Pada hari kedua, kami bangun seawal 5.30 pagi kerana hari ni kami hendak ke Pulau Manukan & Pulau Sapi. Di Sabah, matahari sudah muncul seawal 6 pagi. Jadi kalau bangun pukul 6 pagi, alamatnya terlepas la untuk sembahyang Subuh yer. Melalui pembacaan siti tentang pengalaman mereka yang pernah ke Sabah, makanan yang dijual di Pulau2 agak mahal, jadi kami membuat keputusan untuk memasak sendiri makanan & bawa ke pulau. Disebabkan penginapan yang kami tempah ini lengkap dengan peralatan memasak, pinggan mangkuk,microwave & peti ais maka mudahlah untuk kami menyediakan makanan.
Jadi, kami cuma masak makanan yang mudah seperti meehoon goreng, sandwiches & hotdog. Selebihnya kami bawa sedikit makanan ringan & air.
Tak lama pun kami menunggu En. Arman kerana tepat pukul 8 pagi, dia sampai untuk membawa kami ke boat. Siti masih dapat cam muka En. Arman sebab pernah tengok gambarnya di forum cari. com. Jadi senangla kan...
Kelebihan ambik boat persendirian ni ialah kita dapat jimat sikit la kosnya tu sebab kita boleh tawar menawar harga tambang boat & tak perlu bayar tax yang dikenakan di Jeti iaitu sebanyak RM7.20 seorang bagi dewasa & RM3 untuk kanak2. So, banyak kita boleh jimatkan???
Kat sini siti listkan harga yang siti dapat dengan En. Arman untuk pergi ke 2 pulau iaitu Pulau Manukan & Pulau Sapi
Tambang boat : RM25 x 6 dewasa = RM 150
(kanak2 dia bagi free jerk...kalau ambik boat kat Jesselton Point, RM17/pax)
Life jacket & snorkeling set : RM15 x 4 = RM60
Total : RM210 ...tapi En. Arman ambik RM200 jer & bagi free satu life jacket.
Sangat2 berbaloi sebab bila siti kira2, kalau ambik boat kat Jesselton Point, siti kena bayar hampir 2 kali ganda dari yang siti bayar kat En. Arman. Tambahan lagi, nak ke Jesseton Point siti kena ambik teksi sebab jauh sikit dari Marina Court.
Siapa yang berminat nak ambik boat dengan En. Arman boleh telephone no. 010-9422890.
Untuk masuk ke Pulau Manukan ni kita kena bayar RM3/pax tuk dewasa & RM1/pax untuk kanak2 yang dah bersekolah. Tiket ni boleh digunakan untuk masuk ke pulau2 lain juga. Jadi, sila simpan yer.

Ermm..tak banyak gambar yang dapat siti ambik semasa di Pulau Manukan & takde langsung gambar yang siti ambil masa di Plau Sapi kerana kamera kehabisan bateri. Sedih....
Bagi siti, Pulau Manukan adalah pulau yang sangat cantik. Pasirnya putih & bersih. Tapi, kalau kita nak tengok banyak ikan, Pulau Sapi adalah pilihan yang lebih baik. Mungkin kerana di Pulau Sapi terdapat banyak batu karang, maka ikannya pun lebih banyak berbanding di Pulau Manukan. Siti terpaksa pakai selipar masa bersnorkeling di Pulau Sapi sebab takut tepijak batu karang yang tajam2 tu. Pedihhhh...kalau terpijak tu.
Selain Pulau Manukan & Sapi, ada beberapa pulau lagi yang berada berdekatan yang boleh kita lawati seperti Pulau Mamutik & Pulau Gaya. Jangan lepaskan peluang untuk menjejaki pulau2 ini bila ke Sabah yer.
Tepat pukul 1 ptg, kami pun meninggalkan Pulau Manukan & Pulau Sapi dengan seribu kenangan. Masa balik ni, siti minta pemandu boat hantarkan kami ke Jesselton Point. Kalau dah ke KK, kenalah juga tengok jeti kat Jesselton Point ni kan. Tambahan lagi siti sudah berjanji dengan En. Man dari Sewabah.com untuk pick up van Nissan Urvan yang kami tempah di Jeti pada pukul 2 ptg.



Lepas je kami dapat kunci van dari En. Man, Sewabah.com, kami terus ke pasar ikan masin & pusat jualan kraftangan untuk membelih belah. Takde gambar yang diambil ketika membeli belah sebab kami memang kepenatan & nak cepat2 jer membeli. Tambahan lagi hujan turun dengan lebatnya. Lepas membeli ala kadar, kami terus pulang ke Marina Court. Tahu2 jer la bila dah bermandi manda di pulau, badan memang rasa penat sangat. So, bila balik terus semuanya zzzzz kecuali emak yang sibuk nak buat persiapan untuk masak makan malam. Sian emak.....
Oh yer...harga Van Nissan Urvan yang siti sewa dengan En. Man adalah RM235/day. Siti sewa sehingga 23/11, jadi siti bayar RM470. Kalau nak sewa kenderaan semasa di Sabah boleh la lawati laman web www.sewabah.com. Harga yang diberikan adalah antara yg terbaik.
Malam kedua di KK, kami memang plan tuk masak sendiri. Abang sempat ke Pasar Basah untuk membeli ikan, udang & ketam sebelum kami ke pulau. Jadi, kami simpan semua lauk dalam freezer sementara menuggu untuk dimasak malamnya.
Disebabkan stok bahan2 masakan yang amat terhad, maka kami masak yang simple saja. Asalkan, boleh rasa keenakan makanan laut di Sabah, cukupla kan.....hik2...
Ikuti sambungan untuk hari ke-3 di Kundasang & Ranau dalam next entry yer. :)

5 comments:
nak tanya kakak pasal yang boat sewa dar En. Arman tu, tambang kak rm210 tu untuk one way saja ker?
Assalamaulaikum..
Timer kasih banyak2 for the very useful info especially pasal sewa bot tu. baru jer call en Arman untuk sewa bot for our family trip 21 march ni..
Tq...
Salam K.sITI..
Makin teruja sy nak p Sabah bln 5 ni. Byk info akak update. Contact no. boat, tq.. 6t boleh survey2..
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment