Aug 11, 2011

Anak-anak Belajar Berpuasa (2)

Assalammualaikum....
Entry kali ni siti nak sambung kisah anak-anak belajar berpuasa. Kalau nak baca entry sebelum ni boleh klik SINI.

Lepas dah bersembang serba sedikit dengan cikgu, siti pun ajak Kak Long & Kak Ngah balik. Bukan main aktif lagi budak berdua nih. Langsung tak nampak macam berpuasa. Tapi, bibir memang kering la. Kak Long siap mengadu cakap bibir dia sakit. Kesian....
Masa dalam kereta siti teringat pasal gula-gula yang papa beli semalam. Siti perasan Kak Ngah ada masukkan gula-gula tu dalam bekas pensil dia. Pagi tu sebenarnya dah pesan kat anak-anak, jangan bawak gula-gula pergi sekolah. Tapi, Kak Ngah bawak jugak. Bila siti tanya Kak Ngah pasal gula-gula tu, terus Kak Long jawab, Kak Ngah dah makan tadi. Aduhai.....sayangnya. Mungin cikgu tak perasaan agaknya. Tambah lagi Kak Ngah baru berumur 4 tahun, masih belum faham sepenuhnya tentang puasa. Jadi siti pun tegur dan explain pada Kak Ngah & Kak Long, kalau puasa tak boleh masukkan apa-apa pun dalam mulut. Kak Ngah nampak sedih sangat, mungkin rasa bersalah. Takpelah....baru mula nak belajar.

Masa balik kat rumah, Kak Long nampak OK jer. Cuma Kak Ngah merengek minta air. Walaupun Kak Ngah dah termakan gula-gula siang tu, siti ambik pendekatan nak mengajar juga dia berpuasa. Lalu siti pujuk-pujuk dia supaya bertahan. Bukan apa, dah hampir waktu berbuka. Tambahan lagi kalau siti benarkan dia minum, nanti esok-esok mesti dia mintak lagi & kalau siti tak bagi, mesti dia cakap kenapa semalam boleh. Hehehe....

Alhamdulillah....Kak Long dapat berpuasa penuh pada hari ke-2 Ramadhan. Walaupun Kak Ngah termakan gula-gula, namun siti masih tetap rasa syukur sebab Kak Ngah bertahan untuk tidak makan apa-apa pada hari tu. Papa juga rasa terkejut bila siti beritahu yang Kak Long & Kak Ngah berpuasa hari tu.

Sejak dari hari ke-2 Ramadhan, sehingga hari ini, Alhamdulillah...Kak Long & Kak Ngah masih belum tinggal puasa lagi. Syukur kepada Allah taala kerana memberi kekuatan kepada mereka berdua. Jarang sekali siti dengar rengetan dari mereka mengadu lapar atau dahaga. Sesekali ada juga Kak Ngah ulang alik bukak peti ais. Bila siti tanya, dia cakap dia nak tengok air kotak yang ada kat dalam tu...hehehe...
Siti berdoa semoga Allah terus memberi kekuatan kepada anak-anak agar mereka dapat meneruskan puasa sepanjang bulan kali ni. Kata papa "kalau anak-anak dapat berpuasa sepuluh hari pun papa dah cukup bersyukur, sebab anak-anak kita masih kecil tapi dah mampu berpuasa".

Bila siti tengok Kak Long & Kak Ngah berpuasa, siti rasa sedikit bersalah kerana siti tersilap menilai keupayaan mereka pada mulanya. Siti sepatutnya yakin akan keupayaan anak-anak. Walaupun mereka masih kecil, tapi kadang-kadang mereka dapat melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Sebagai ibu bapa kita perlu mengasuh & memberikan galakan kepada mereka.

Gambar kat bawah ni saja siti selitkan kat entry ni. Nampak comel sangat anak-anak PASTi Putra Permai, masa bergambar ni. Gambar ni diambil oleh pihak sekolah pada bulan 7 hari tu kalau tak silap siti. Gambar ni siti ambil dari Blog Pasti Putra Permai. Untuk mendapatkan gambar yang asal, kena tunggu akhir tahun nanti. :)

Ni kelas Jannah, 5 Hanafi. Jannah duduk 3 dari kanan. Siap dipakaikan jubah. Cute jer.

Ni pulak kelas Batrisyia, 4 Muslim. Batrisyia no 1 dari Kiri.

Sekian...semoga jumpa lagi. :)


1 comment:

LYAfrina said...

askum siti...
lamanya x dtg sini...
siyes ingtkan siti dh x aktif bblog..sbb dulu lama sgt siti stop kan :-)