Apr 2, 2009

Gulai Serai Ketam & Telur Dadar + Peria

Hari Selasa lepas siti beli 2 ekor ketam kat pasar malam. Kes terasa sangat nak makan ketam. Balik jer terus masak. Ni resepi dari mak siti. Kitorang memang suka masak gulai serai ni. Tambahan nak masak ni memang mudah sgt2. Tapi nampaknya kali ni siti cuma semangat nak masak jer la sebab lepas masak, siti langsung takde selera nak makan ketam nih. Huhu...

Gulai Serai Ketam
2 ekor ketam - dibersihkan & dipotong 2
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 labu bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu cili kering yg telah dikisar
1 cm halia - dihiris nipis
2 batang serai - diketuk
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak utk menumis

Cara:
1. Tumiskan bahan2 kisar & halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai. Tumis sebentar.
2. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan ketam & air asam jawa. Kacau sebentar & biarkan sehingga ketam masak. perasakan dengan garam & gula.

Telur Dadar + Peria
2 biji telur
1 batang peria katak - dihiris nipis
1 cm halia - dihiris nipis
2 biji cili padi - dihiris
Garam
Cara:
Campurkan semua bahan & kacau sehinnga rata. Dadarkan di dalam kuali.

3 comments:

hezesuze said...

wah! mood masak da ade balik...hehehe

ketam mmg fev akk tau...terliur jap (sambil kesat air liur yg nak meleleh)..wakwakwakwak

ZaiY said...

dh dpt pun ketamnya..tp sayangla xde selera pulak nk makan.harap cepatla selera tu dtg balik. take care.

Gieyana said...

tgk mmg best jer..tp sayang...diriku x bleh mkn ketam!!huhuhu..