meround kat blog kawan2. Nak leave mesej, tunggu msg box duk bukak pun kan main lama lagi...isk...ni dah lebih nih...

Nasib baik la pagi ni mood ada ok sikit...huhu...boss nak gi spore petang kang...seminggu tu..hahaha...syok2...jahatnya staff...

NOTE: Sapa yang belum dapat hadiah siti tuk contest sebelum ni, tolong bagi msg kat komen yer. Adoiiii...risau jer kang ada yang tak dapat..Amanah ni...huhu...
Untuk Anin yang dapat set Snoopy tu..bila nak datang KL??? huhu


May 14, 2010

Entah napa siti rasa macam tak best jerk

Isk..emosi terganggu? takde la jugak. Tapi rasa pelik sikit.

Citernya gini. Boss siti ni baru bagi tau yang dia ada appointment ngan seorang interviewee (Ms X) esok. Dia suruh siti prepare handbook & draft offer letter. Patutnya siti happy la kan sebab ada staff baru nak masuk & perempuan pulak tu. Kiranya, lepas ni siti ada la geng kan. Kalau nak geng ngan siti la. hehehe..tapi, kenapa siti rasa cam tak best jer bila Boss siti nak hire dia.

Actually Ms X ni dah pernah datang interview la hari tu sekali. Kalau nak keja ngan opis siti ni, selain kena attend interview, diorg kena gak buat test. Masa time interview tu seperti biasa siti suruh la dia buat test. Tak lama lepas tu, dia panggil siti, cakap tak sempat nak buat, boss dia panggil dia. Okla, terus proceed to interview.

Lepas habis interview, boss siti suruh email test tu kat Ms X ni.. Waaa..ni dah kira baik la kan. Siti pun email & bagi dia masa 3 hari tuk reply kat siti. Cukup masa, dia reply cakap tak siap lagi. Mintak tangguh. Okla, so siti pun bagi la masa 2 hari. Sampai sudah dia diam jerk.
Bila boss siti tanya, siti bg tau la kan citer sebenar. Boss siti yang baik hati ni cakap, nanti dia kol Ms X tu. Isk..ni dah lebih siti cakap. Kalau siti la jadi boss memang siti tak layan dah. Kita dah leh nampak attitude dia camna kan. huhu.....

Nampak macam ada layanan istimewa sikit dari Boss siti ni kat Ms X tu. Adakah sebab Ms X tu cantik walaupun dah berumur 30 tahun & ketika ini boss siti tu masih single lagi?? huhu...Adoiii...jahat dah ni fikir...

Walau bagus camna pun dia time interview & walau berpengalaman mcmana pun dia tu, siti tetap rasa dia tak layak tuk dapat kerja ni sebab kan attitude dia yang siti ckp kat atas nih. Siti paling tak suka orang yang suka bertangguh2 bila buat kerja. Huhu....


Takpe la..tengok la camna nanti..Kot2 lepas Ms X ni masuk keja ni berubah lak persepsi siti kat dia. Harap2 leh jadi geng la..huhu...Ada gak member nak ajak makan. hahaha..entah2 dia gi makan ngan boss siti jer kot..hahaha..adoi...jahat lg siti nih.

May 12, 2010

Intro pagi rabu

Assalammualikum & selamat sejahtera semua.
Dah breakfast ke?
Siti tengah bfast nasi kerabu + gulai ikan tongkol hari ni yer...hahaha...smalam baru ckp nak diet, tapi hari ni dah bfast heavy. Tapi takpe, cover balik ngan lunch n dinner nanti, makan sikit jerk. Boleh ker? hahaha..jgn tinggal angan2 dah la kan.

Hari ni niat di hati nak update psl percutian siti ke kuching last year. Hahaha....last year punya citer baru nak update ni ha. Walaupun dah lama berlalu harus la siti update gak dalam blog ni kan. Nanti bila Jannah & Batrisyia dah besar & siti cerita yang siti pernah bawak diorg gi Kuching, leh la siti tunjukkan prove dalam blog ni kan. Yer la, diorg kecik lagi masa gi tu kan, mesti tak ingat. Haaaa..wafi pun siti bawak sekali, tapi masa tu still dalam perut la yer..hehehe..

Oleh kerana kisah percutian tu memerlukan entry yang panjang & mungkin bersambung2, siti kena cari masa yang lapang sikit tu update. Lepas ni sapa yang nak gi bercuti ke Kuching, leh la baca entry siti yer. Dapat la sikit sebanyak info kan.