Nov 1, 2011

Bercuti di Sabah...Day 2 (Pulau Manukan & Pulau Sapi)

21/10/11.....Day2

Pada hari kedua, kami bangun seawal 5.30 pagi kerana hari ni kami hendak ke Pulau Manukan & Pulau Sapi. Di Sabah, matahari sudah muncul seawal 6 pagi. Jadi kalau bangun pukul 6 pagi, alamatnya terlepas la untuk sembahyang Subuh yer. Melalui pembacaan siti tentang pengalaman mereka yang pernah ke Sabah, makanan yang dijual di Pulau2 agak mahal, jadi kami membuat keputusan untuk memasak sendiri makanan & bawa ke pulau. Disebabkan penginapan yang kami tempah ini lengkap dengan peralatan memasak, pinggan mangkuk,microwave & peti ais maka mudahlah untuk kami menyediakan makanan.
Jadi, kami cuma masak makanan yang mudah seperti meehoon goreng, sandwiches & hotdog. Selebihnya kami bawa sedikit makanan ringan & air.

Chef siti sedang menyediakan sandwiches. Mesti sedapkannnn....hik2...angkat bakul sendiri.

Meehoon goreng yang dimasak oleh emak. Yummy...

Pada pukul 7.45 kami sudah bergerak untuk ke tempat pertemuan dengan En. Arman, tuan punya boat yang akan bawa kami ke Pulau. Kami berjanji untuk bertemu di hadapan Le Meridien Hotel iaitu di tapak Pasar Philipine pada pukul 8 pagi.

Rombongan keluarga Cik Nik Mah..hik2...tak jauh pun tempat nak jumpa En. Arman tu, jadi kami jalan kaki jer la. Exercise pagi2 kan bagus...hik2.


Menunggu En. Arman di tapak Pasar Philipine.

Tak lama pun kami menunggu En. Arman kerana tepat pukul 8 pagi, dia sampai untuk membawa kami ke boat. Siti masih dapat cam muka En. Arman sebab pernah tengok gambarnya di forum cari. com. Jadi senangla kan...

Yang pakai baju kuning tulah En. Arman. Sebenarnya kita ada pilihan untuk nak ke Pulau. Kita boleh naik boat di Jesselton Point atau pun ambik boat persendirian macam yang siti ambik ni.
Kelebihan ambik boat persendirian ni ialah kita dapat jimat sikit la kosnya tu sebab kita boleh tawar menawar harga tambang boat & tak perlu bayar tax yang dikenakan di Jeti iaitu sebanyak RM7.20 seorang bagi dewasa & RM3 untuk kanak2. So, banyak kita boleh jimatkan???

Kat sini siti listkan harga yang siti dapat dengan En. Arman untuk pergi ke 2 pulau iaitu Pulau Manukan & Pulau Sapi

Tambang boat : RM25 x 6 dewasa = RM 150
(kanak2 dia bagi free jerk...kalau ambik boat kat Jesselton Point, RM17/pax)
Life jacket & snorkeling set : RM15 x 4 = RM60

Total : RM210 ...tapi En. Arman ambik RM200 jer & bagi free satu life jacket.

Sangat2 berbaloi sebab bila siti kira2, kalau ambik boat kat Jesselton Point, siti kena bayar hampir 2 kali ganda dari yang siti bayar kat En. Arman. Tambahan lagi, nak ke Jesseton Point siti kena ambik teksi sebab jauh sikit dari Marina Court.

Siapa yang berminat nak ambik boat dengan En. Arman boleh telephone no. 010-9422890.

Seronok sangat dapat naik boat ke pulau. Permandangan laut yang membiru...cantiknya ciptaan Allah swt.





Kimi diberi peluang tuk cuba bawak boat. Sukanya dia....


Kami dah sampai di Pulau Manukan. Cantik tau tempatnya. Menang tak rugi kita datang ke sini. Airnya sangat jernih & kita boleh lihat ikan2 berenang ni bawah jeti. Tak sabar tuk snorkeling.

Untuk masuk ke Pulau Manukan ni kita kena bayar RM3/pax tuk dewasa & RM1/pax untuk kanak2 yang dah bersekolah. Tiket ni boleh digunakan untuk masuk ke pulau2 lain juga. Jadi, sila simpan yer.



Kami adalah orang yang terawal datang ke Pulau Manukan, jadi masih banyak meja2 yang kosong yang boleh kami pilih untuk tempak kami letak barang2 & berpicnic. Hik2. Kami pilih untuk park berhampiran dengan jeti supaya kami boleh bermain2 dengan ikan di bawah jeti...hik2.

Dapat jer tempat yang sesuai, kami terus buka bekalan untuk breakfast dulu sebelum terjun ke dalam air...hik2...



Saat2 yang anak2 paling suka. kalau boleh taknak naik.



