Dec 3, 2010

Hati ibu yang menangis..

Hari ni saja nak berkongsi kesedihan yang siti rasakan & mana tahu ada ibu2 yang lain mengalami masalah yang sama seperti siti, boleh la berkongsi idea & cara penyelesaiannya...

Apa yang membuatkan siti sedih sangat (boleh dikatakan terlalu sedih) sebab dah 8 hari Wafi tak direct breastfeed. Macam yang siti pernah ceritakan sebelum ni, Wafi sekarang tengah demam dan mengalami sakit dalam mulut (ada keputihan kat lidah Wafi & ulser). Tapi demam Wafi dah berkurangan & keputihan kat lidah pun dah takde (siti cuci pakai berus gigi baby yang getah tu). Cuma ulser masih lagi ada dalam mulut Wafi. Semalam siti mintak babysitter letak daktarin oral gel kat mulut Wafi & nampak ada perubahan. Wafi dah mula makan & hisap susu dalam botol.

Tapi, siti masih heran kenapa Wafi taknak direct breastfeed sedangkan dia dah mula boleh hisap susu dalam botol. Malam2 siti akan suakan breast kat mulut Wafi & dia cuma biarkan jer puting dalam mulut dia & tak hisap pun. Kadang2 dia letak sekejap lepas tu dia akan tolak breast siti. Siti sedih sangat2. Kadang siti fikir mungkin sebab ulser tu masih ada dalam mulut, sebab tu la dia masih rasa sakit untuk hisap susu.

Ada tak mama lain pernah mengalami masalah macam siti ni? Adakah normal bila Wafi masih lagi menolak untuk direct BF sebab ulser masih ada dalam mulutnya. Tapi kenapa Wafi boleh hisap susu melalui botol?
Siti sangat risau bila memikirkan yang Wafi berkemungkinan akan menolak terus dari direct BF sebab dah terlalu lama dia tak melakukannya. Mungkin wafi akan terlupa bagaimana cara untuk direct BF......huhu..sedih sangat2...

8 comments:

Unknown said...

Wafi xnk direct bf sbb msh ada ulser kot..cian wafi.

hjr dl ms anak sulung (Danial) lbh krg camtu gak, xmo isap direct sbb sakit mulut, pstu trs tinggal bf..sedih sgt.

Hrp Wafi xkan tgl direct bf la, tp klu dia xnak pun, ct still blh pam bg, yg penting susu tu msh susu bdn ct..

Siti said...

Hajar: huhu...tu yg ct takt jd cam danial..adoi...pening kepala...
mmg leh pump..tapi mmg rasa lain sgt2..

nurulazham said...

alahai..sedihnya baca..
dont give up siti..maybe dia trauma lagi tu ..sebab, sucking direct akan menggunakan hisapan yang kuat berbanding guna botol..
mungkin masa direct bf tu, dia rasa sakit kat ulser dia..

kalau dia nak susu, try bg direct je..jgn guna botol..kalau dia haus sgt, dia akan hisap jugak nnt..
;)

Sidratul Muntaha said...

satu sebab ulser
dan satu lagi sebab keliru puting tu
takper..
sabo..
doa byk2
cam ayu kena time gi sarawak
setot takmo mimik sampai seminggu
tpi ari sabtu
dah lapo..
dia lelama isap jer blik

mamaarifakeemaisy said...

sedihnyee..huhu..mgkn sbb fobia ulser mulut tu kot...tp pelik gak kan, melalui botol ok pulak..aduhai..eina pun takde experience..arif dulu kejap je bf sampai 4 bulan, time tu susu yg kureeng..hukhuk..hope ada penyelesaian nnti ye..

Siti said...

nuruladzam: terima kasih..InsyaAllah siti akan cuba buat camtu...

-------------------------------------

sidratul muntaha: ooo..tula..esok cuti sampai selasa..ct akan bagi terud direct bf..harap isap la dia..

-------------------------------------

mamalieyna: huhu..sedih sgt...thanks jenguk blog siti..

Mek Rose said...

sabar ye mak iti
okla tu kak fid dah reply email
at least..rsa lega la skit kan..:-)

kella said...

kita tak pernah berpengalaman... tapi kita cuma mampu doakan semoga semuanya selamat hendaknya...