Yahoooo...Akhirnya..dapat gak gambar raya yang di nanti2kan dari adik iparku....Apa lagi..orang kampung..mai cepat2 tengokkkkk...hehehe
Bila dah ada gambar raya baru sonok nak citer pasal raya. Walaupun gambar cuma ada beberapa keping, tapi ok la dari takde langsung kan. Gambar ni semer kat umah ibu mertuaku..Kat umah mak..sedih..takde ambik gambar pun...
Raya tahun ni kami balik rumah mak papa dulu la. kami mengamalkan sistem bergilir2 untuk tentukan rumah mana nak beraya dulu. Sejak dari mula kahwin sampai sekarang, Alhamdulillah...tak pernah la duk gaduh nak berebut balik raya rumah mak masing2. Memang praktikal kalau kita bergilir2..adil kan...
Siti pun sebenarnya tak kisah sangat kalau nak beraya kat mana2 dulu, umah mak siti ok..umah mak mertua pun ok. Dua2 bagi siti meriah...walaupun ada perbezaannya. Rumah mak siti agak sunyi sebab kami 3 beradik jer. So, selalu yang raya rumah mak dulu cuma 2 beradik, sebab abang akan beraya di rumah mak mertua. Tapi..pada raya pertama memang meriah sebab jiran2 akan datang beraya di rumah. Dari pagi sampai petang..mmg tak putus2. Yang penting kat rumah mak ada ketupat palas, rendang ayam pencen, nasi minyak...huhu...sedapnya..
Kalau di rumah mak mertua pulak, memang meriah dengan adik beradik sebab papa ada 9 orang adik beradik. Ramaikan....Cuma kat kampung papa, takde jiran2 datang beraya kat rumah selain dari waktu "baraan - jiran2 datang beraya beramai2 dlm satu masa". Yang ada cuma saudara mara. Apapun tetap meriah jugak. Menu kat rumah mak mertua pulak agak berlainan..ada pelbagai jenis rendang, nasi impit dan juga lemang.
Apa yang penting hubungan kita & mertua serta ipai duai kenalah baik..Tambah lagi kalau ibu bapa kita dah takde nanti, dengan siapa kita nak menumpang kasih kalau bukan dengan keluarga mertua. Betul tak?
Oklah..jom cuci mata tengok gambar raya kami yer....
Keluarga besar...ada dua keluarga yang takde nih...Erm..bila la adik2 iparku nak kawen nih...ada 5 org lagi yang belum lepas..
5 comments:
salam siti..
lamanya x update...
last2 kuar citer raya...
tema purple yer thn ni.. mjadi j.. susun nk ambik pic.. NIce!!!
cantik kaler peple tu.
tak sabar nak jmpa ct sbtu nti.....
Lya: hehehe...thank you
-------------------------------------
syida: ct pun..hehe...
ooo dah kuar dah..ehehhe
cantikla pepel..i like..:-)
cantik war na tema...janji ada kenangan tuk diabadikan..^_^
Post a Comment