Pertama kali siti dapat bersnorkeling, memang satu pengalaman yang sangat indah. Seronok dapat menyelam dalam air sambil tengok ikan secara live gitu.


Ermm..tak banyak gambar yang dapat siti ambik semasa di Pulau Manukan & takde langsung gambar yang siti ambil masa di Plau Sapi kerana kamera kehabisan bateri. Sedih....
Bagi siti, Pulau Manukan adalah pulau yang sangat cantik. Pasirnya putih & bersih. Tapi, kalau kita nak tengok banyak ikan, Pulau Sapi adalah pilihan yang lebih baik. Mungkin kerana di Pulau Sapi terdapat banyak batu karang, maka ikannya pun lebih banyak berbanding di Pulau Manukan. Siti terpaksa pakai selipar masa bersnorkeling di Pulau Sapi sebab takut tepijak batu karang yang tajam2 tu. Pedihhhh...kalau terpijak tu.
Selain Pulau Manukan & Sapi, ada beberapa pulau lagi yang berada berdekatan yang boleh kita lawati seperti Pulau Mamutik & Pulau Gaya. Jangan lepaskan peluang untuk menjejaki pulau2 ini bila ke Sabah yer.

Tepat pukul 1 ptg, kami pun meninggalkan Pulau Manukan & Pulau Sapi dengan seribu kenangan. Masa balik ni, siti minta pemandu boat hantarkan kami ke Jesselton Point. Kalau dah ke KK, kenalah juga tengok jeti kat Jesselton Point ni kan. Tambahan lagi siti sudah berjanji dengan En. Man dari Sewabah.com untuk pick up van Nissan Urvan yang kami tempah di Jeti pada pukul 2 ptg.

Sementara menunggu En. Man sampai, kami lunch dulu di restoran Nasi Padang Ibu di Jesselton Point. Restorannya memang menarik, terapung di atas air. Makanannya pun boleh tahan. Tapi, harga makanannya agak mahal. Sepinggan kecil lauk yang kita pilih berharga lebih kurang RM8/9 sepinggan bagi lauk2 biasa. kalau udang yang besar2 tu, lagi mahal la yer. So, kalau kita dalam percutian budget, memang tak rekomen la makan kat sini yer. Lunch untuk kami sekeluarga tengahari tu pun mencecah RM150++.



Bergambar kenangan di Jesselton Point.

Lepas je kami dapat kunci van dari En. Man, Sewabah.com, kami terus ke pasar ikan masin & pusat jualan kraftangan untuk membelih belah. Takde gambar yang diambil ketika membeli belah sebab kami memang kepenatan & nak cepat2 jer membeli. Tambahan lagi hujan turun dengan lebatnya. Lepas membeli ala kadar, kami terus pulang ke Marina Court. Tahu2 jer la bila dah bermandi manda di pulau, badan memang rasa penat sangat. So, bila balik terus semuanya zzzzz kecuali emak yang sibuk nak buat persiapan untuk masak makan malam. Sian emak.....

Oh yer...harga Van Nissan Urvan yang siti sewa dengan En. Man adalah RM235/day. Siti sewa sehingga 23/11, jadi siti bayar RM470. Kalau nak sewa kenderaan semasa di Sabah boleh la lawati laman web www.sewabah.com. Harga yang diberikan adalah antara yg terbaik.

Malam kedua di KK, kami memang plan tuk masak sendiri. Abang sempat ke Pasar Basah untuk membeli ikan, udang & ketam sebelum kami ke pulau. Jadi, kami simpan semua lauk dalam freezer sementara menuggu untuk dimasak malamnya.
Disebabkan stok bahan2 masakan yang amat terhad, maka kami masak yang simple saja. Asalkan, boleh rasa keenakan makanan laut di Sabah, cukupla kan.....hik2...

3 ekor udang yang sangat besar. Puas hati makan tau....Kata abang, udang ni harganya lebih kurang RM80/sekilo. 3 ekor yang atas ni berharga RM60++..hik2...

Ketam (RM10/selonggok) & ikan yang tak diketahui namanya. Ikan di Sabah ni kebanyakan jenis besar2 & berwarna warni tau...hik2...

Jom makan....kata wafi...hik2...

Ikuti sambungan untuk hari ke-3 di Kundasang & Ranau dalam next entry yer. :)

5 comments:

Mitchamorchell said...
This comment has been removed by the author.
Mitchamorchell said...

nak tanya kakak pasal yang boat sewa dar En. Arman tu, tambang kak rm210 tu untuk one way saja ker?

Unknown said...

Assalamaulaikum..

Timer kasih banyak2 for the very useful info especially pasal sewa bot tu. baru jer call en Arman untuk sewa bot for our family trip 21 march ni..

Tq...

Unknown said...

Salam K.sITI..
Makin teruja sy nak p Sabah bln 5 ni. Byk info akak update. Contact no. boat, tq.. 6t boleh survey2..

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.