Hehehe....dulu2kan masa memula tahu pasal nuff ni boleh jana pendapatan dengan syarat traffic nak kena tinggi, siti jadi resah gelisah gak la bila tak dapat update blog. Yer la kalau tak update blog, camna traffic nak tinggi kan. Takde cerita takde la orang nak masuk blog kita. takde orang masuk blog kita, takde la iklan nuffnang kan?????
Siti ni kalau sabtu ahad memang takleh nak update blog la. Kat rumah mana ada tenet. Ni harap tenet kat opis jer la. Ops.....dah buat personal matter lak kat opis yer, hehehe...Takpe2 boss tahu & setakat ni takde la dia nak sound lagi. Kalau dia dah sound, kena la stop, yer tak??. Tambah lagi siti takde la sampai 8 jam bekerja tu nak ngandap blog jer. Yang peting kerja jalan. Isk, tapikan ada yang leh buat entry sampai 20/30 sehari tu....huhu...tak buat keja opis ker (bagi yg berkerja la kan)????. Tu belum masuk duk ronda2 blog kengkawan lagi. huhu...Siti yang buat entry 2/3 kali sehari pun takleh nak kejor masa..
Takpe2..siti takmo jadi orang yang busy body..Biarla mereka ngan cara mereka...hehehe
TAPI ITU DULU......sekarang siti dah malas nak fikir sangat pasal nuffnang ni. Back to niat asal la kan. Buat blog tuk share story ngan rakan2 blogger & tuk anak2ku baca bila diorg dah tahu membaca nanti. So, sekarang ni, siti rasa release kalau tak update blog pun. Takde nak rasa cam tertekan ker, tak senang duduk ker tau yang sewaktu dengannya...Yang penting siti dapat berblogging dengan HAPPY!!!!