Nov 3, 2011

Bercuti di Sabah...Day 4 (KPR & Jambatan Tamparuli)

23/10/11...Day4

Hari terkhir kami di Sabah...huhu..rasa macam tak sanggup nak balik jer...nak terus tinggal di sini terutama di Kinabalu Pine resort nih...hik2..
Sebelum siti cerita tentang perjalanan siti pada hari terakhir di Sabah, siti nak cerita dulu pasal Kinabalu Pine Resort ni (KPR).

Siti book KPR ni 3 bulan sebelum tarikh siti ke Sabah. Memang kena book awal2, sebab hot jugakla kiranya tempat nih. Takut penuh pulak nanti.
Siti pilih untuk ambil Standard Superior Room dengan rate RM200/nite termasuk makan malam untuk 2 orang (1 sup, 2 lauk & 2 sayur) & sarapan pagi. Bagi siti harganya agak reasonable la. Kalau nak lihat untuk harga bilik2 lain boleh masuk ke wesite KPR di SINI.

Untuk 3 bilik yang siti tempah, siti dapat 2 bilik di Block R, tinggkat atas (macam dalam gambar) & satu bilik di Block P. Bilik2 yang kami dapat memang betul2 berhadapan dengan Gunung Kinabalu. Kalau bukak jer pintu bilik terus nampak puncak Gunung Kinabalu. Jadi kalau ke KPR, siti sangat sarankan untuk pilih bilik standard superior & tinggal di Block P & R.

Bagi siti, KPR memang sangat cantik dengan pemandangan pokok pines seperti berada di luar negara. Tambahan lagi dengan udara yang sangat sejuk. Bila berada di sini, kita seolah-olah berada di atas awan. hik2...

Oklah..berbalik kepada percutian siti pada hari ke-4, sebenarnya siti rasa agak terkilan kerana pagi itu kami bangun agak lewat (pukul 6 pagi), maka kami terlepas peluang untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dari dekat dengan jelas. Entah macamana, siti boleh terlupa untuk kunci jam. Untuk melihat puncak Gunung Kinabali dengan jelas, kami sepatutnya bangun pada pukul 5 pagi. Ketika itu kabus/awan masih belum menutupi puncak Gunung Kinabalu. Kalau dah bangun pukul 6, memang kabus/awan jer la yang nampak. Huhu..nak buat macamana, memang takde rezeki.

Pagi tu, sebelum kami pergi sarapan pagi, siti bawak anak2 pergi tengok arnab dulu kat Rabbit House dalam KPR nih. Dapat la jugak anak-anak bagi makan dekat arnab-arnab yang ada kat situ. Isk..montel2 tau arnabnya..hik2..







Sementara tunggu abang bersiap-siap, kami ambik peluang bergambar dulu..hik....



Bergambar di Orchid Garden..terletak di bawah The Pines. Cantikkan tempatnya.




Kami sarapan sekali lagi di The Pines. Makanan yang disediakan simple sahaja & tak banyak pilihan, tapi tetap sedap.





Selesai sahaja makan, apalagi...tentulah aktiviti bergambar sebelum kami check out. Bukan selalu dapat bergambar berlatarbelakangkan permandangan yang cantik begini..



View point yang disediakan untuk kita melihat Gunung Kinabalu.




Wafi yang tak habis-habis lagi dengan moodnya yang tak berapa baik.

Bilik siti..sayangnya la nak tinggalkan bilik ni. Kalaulah boleh tinggal sehari lagi...hik2..




Pada pukul 9 pagi, kami pun check out dari KPR & meneruskan perjalanan ker KK. Di dalam perjalanan, kami singgah di Jambatan Tamparuli. Pernah dengar tak lagu Jambatan Tamparuli?

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi

Siti rasa jambatan ni terkenal sebab lagu tu la kot. hik2...Sebenarnya ada jugak cerita2 mitos pasal Jambatan Tamparuli nih.
Siti tak dapat nak naik Jambatan Tamparuli ni sebab Wafi dah tidur atas riba, duduk dalam van jer la tengok dari jauh. So, emak & adik jer la yang naik. Tu pun, sekadar kat tepi jambatan jer, tak berani nak ke tengah. Seriau jugak adik cakap, sebab ada rasa goyang2. hik2.


Panjang jugakkan Jambatan Tamparuli nih.

Kami tak singgah lama pun dia Jambatan Tamparuli, sekadar bergambar sekejap & terus ke KK. Sebelum ke airport, kami singgah sekali lagi di Pasar Kraftangan & Ikan masin untuk last shopping..hik2...Selepas makan tengahari di bandar KK kami terus ker Terminal 2 untuk pulangkan van & balik.

Bergambar kenangan dulu di Terminal 2, KK.


Kami menaiki flight untuk pulang KL pada pukul 3.45 seperti yang dijadualkan & tiba di LCCT pada pukul 6.15 petang. Kami tinggalkan Sabah dengan seribu kenangan manis yang tidak mungkin kami lupakan. Bagi siti, Sabah (KK & Kundasang) adalah tempat yang sangat sesuai untuk bercuti. Kalau ada rezeki, InsyaAllah siti nak ke sana lagi...:)






3 comments:

pokerv99 said...
This comment has been removed by the author.
pokerv99 said...
This comment has been removed by the author.
smith said...

WATCH YOUR all favorite dramas Here  https://thedramacool/