Pada hari ke 3 , kami akan meneruskan perjalanan ke Kundasang & Ranau yang terletak hampir 100km dari bandar KK. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Selesai sahaja urusan daftar keluar dari Marina Court pada pukul 7.30 pagi kami terus memulakan perjalan ke Kundasang.
Perjalanan ke Kundasang menyajikan permandangan yang sangat indah. Dari jauh, kita sudah boleh lihat puncak Gunung Kinabalu. Disebabkan agak sukar untuk kita lihat papan tanda ke Kundasang, kami berhenti beberapa kali untuk bertanya. Alhamdulillah, perjalanan tidaklah sesukar mana.
Destinasi pertama yang ingin kami tuju hari ini adalah Kinabalu Park. Tetapi ketika kami sampai, mereka tidak membenarkan kereta dibawa masuk ke dalam kerana ada aktiviti yang siti tidak berapa pasti. Kami hanya boleh letak kereta di bawah/di luar dan berjalan kaki untuk masuk kedalam yang siti rasa agak jauh juga. Jadi kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan sahaja & tidak singgah di Kinabalu Park.
Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Desa Cattle untuk melihat ladang lembu yang dikatakan sangat cantik hampir menyerupai ladang lembu yang ada New Zealand. Jadi, kami sangat teruja untuk melihat sendiri permandangan tersebut.
Sebelum ke Desa cattle, kami singgah dahulu di gerai-gerai yang menjual pelbagai buah-buahan & bermacam-macam kuih muih di Kundasang. Disebabkan kami tidak tahu arah tuju yang betul untuk ke Desa Cattle (tak nampak signboard pun), kami sempat bertanya kepada penjual di situ. Rupa-rupanya kami telah terlajak sedikit dari simpang untuk ke Desa Cattle.
Tiket masuk untuk ke Desa Cattle adalah RM3/pax bagi dewasa & RM1/pax bagi kanak2 yang telah bersekolah.
Selesai melawat Desa Cattle, kami meneruskan perjalanan ke Ranau untuk ke Poring Hot Spring. Sebelum ke Poring, kami singgah di Pekan Ranau untuk makan tengahari. Di sini, kita perlu berhati-hati memilih kedai makan yang betul2 terjamin halal kerana siti rasa majoritinya penduduk di sini adalah beragama Kristian. Ini kerana sepanjang perjalanan ke sini, terdapat begitu banyak signboard gereja di tepi jalan.
Disebabkan perjalanan pada hari ke-3 sangat panjang & banyak tempat yang kami lawati, maka siti terpaksa la buat banyak sikit entry untuk hari ke-3 yer. :)..[Perjalanan yang seterusnya akan disambung dalam next entry.

4 comments:
dah lama x sggah sini...
sonotnyer siti cuti2 mesia...
lagik best klu ramai2 dgn family kan????
hik2...lama jugak ct tak update blog..
betul tu...mmg sgt2 seronok.
salam kak,
untuk makluman, kebanyakkan restoran kat sabah especially yang local punya, mostly halal@milik org islam...jrg non-muslim buka restoran kecuali restoran cina...:)
then, semua gereja kat sabah ni mmg ada sign board arah, but jgn risau pasal restoran tu k...:)
Wow, amat jeles, akak amat bertuah dpt take pic lembu sgt dekat. Masa sy p lembu tu duk jauh ke blakang, tgh mkn..hurm.. Btw, sabah sgt awesome!!!!!
Post a Comment