Dec 23, 2010

Marble Cheese Cake




Fuhh..fuhhh..setelah sekian lama siti tak menayangkan (ayat tak ingat) hasil keras tangan siti kat dalam blog ni, akhirnya terkeluor jugak entry masak-memasak ni. Hehehe...sebenarnya aktiviti memasak siti memang berjalan seperti biasa (sama gak cam orang lain). Maklum la memasak ni merupakan aktiviti kegemaran siti la. Kalau time cuti2 tu..takleh nak duduk saja..mesti rasa macam nak masak macam2 (makan macam2..sebab tu tak kurus2). Tapi mood nak ambik gambar tu macam kurang sikit. Lepas siap masak..ngap..licin...hehehe

Marble Cheese Cake ni siti buat dah lama, masa mak siti datang rumah awal bulan 12 hari tu. Bila mak ada nih..galak sikit la aktiviti membaking siti sebab ada orang boleh tengokkan Wafi (yg manja itu). Resepi siti ambik dari blog Hana. Tergoda siti tengok marble cheese cake kat blog Hana tuh. Resepi asal katanya dari Kak Maz. Apa pun marble yang siti buat takla secantik kat blog Hana tu sebab siti takde coklat emelco. Guna paste coklat jerk. So bila tambah dalam adunan cheese, dia jadi cair sikit. Oklah..semak resepi yer.siti copy paste dari rumah Hana jer la. Siti ubah sikit sukatan menggunakan 250 g cream cheese sebab guna loyang 8 inc. Memang sedap sgt2 tau. Jannah & Batrisyia suka sangat makan cake ni. Sehari jer dah licin..



MARBLE CHEESE CAKE
by: http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

Base
(lapisan bawah)

  • 100g biskut marrie @ apa-apa biskut yang sesuai (siti pakai 150g)
  • 50g butter - dicairkan (siti letak 60g)
Filling Cream Cheese
  • 200g creamcheese (suhu bilik) (siti letak 250g)
  • 75g gula halus (siti letak 100g gula icing)
  • 135g yogurt plain @ apa-apa perisa ikut citarasa (siti pakai satu bekas kecik plain yogurt, 140g)
  • 10g tepung jagung (siti pakai 15g)
  • 1 biji telur saiz B (siti letak 2 biji telur saiz C)
  • 80ml whipping cream (siti letak 100ml)
  • 1/2 sudu besar jus lemon (siti letak 1 sudu)
  • 1/2 sudu besar lemon zest - tak letak, takde stock
  • sedikit coklat emelco - untuk buat marble (siti pakai coklat paste)
  • Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminium foil (siti pakai loyang 8 inci)

Cara-cara

Untuk Base (Lapisan Biskut)

1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).

Untuk Filling

1. Panaskan oven 150 C.

2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.

3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).

5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).



2 comments:

Elly Emmy said...

nanti boleh cedok resepi kek ni yer..

Unknown said...

lamanya sy xmasuk rumah ct nih, sekali msk ct tayang cake lor..

bila la nk merasa keke ct lagi nih..