Nov 1, 2011

Bercuti di Sabah..Day 1 (Pasar Philipine)

Entry kali ni (setelah lama menyepi) siti nak coretkan kenangan siti & keluarga bercuti ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Setelah lebih 10 bulan menunggu akhirnya hari yang dinanti tiba jua. Siti beli tiket flight untuk ke Sabah dengan Air Asia bulan 12 tahun 2010. Tarikh penerbangan adalah pada 20 Oct 2011. Percutian kali ni disertai oleh emak, abang sekeluarga & adik. Siti banyak juga buat research di internet tentang Sabah terutama tentang penginapan, transportation & tempat2 yang menarik yang boleh di kunjungi. Tak rugi kalau kita buat research dulu sebab banyak benda yang boleh kita perolehi dari pengalaman2 mereka yang telah pergi ke Sabah. Siti banyak membaca di forum cari.com & juga blog.
Jom ikuti pengalaman siti & keluarga bercuti ke Sabah. :)

20/10/11..Day 1
Abang dan emak sampai dari Kuantan pada pukul 7.00 pagi. Kami terus bersiap2 untuk ke LCCT. Sebelum ke airport kami sempat sarapan pagi dulu di rumah. Siti cuma bungkuskan nasi lemak jer untuk sarapan. hik2.

Lebih kurang dalam pukul 9 pagi kami dah bersedia untuk bertolak ke LCCT. Lihatlah wajah ceria anak2 yang tak sabar2 nak naik kapal terbang.



Bukan setakat anak2, ibu & bapa anak2 pun tak sabar jugak...hik2.

Tepat pukul 10 kami sampai di LCCT. Siti dah buat self check in seminggu sebelum tarikh penerbangan. Memang siti sarankan sangat kita buat self check in ni awal2, bukan sahaja cepat & mudah, malah kita akan dapat tempat duduk yang best & dekat2 antara satu sama lain.




Setelah selesai urusan check in luggage, kami terus ke balai menunggu untuk perlepasan.



Kami telah pun berada dalam perut pesawat pada pukul 10.45 pagi dan pesawat selamat berlepas ke Kota Kinabalu tepat pada pukul 11.10 pagi seperi yang dijadualkan.



Kami selamat tiba di Terminal 2, Kota Kinabalu pada pukul 1.45pm. Setelah sampai, kami kenalah tunggu van yang akan menghantar kami ke Marina Court, tempat penginapan kami di Kota Kinabalu . Disebabkan agak jem la jugak Terminal 2 nih, van yang ditempah sampai lewat 1/2 jam.
Van transfer dari Terminal 2 ke Marina Court diuruskan oleh Mr Scott (pemilik tempat penginapan kami). bayaran untuk airport transfer adalah sebanyak RM50 untuk sebuah van Nissan Urvan.

Di terminal 2, KK

Inilah tempat penginapan kami selama 2 malam di Kota Kinabalu, Marina Court. Siti book tempat penginapan ni melalui agoda.com. Siti dapat rate RM310 per nite untuk condo 3 bilik sea view. Untuk melihat dengan lebih jelas tentang Marina Court ni boleh la tengok dalam website mereka, di SINI. Agak berpuas hati jugalah dengan condo ni kerana agak luas & dilengkapi dengan alatan memasak serta mesin basuh. Yang penting permandangan dari bilik sangatlah indah dengan permandangan laut yg luas terbentang dan juga pulau2 yg jelas kelihatan. Anda juga boleh terus berhubung dengan pemilik Marina Vacation Condos iaitu Mr Scott, 012-8328102 untuk membuat tempahan.

Kedudukan Marina Court ni sangat-sangat strategik di tengah2 bandar KK. Sangat mudah untuk ke Pasar Philipine, Pasar besar, tempat-tempat makan & juga shopping complex.

Activiti pertama kami di KK semestinya ke Pasar Philipine untuk menikmati hidangan laut yang sedap. Walaupun pada sebelah petang hingga ke malam, KK dibasahi hujan, kami tetap bersemangat untuk ke Pasar Philipine. Nasib baik la dalam pukul 8, hujan sudah mula renyai-renyai dan berhenti tidak lama kemudian.

Kami cuma berjalan kaki untuk ke Pasar Philipine yang jaraknya lebih kurang 800 meter dari Marina Court. Di Pasar Philipine kami terus terjah ke tempat menjual ikan & makanan laut yang dibakar. Di sini kita kena pandai memilih gerai serta perlu tawar menawar harga makanan yang dijual. Jangan lupa juga untuk membeli kepak ayam bakar yang sangat sedap berbanding kepak ayam yang dijual di Semenanjung. Harga kepak ayam yang dijual adalah RM1.50 seketul.
Hik2..lihatlah aksi kami makan, memang takde toleh kiri kanan. Harga makanan adalah berpatutan & murah (setelah tawar menawar)...2 ekor ikan yg besar, 2 cucuk sotong, 2 cucuk udang, sayur rumpai laut, nasi & minuman..kesemunya berharga lebih kurang RM100 sahaja.





Kepak ayam bakar yang memang sedap.

Rumpai laut yang kata orang sedap..Tapi, tekak siti tak dapat nak terima la pulak. Rasanya lebih kurang macam makan telur ikan dalam shushi tu, cuma dia lebih besar biji2nya.

Wafi sampai duduk atas meja..hik2...

Berakhir lah hari pertama kami di KK. Setelah selesai makan, semuanya pulang ke Marina Court untuk berehat dan zzzzzz. Siti & adik pulak sempat pergi ke Centre Point Sabah (bersebelahan dengan Marina Court), membeli barang2 untuk dimasak sebagai bekalan untuk ke Pulau esok.

Siti sambung hari Ke-2 dalam next entry yer..tunggu...



4 comments:

~Siti Hajar~ said...

Bestnyer ct ke Sabah, sempat snorkling lg, hjr xpnh merasa lg...huhu

mR B said...

hi.. saya menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu di kota kinabalu.. harga budget .. penghantaran ke airport dan hotel2 area kota kinabalu adalah percuma… siapa yang berminat boleh hubungi saya terus di talian 0138999242 ataupun di website kami http://www.kkrentacar.com … terima kasih.. selamat datang ke sabah di bawah bayu

Borneo Kinabalu said...

Assalamualaikum..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM
RM305/Pax Minimum 10 pax

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.

Lisa Andini said...

Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988Bet
Agen Sbobet
Agen Judi Online
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola