Aug 10, 2011

Anak-anak Belajar Berpuasa

Assalammualaikum.....
Lama betul siti tinggalkan blog ni kesepian. Kesian....tuan rumah dah hampir-hampir lupa pada kewujudan blog ni yang suatu masa dulu pernah menjadi teman setia. Kalau sehari tak dapat update blog, rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Entah kenapa, hari ni rasa rindu pulak....rindu dengan blog ni..rindu dengan kawan2 yang sama-sama berblogging suatu masa dulu. Entahkan mereka masih ingat atau sudah lupa pada siti...:)

Oklah..intro taknak panjang-panjang. Rasanya belum terlambat untuk siti mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia amnya, & umat Islam di Malaysia khususnya. Semoga ibadah puasa kali ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik & sempurna.

Entry sulung kali ni (setalah lama tak berupdate) siti nak menceritakan pengalaman siti yang pertama kali mengajar anak-anak berpuasa. Pada mulanya tak terlintas pun dihati nak suruh mereka berdua berpuasa pada tahun ni memandangkan usia mereka yang masih muda. Mengenangkan siti dulu pun mula belajar berpuasa ketika umur 8/9 tahun.
Pada hari pertama bersahur, siti kejutkan juga anak-anak untuk bangun sama-sama bersahur. Agak teruja Kak Long & Kak Ngah untuk berpuasa, jadi semangat juga mereka bangun untuk bersahur walaupun makan tidak la sebanyak mana.

Pada hari pertama berpuasa, siti terpaksa hantar Kak Long & Kak Ngah ke rumah bbsitter lama mereka (bbsitter Wafi sekarang) kerana PASTi 3P tutup sempena 1 Ramadhan. Disebabkan siti tidak berniat untuk bagi Kak Long & Kak Ngah puasa, maka siti takde la pesan pada bbsitter supaya jangan bagi Kak Long & Kak Ngah makan. Dalam fikiran siti, anak-anak masih kecil, mesti mereka tak tahan untuk menahan lapar. Tapi semasa siti sampai di pejabat, siti terfkir, apa salahnya kalau kita cuba untuk ajar mereka berpuasa. Lalu siti sms bbsitter supaya cuba untuk tidak memberi anak-anak makan terutama Kak Long sehingga tengahari. Tapi, rupa-rupanya Kak Long & Kak Ngah dah selamat makan kek & nugget bersama air milo di rumah bbsitter. Takpe la....anak-anak masih kecil.

Pada hari kedua Ramadhan, siti masih lagi kejutkan Kak Long & Kak Ngah untuk bersahur. Paginya seperti biasa papa hantar ke PASTi 3P. Petangnya ketika ambik Kak Long & Kak Ngah, siti tanya pada Kak Long, "Kak Long puasa ker hari ni?" Kak Long cakap "puasa". Siti cuma senyum jer sebab memang biasa budak-budak kalau kita tanya puasa ker tak, mereka akan jawab puasa walaupun sebenarnya tak puasa. Tapi..rupanya apa yang Kak Long cakap memang betul bila cikgu bagi tahu siti yang Kak Long & Kak Ngah memang puasa, tak makan apa-apa pun.
Memang siti rasa terkejut sangat tambah teruja. Tak sangka pulak mereka berdua boleh bertahan. Menurut cikgu PASTi, kalau anak-anak bangun bersahur, cikgu akan cuba pastikan yang anak-anak berpuasa. Bagi anak-anak yang berpuasa, cikgu akan bagi jajan (air kotak, kuih muih, biskut, ext) untuk berbuka bagi menggalakkan mereka supaya berpuasa. Alhamdulillah...syukur pada Allah taala.

Tapi ada cerita yang berlaku masa siti dalam kereta dengan Kak Long & Kak Ngah. Nanti la siti cerita yer. Nak kena pump susu dah ni. Kejap lagi dah nak balik. Macam biasa balik dari office, ambik anak-anak & bergegas masak untuk berbuka....Semoga jumpa lagi...:)


1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

hai siti...lama betul menyepi yek~ seb baik masih sudi menulis di sini...

salam ramadhan n selamat berbuka..hope lepas ni, jgn diam2 lg yek~